Semua orang boleh memiliki impian, namun jika tidak berusaha, impian hanya akan tinggal impian. Apabila berjaya direalisasikannya pasti kepuasan yang dikecapi berlipat kali ganda. Inilah perumpamaan yang sesuai diungkapkan kepada juara terbaharu Miss Grand Krung Thep Mahanakhon atau Miss Grand Bangkok 2022 ini.

Berusia 27 tahun, Engfa Waraha telah berjaya mengalahkan 21 peserta yang lain untuk merebut gelaran berprestij itu. Seperti yang pageant lovers tahu, pertandingan Miss Grand antara pertandingan ratu cantik yang menjadi perhatian saban tahun biarpun ia merupakan satu platform yang baru sahaja ditubuhkan pada 2013.

Kredit foto: Instagram Miss Grand Bangkok

Pada malam kemenangannya itu, wanita cantik ini telah mengayakan gaun labuh potongan duyung berleher toga dalam perincian kemilau yang memukau. Dapat dilihat ketika sesi soal jawab yang dia perlu lalui, Engfa begitu lancar dan bernas dalam memberi jawapan.

Sejurus kemenangannya, dia memuat naik naik gambar di Instagram dan memanjat rasa syukur dengan pemilihannya sebagai Miss Grand Bangkok yang baru. Ujarnya, “Terima kasih kepada semua juri yang memilih. Apa yang anda lihat malam ini saya pasti tidak akan mengecewakan anda semua.

“Saya akan memperbaiki diri saya agar menjadi lebih baik dan menghormati gelaran Miss Grand Bangkok yang telah diberikan kepada saya dan menjadi wakil yang sempurna semampu saya nanti. Terima kasih juga saya ucapkan kepada para pekerja yang menjaga kami dari lockdown sehingalah malam finale.

IKLAN

“Saya sangat gembira kerana berjaya melangkah ke hadapan, walau apa juga rintangan yang dilalui kita harus bersedia. Terima kasih kepada ibu, peminat, kawan-kawan dan adik beradik yang menjadi tenaga positif untuk saya. Kalian banyak memberikan kekuatan untuk saya berjuang dan memajukan diri untuk melakukan yang terbaik malam ini.”

Dari seorang yang pemalu kerana penampilan diri, Engfa tidak berdiam diri sebaliknya dia pernah melalui prosedur kecantikan untuk mencantikkan lagi dirinya. Memetik laporan dari laman sesawang sebuah hospital kecantikan, ID Hospital, wanita ini menjalani beberapa pembedahan untuk menjadikan wajahnya lebih menarik ketika berusia 23 tahun.

IKLAN

Antara prosedur yang dijalaninya adalah proses barbie line rhinoplasty untuk memancung dan mengecilkan hidung, V3 lift dan accusculpt untuk menjadikan wajah lebih runcing serta pembedahan bagi mencantikkan bentuk payudara. Selepas menjaalani pembedahan ini, dia tampil lebih yakin.

Sebelum bergelar ratu cantik, Enfa pernah menyertai pertandingan The Voice Thailand musim ketujuh dan berjaya mendapat tempat di bawah coach Joey Boy. Walaupun begitu dia tersingkir pada peringkat knockouts.

IKLAN

+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Kredit foto: Instagram Engfa Waraha