Isu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sering kali mendapat perhatian, lebih-lebih lagi kepada pelajar IPTA dan IPTS yang melanjutkan pelajaran dengan menggunakan wang pinjaman tersebut.
Dah jadi tanggungjawab seorang peminjam, bila sudah pinjam mestilah kena bayar semula kan?
Bagi korang yang masih menanggung hutang PTPTN, berikut merupakan cara bayaran lebih jimat hanya menggunakan aplikasi Boost yang telah dikongsi oleh Azmy Mokhtar di media sosialnya.
Ads
Wah, macam berbaloi saja. Jom try.
Firstly, korang kena download dan daftar aplikasi Boost di Playstore. Jangan lupa masukkan invitation code moh46zh.
Ads
Kedua, log in apps dan terus ke bahagian Profile > Missions > Take A New Mission > Pay PTPTN Bill RM200. Pastikan korang mempunyai 100 Boost Coins untuk mengaktifkannya. Untuk mendapatan 100 Boosts Coins tersebut senang saja, korang boleh bayar apa-apa bil atau top up dekat apps Boosts tersebut.
Langkah ketiga, selepas pembayaran selesai dibuat, korang boleh claim Reward RM3.50. Maksudnya, daripada RM200 yang korang bayar, sebenarnya korang hanya keluarkan duit RM196.50 sahaja. Cara ini dilihat lebih jimat berbanding bayar guna kaedah online perbankan yang mana harganya tetap dan tiada diskaun.
Walaupun tak berapa banyak, tapi masih lagi boleh berjimat. Kalau ada yang nak dapatkan nombor akaun PTPTN, bolehlah datang ke mana-mana kiosk PTPTN berdekatan untuk mendaftar diri bagi pengaktifan kali pertama sebagai pembayar hutang.
Jadi, selepas ini diharap tidak ada lagi alasan mengatakan urusan PTPTN ini masih menyusahkan korang lagi. Semuanya sudah tersedia dengan mudah, jalankan sahaja tanggungjawab kita sebagai pembayar hutang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyerang sensasi Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid terus mencatatkan kejayaan di peringkat Asia selepas dipilih sebagai pemenang Gol Terbaik Sedekad Liga Juara-Juara Asia (ACL).
Safawi memberikan aksi terbaik ketika menentang pasukan Shandong Luneng bagi 2019 AFC Champions League bulan April tahun lalu.
Keputusan itu diumumkan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di laman rasmi mereka. Jaringan yang dihasilkan menerusi sepakan lencong menarik itu mendapat undian tertinggi sebanyak 34 peratus, mengalahkan Sembilan lagi calon lain.
Sepanjang tiga minggu tempoh undian dibuka, Safawi Rasid telah menerima sebanyak 19,933 undian keseluruhan dan Abdulaziz Al Dawsari dari Kelab Al Hilal dikedudukan kedua selepas mendapat 14 peratus undian.
Penyerang berusia 23 tahun ini khabarnya dilamar kelab Liga Portugal, Portimonense SC dan akan meneruskan kariernya di Eropah.
Apa-apa pun kami ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Safawi Rasid atas kejayaan yang dimilikinya. Semoga terus sukses dan mengharumkan nama negara.
Dahulu, permainan video games di telefon bimbit dianggap salah satu cara release tension selepas penat bekerja. Kini ketagih penduduk dunia terhadap permainan video games dilihat sudah ditahap melampau malah turut mengundang bahaya.
Bahaya ketagih ini membuatkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mungkin mengklasifikasi “ketagihan permainan video” atau “gaming disorder” sebagai penyakit mental dalam manual penyakit 2018 badan dunia itu, lapor agensi berita China Xinhua.
Dalam deraf kedua kemas kini ke-11 Klasifikasi Penyakit Antarabangsa (ICD-11) WHO, ketagihan permainan video telah dimasukkan dalam kategori “gangguan mental, tingkah laku atau perkembangan otak.”
MB salah satu video game pilihan remaja Malaysia
Bagi korang yang selalu main games ini, sajalah nak tanya. Memang bahaya ke main games ini u all rasa? Selalunya berapa jam sehari yang korang habiskan masa mengadap games? Tak pun, pernah ke sampai bergaduh dengan couple sebab korang lebihkan games dari dia?
Kalau WHO mungkin menyenaraikan ketagihan permainan video sebagai penyakit mental, sebelum korang lebih beriya-iya menghabiskan masa mengadapnya pada tahun 2018 nanti, Remajasenaraikan jenis-jenis video games yang telah mengakibatkan pemainnya mati dan berani melakukan pembunuhan kerana ada banyak jenayah kekerasan, pertarungan, permintaan bunuh diri malah kerana terasa diganggu oleh orang lain melalui permainan video dipaparkan.
Blue Whale “Suicide Game”
Inilah video games paling bahaya. Setakat hari ini disenaraikan seramai 130 orang remaja di Russia telah membunuh diri kerana bermain games ini. Permainan ini berbentuk kuiz di mana pemainnya wajib menyudahkan permainan diberi. Dari satu tangga ke satu tangga, sampai tak masuk akal perlu melukai diri sendiri.Jika sampai di lavel 50, pemainnya diminta bunuh diri.
Pokemon Go
Diperkenalkan tahun lalu, 2016, Pokemon Go menduduki carta video games kedua bahaya di dunia. Sudah ramai yang mati dan seorang remaja di Guatemala City, menjadi mangsa pertamanya.
Jerson Lopez de Leon, 18, mati selepas dia dan sepupunya, Daniel Moises Picen, 17, diserang hendap di jalan raya di bandar Chiquimula. Hampir 20 kelongsong peluru ditemui di tempat kejadian, tempat dua sepupu itu cuba mencari makhluk maya permainan terbabit.
Ada banyak lagi kematian di seluruh dunia termasuk dilanggar kereta ketika sedang leka menangkap makhluk Pokemon ini. Tidak hanya kes di atas, bahaya atau tidaknya Pokemon Go, video games ini telah diharamkan di Arab Saudi kerana menggalakkan perjudian.
VR Star Wars
Seorang lelaki mati tanpa sedar pendarahan terjadi di kepalanya selepas leka bermain realiti maya Star Wars. Dia menggunakan set VR sebelum tersadung dan jatuh di atas meja kopi diperbuat dari kaca. Biarpun luka dia tetap ketagih main sehingga mayatnya dijumpai ibunya.
Dota
Seorang budak berusia 11 tahun di Filipina mati selepas ditikam seorang remaja berusia 16 tahun sebanyak 40 kali selepas merosakkan akaun jaringan DotA miliknya. Macam-macamkan.
Farm Ville
Inilah mak yang telah mengakibatkan kematian kepada anaknya sendiri selepas bengang anaknya itu menangis ketika dia leka bermain games ini
Bunyi nampak nampak mengarut. Yalah permainan tanam-tanam sayur, buat kebun. Apa yang bahayanya? Lagi pun permainan video games ini mungkin sudah lama dan tidak lagi menjadi viral. Tetapi games punya pasal, seorang ibu telah membunuh bayinya berusia 3 bulan kerana menangis di saat dia leka bermain.
Grand Theft Auto IV
Seorang cucu sanggup menembak mati neneknya sendiri di belakang kepala selepas terpengaruh dengan games ini. Usianya baru saja 8 tahun tetapi sudah jadi pembunuh. Kata pakar psikologi, games ini yang ada aksi kekerasan antara dorongan mengapa hal ini terjadi.
EverQuest
Seorang remaja menembak dirinya sendiri di kepala ketika sedang leka bermain EverQuest. Ibunya menyalahkan permainan tersebut di atas kemalangan yang terjadi. Dia sama sekali tidak dapat menerima keadaan ini dan menyifatkan anaknya sudah ketagih bermain video games.
Apa pendapat korang tentang isu ketagihan permainan video ini? Secara realitinya kita memang tak kacau orang lain, tak minta pun duitnya sebaliknya hanya menghabiskan data sendiri saja.
Remaja ini mati selepas 36 jam main video tanpa henti di Taiwan
Dalam senarai games di atas, sebenarnya, ada lagi kes-kes kematian. Ini termasuklah seorang budak berusia 11 tahun yang mengambil cabaran dalam permainan video “Hangman” dan “pass out challange”. Kata emak budak ini, jika dia dapat putarkan masa, dia akan memantau lebih tegas penggunaan media sosial, YouTube dan internet kepada anaknya.
Nampak tak macam mana harapan mak ayah korang dalam isu ketagih main games ini.Kalau dah macam ni punya kejadian, masih lagi ke korang nak terus ketagih main video games tahun 2018 nanti?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah peribahasa yang dapat ungkapkan buat pasangan pempengaruh media dan ahli perniagan terkenal tanah air ini.
Bersaksikan Auditorium MBSA, Shah Alam dan ribuan penonton, usahawan popular, Hafiz Mahamad, dinobatkan sebagai pemenang utama Anugerah Gempak Most Wanted 2022, sekali gus bergelar individu paling berpengaruh di media sosial dengan berjaya meraih jumlah undian tertinggi iaitu 125,288.
Sebagai tanda penghargaan atas kejayaan pada malam bertuah itu, Hafiz Mahamad memberi ganjaran buat para kakitangannya bonus sebulan gaji, selain sehari cuti.
Jelas tuan empunya badan, dia mahu menunaikan hasrat tersebut selepas melihat kesungguhan semua pekerjanya mengundi dan memberi sokongan padu atas usahanya selama ini.
“Saya lihat kesungguhan mereka dan itu yang buat saya sayang dan hargai usaha mereka. Saya berniat kalau ada rezeki menang, saya akan bagi satu hari cuti. Saya ada dua bisnes iaitu Ainda Beauty dan Ainaa Clinic.
“Untuk Ainaa Clinic, saya akan hadiahkan kakitangan satu bulan bonus gaji sempena raya nanti. Untuk Ainaa Beauty pula, saya ada kejutan lain. Pekerja saya seramai 70 orang dan keseluruhan bonus yang saya peruntukan mencecah RM300,000,” kongsinya.
Bukan itu sahaja, bapa kepada dua cahaya mata itu turut mendedikasikan kemenangan yang diperoleh itu buat semua kakitangannya.
“Bila ada anugerah seperti ini dan tercalon, pada mulanya agak janggal juga. Sejak awal percalonan lagi, semua kakitangan menyatakan sokongan dan mahu melihat saya menang.
“Saya cakap pada isteri, mahu datang ke sini dan bawa pulang sesuatu untuk pekerja saya. Mereka memang betul-betul bekerja keras, malah setiap hari mengundi saya,” tuturnya lagi.
Pada malam temasya itu juga,Hafiz sempat mengucapkan rasa syukur atas penghargaan tersebut dan mengatakan bahawa anugerah yang diterimanya itu merupakan salah satu rezeki isterinya yang juga pempengaruh terkenal, Syafiqah Aina.
“Jika ini adalah rezeki, saya percaya ini adalah rezeki untuk lelaki yang hanya menumpang rezeki isteri dan awak semua,” katanya.
Sekadar informasi, Hafiz mendirikan rumah tangga bersama Aina pada 24 November 2017.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Nurhidayah Damanhoori mencipta sejarah sebagai wanita pertama menjadi Pegawai Pemerintah Unit Berkuda PDRM. Kenali perjalanan dan inspirasi kejayaannya.