Jika pada bulan April lalu, pasangan selebriti muda Indonesia iaitu Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah telahpun selamat diijab kabulkan setelah beberapa kali majlis tertangguh disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda Indonesia.
Kemeriahan beberapa buah majlis yang dilangsungkan pada waktu itu telah mendapat perhatian bukan saja dalam kalangan penggiat media hiburan di negara seberang itu tetapi juga dalam kalangan media Malaysia termasuklah REMAJA sendiri.
Rizky (kiri) dan Lesty mengapit pasangan pengantin Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah pada bulan April lalu.
Hanya empat bulan kemudian, tiba giliran penyanyi dangdut Lesti Kejora dan pelakon muda Indonesia, Rizky Billar pula yang selamat bernikah pada hari ini.
Mengambil keberkatan hari Khamis malam Jumaat untuk melangsungkan majlis nikah mereka, ia hanya dihadiri oleh ahli keluarga rapat tidak melebihi 30 orang.
Para tetamu juga khabarnya perlu menunjukkan sijil vaksinasi di mana mereka sekurang-kurangnya telah mengambil dos pertama sebagai bukti. Bukan itu saja, mereka diwajibkan juga menjalani ujian swab PCR demi keselamatan semua yang berada di lokasi.
Wow! Memang sukar hendak langsungkan majlis perkahwinan di sana sekarang.
Sebelum mereka dinikahkan malam ini, Lesti dan Rizky telah melalui beberapa acara tradisi sepanjang minggu ini untuk menghormati adat di sana.
Ini termasuklah malah khatam Al-Quran, malam berinai, acara Balacuik Malapeh Bujang melibatkan Rizky, acara ngaras daripada budaya Sunda, acara siraman dan acara sungkeman. Kesemua ini disertakan dengan permintaan restu dan berdoa agar segalanya berjalan lancar dengan izin-Nya.
Seperti majlis Atta dan Aurel, majlis nikah Lesti dan Rizky juga dipancarkan secara langsung oleh stesen televisyen Indosiar untuk memudahkan para peminat mereka berdua yang cukup ramai dapat sama-sama meraikan pasangan tersebut. Ibaratnya, ini adalah minggu Lesti dan Rizky memandangkan kesemua majlis yang disebutkan di atas juga disiarkan di Indosiar.
Lebih menarik apabila sesi Instagram Live yang dilakukan oleh Rizky sebentar tadi semasa majlis makan beradap di majlis resepsi mereka telah menarik perhatian 300,000 orang followers!
Ia dianggap sebagai antara majlis perkahwinan paling mewah pada tahun 2021.
Ads
Mas kahwin yang diserahkan Rizky kepada Lesti saja sudah bernilai USD72,300 di mana angka tujuh tersebut menandakan pertemuan kali pertama mereka berdua pada bulan Julai. Manakala angka 23 pula adalah – you guessed it, tarikh keramat pertemuan tersebut.
Nasib baiklah mereka tidak bertemu pada 31 Disember, kalau tak terpaksalah mas kahwinnya bernilai USD123,1000.
Bukan itu saja, majlis mereka juga mendapat pengaruh adat Sunda yang cukup mendalam memandangkan ia berkait rapat dengan pasangan ini.
Apapun, tahniah kepada pasangan mempelai ini! Penulis mungkin bersifat bias kepada mereka atas rasa minat terhadap content yang selalu dimuat naik oleh Rizky Billar dan Lesty Kejora di saluran YouTube masing-masing.
Sememangnya, mereka adalah sama padan dan sama cantik bersama. Tidak ‘control’ perangai di hadapan pasangan dan sentiasa hanya menjadi diri sendiri saja di hadapan semua orang. Semoga mereka terus berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sering kali mendapat perhatian, lebih-lebih lagi kepada pelajar IPTA dan IPTS yang melanjutkan pelajaran dengan menggunakan wang pinjaman tersebut.
Dah jadi tanggungjawab seorang peminjam, bila sudah pinjam mestilah kena bayar semula kan?
Bagi korang yang masih menanggung hutang PTPTN, berikut merupakan cara bayaran lebih jimat hanya menggunakan aplikasi Boost yang telah dikongsi oleh Azmy Mokhtar di media sosialnya.
Wah, macam berbaloi saja. Jom try.
Firstly, korang kena download dan daftar aplikasi Boost di Playstore. Jangan lupa masukkan invitation code moh46zh.
Kedua, log in apps dan terus ke bahagian Profile > Missions > Take A New Mission > Pay PTPTN Bill RM200. Pastikan korang mempunyai 100 Boost Coins untuk mengaktifkannya. Untuk mendapatan 100 Boosts Coins tersebut senang saja, korang boleh bayar apa-apa bil atau top up dekat apps Boosts tersebut.
Langkah ketiga, selepas pembayaran selesai dibuat, korang boleh claim Reward RM3.50. Maksudnya, daripada RM200 yang korang bayar, sebenarnya korang hanya keluarkan duit RM196.50 sahaja. Cara ini dilihat lebih jimat berbanding bayar guna kaedah online perbankan yang mana harganya tetap dan tiada diskaun.
Walaupun tak berapa banyak, tapi masih lagi boleh berjimat. Kalau ada yang nak dapatkan nombor akaun PTPTN, bolehlah datang ke mana-mana kiosk PTPTN berdekatan untuk mendaftar diri bagi pengaktifan kali pertama sebagai pembayar hutang.
Jadi, selepas ini diharap tidak ada lagi alasan mengatakan urusan PTPTN ini masih menyusahkan korang lagi. Semuanya sudah tersedia dengan mudah, jalankan sahaja tanggungjawab kita sebagai pembayar hutang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengurus pelakon dan usahawan popular, Nur Fazura, Iman Tang tampil menjawab ketika ditanya mengenai keadaan terkini aktres itu, pada ketika ini.
Iman berkata, Fazura sangat terkesan dengan apa yang berlaku dalam rumah tangganya bersama pelakon Fattah Amin dan sering menangis ketika meluahkan isi hati padanya.
“Fazura bersedih dan hampir setiap malam dia menangis. Kadang-kala, kami berborak hingga lewat malam dan saya juga menjadi saksi dia tidak dapat menahan kesedihannya itu.
“Mana-mana wanita yang mengimpikan alam perkahwinan juga tidak ingin perkara sebegitu berlaku.
“Saya tahu dia kuat. Tapi apabila dia menelefon saya dan menangis, saya katakan kepadanya, menangislah sepuas-puasnya agar dia dapat kelegaan, jangan tertekan dan pendam perasaan,” katanya kepada Remaja.
Ditanya sama ada Fattah pernah berkongsi hal rumah tangganya dengan Fazura, kata Iman, pelakon itu ada berhubung dengannya kira-kira tiga bulan lalu.
“Fattah tidak pernah kongsi atau minta nasihat dari saya berkaitan rumah tangganya. Dia ada hubungi saya tapi tidak bercakap mengenai Fazura sebaliknya minta nasihat berkaitan kerja.
“Selepas permohonan cerai dilakukan Fazura pun, Fattah tidak cuba hubungi saya dan kalau dia tanya mungkin saya boleh bantu,” kongsinya ketika ditemui pada sidang media Konsert Govinda (Hal Hebat) petang semalam.
Bagaimanapun, kata Iman lagi, dia juga berasa sedih dengan situasi yang dilalui pasangan selebriti terbabit.
Sebelum ini, Fattah dilaporkan belum bersedia untuk melepaskan Fazura ketika sebutan kes permohonan perceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, kelmarin.
Mahkamah kemudian menangguhkan kes perceraian pasangan berkenaan ke tarikh baharu, iaitu pada 7 Oktober ini.
Sebagai info, pasangan popular ini telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, Fattah dan Fazura dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah beberapa minggu menjadi ‘lubuk’ kepada berita sensasi dan kontroversial, akhirnya program realiti Famili Duo tiba ke episod penghujungnya pada malam ini.
Menariknya, malam terakhir sebentar tadi telah berlangsung dengan penuh lancar tanpa sebarang komen dari pihak juri tetap, ‘Mummy’ Mas Idayu dan Ajai yang ‘merobek’ mood peserta. Malah empat pasangan yang bertanding juga tampil bersedia untuk memberikan saingan terbaik demi merebut hadiah wang tunai utama RM100,000.
Tumpuan tentunya terarah kepada pasangan Naim Daniel dan Sissy Iman. Setelah keyakinan mereka tertunduk pada episod keenam dek komen ‘pedas’ yang diberikan oleh Mas Idayu, pada malam ini hanya pujian yang menanti kedua-dua persembahan mereka.
Naim Daniel dan Sissy Iman melakukan yang terbaik bagi membuktikan mereka layak menempah tempat di pentas akhir Famili Duo. FOTO: TV3 Malaysia
Tinta Mas Idayu, “Kalau tak suka, saya cakap tak suka. Bagi saya, vokal mereka (Naim dan Sissy) malam ini adalah vokal terbaik daripada keseluruhan persembahan yang pernah dilakukan. Ini ikhlas.
“Hanya satu minggu yang silapnya amat besar. Dan minggu-minggu lain itu mereka lupa yang mereka itu bagus sebenarnya.
“Sebelum ini, kamu berdua bagus dari awal minggu. Hanya minggu keenam sahaja dan sekarang, awak kembali dengan nyanyian bagus. Jadi semangat itu yang awak kena ada dalam pertandingan, ulasnya pada malam ini selepas persembahan pertama Naim dan Sissy.
Mas Idayu
Terdahulu, Mas Idayu menyuarakan pendapat mengenai respon balas rakan seindustri yang mengkritik cara penjuriannya.
Kata penyanyi berusia 51 tahun itu, sepanjang bergelar juri pertandingan realiti televisyen selama 16 tahun, beliau hanya fokus kepada komitmennya menerusi caranya yang tersendiri.
“Saya tak peduli dengan kata-kata mereka kerana saya hanya melakukan kerja saya. Saya mohon jangan masuk campur urusan kerja penjurian saya.
“Saya tahu cara saya menegur adalah kerana sayang dan bukan bersifat peribadi. Kalau ada yang kata saya menjatuhkan maruah peserta, terserah mereka,” katanya sewaktu temubual bersama MStar. Sambil itu, Mas Idaya berharap agar kritikannya diambil secara positif kerana niatnya hanya untuk menjadikan mereka lebih baik dalam skop pertandingan seperti Famili Duo ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!