Satu kisah ringkas tetapi cukup menyentuh perasaan kini tular di media sosial apabila seorang lelaki dikenali sebagai ultramett berkongsi pengalaman mengajak seorang security guard makan percuma di Restoran Rembayung.
Tanpa dirancang, pertemuan biasa itu bertukar menjadi momen penuh makna yang mendapat pujian ramai netizen.
Menurut perkongsian di Threads, lelaki tersebut pada awalnya hanya menunggu keretanya diservis di sebuah bengkel Perodua yang terletak berhadapan dengan Restoran Rembayung.
Pada masa sama, beliau sebenarnya mempunyai slot tempahan makan di restoran tersebut, namun masih ada kekosongan tempat.
Ketika duduk berehat, lelaki itu melihat seorang security guard sedang bertugas tidak jauh dari situ. Dari situlah tercetus satu pelawaan yang ikhlas dan tidak disangka.
View on Threads
Pelawaan Spontan Yang Datang Dari Hati
“Sebelum kejadian, saya lepak dekat kerusi guard tu. Saya tanya dia dah makan ke belum? Lepas tu saya ajak, jom join saya makan, bagitahu boss, cakap saya belanja,” tulisnya dalam perkongsian tersebut.
Security guard berkenaan pada mulanya meminta izin daripada penyelianya terlebih dahulu.
Selepas hampir 10 minit berlalu dan melihat guard itu masih belum masuk, lelaki tersebut tanpa ragu-ragu terus menjemputnya masuk ke dalam restoran.
Ads
Sebaik sahaja berada di dalam Restoran Rembayung, jelas kelihatan security guard tersebut menikmati makanan yang dihidangkan dengan penuh rasa syukur.
Menurut ultramett, guard berkenaan tidak makan daging dan hanya memilih menu ringkas seperti ayam goreng, ayam kicap serta telur dadar.
“Nampak dia berselera makan. Simple je pilihan dia, tapi nampak ikhlas dan puas,” katanya lagi.
Kesederhanaan Yang Menyentuh Hati
Apa yang membuatkan kisah ini begitu menyentuh perasaan ialah sikap sederhana security guard tersebut. Walaupun dijemput makan percuma di restoran terkenal, beliau tidak mengambil kesempatan dan hanya memilih makanan yang biasa.
Kesederhanaan itu membuatkan ramai yang membaca kisah ini berasa tersentuh dan tersedar akan nilai sebenar sebuah kebaikan.
Ads
Reaksi Netizen Penuh Pujian
Perkongsian kisah di Restoran Rembayung ini pantas mendapat perhatian netizen. Rata-rata meninggalkan komen positif dan memuji sikap rendah hati lelaki tersebut yang tidak memandang status atau pekerjaan seseorang.
Ramai juga mendoakan agar rezeki lelaki itu sentiasa diluaskan, selain menyifatkan perbuatan kecil seperti ini sebagai sesuatu yang besar nilainya di sisi kemanusiaan.
Kisah ini sekali lagi membuktikan bahawa kebaikan tidak memerlukan wang yang banyak atau perancangan besar.
Kadangkala, hanya dengan mengajak seseorang makan dan melayan mereka dengan penuh hormat, ia sudah cukup untuk memberi kesan mendalam.
Apa yang berlaku di Restoran Rembayung ini menjadi peringatan bahawa setiap manusia, tanpa mengira pekerjaan atau kedudukan, wajar dihormati dan dihargai.
Kerana pada akhirnya, yang paling kenyang bukan hanya perut tetapi juga hati.
Sumber : Thread Ultramett
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
8 bulan kebelakangan ini, penyanyi Ariana Grande telah melalui banyak perkara.
Kisah percintaan, kisah putus tunang, kematian bekas kekasih, insiden pengeboman Manchester, respon negatif terhadap album Sweetener dan mengeluarkan album comeback menerusi ‘Thank You, Next’.
She has been through it!
Tak hairanlah apabila Ariana yang baru memenangi anugerah Grammy pertamanya menerusi kategori Vokal Album Pop Terbaik mengambil keputusan untuk ‘berehat sebentar’.
Di saat populariti mencanak selepas album ‘Thank You, Next’ dilambung pujian oleh para peminat, Ariana merasakan dirinya terlalu penat dengan aktiviti back-to-back dan penat secara fizikal serta mental.
Kesibukan dalam dunia muzik dan kehidupan peribadi (yang mendapat tumpuan tabloid) mendesak Ariana untuk slow down seketika.
Pengumuman tersebut dilakukannya ketika menjadi tetamu jemputan di rancangan The Late Late Show with James Corden, semalam. “Jujurnya, saya teruja apabila kamu menjemput saya pada malam ini, kerana selalunya saya tidak lakukan perkara selain muzik,” katanya.
Poor girl, tak apalah biarkan dia berehat seketika.
Ariana Grande bukanlah penyanyi pertama yang pernah membuat keputusan untuk ‘berehat seketika’. Lihat 5 lagi penyanyi dan alasan mereka untuk berbuat sedemikian.
Kesha
Penyanyi kontroversi ini menghabiskan tempoh 5 tahun memasuki pusat rehab dan menentang produser muzik Dr. Dre di mahkamah atas dakwaan gangguan seksual. Kesha lakukan comeback menerusi single ‘Praying’ pada Julai 2017.
Selena Gomez
Penyanyi Wolves ini menjauhkan diri daripada media sosial dan karier nyanyian kerana perlu mendapat rawatan untuk serangan panik, depresi dan rawatan sakit lupus pada tahun 2016. Selepas 3 bulan, dia kembali di pentas American Music Awards.
Ed Sheeran
Setahun ‘menghilang diri’, barulah Ed kembali dengan single Shape of You dan Castle on the Hill pada Januari 2017. Sepanjang tempoh setahun itu, Ed “membuang iPhone-nya, jauhkan diri daripada internet dan mendapatkan telefon Nokia 3310.”
Adele
Tamat saja mengeluarkan album penuh, menggondol anugerah dan menjelajah untuk konsert, Adele pasti akan berehat untuk tempoh 3-4 tahun. “Jika saya sambung bekerja, hubungan peribadi saya akan gagal.” Selepas tamat tour pada tahun 2016, Adele sekali lagi mengumumkan akan berehat untuk 5 tahun demi menghabiskan masa bersama anak lelakinya, Angelo.
Beyonce
Pada tahun 2010, Queen Bee mengelilingi dunia sepanjang tempoh 9 bulan dan menjalani kehidupan normal. “Saya lakukan rutin biasa seperti bermain dengan anak buah, melawat muzium, pergi ke konsert, habiskan masa dengan suami (Jay-Z).
Pelakon Puteri Sarah Liyana memberitahu suaminya yang juga penerbit terkenal, Syamsul Yusof enggan menceraikannya kerana percaya bahawa ikatan perkahwinan mereka masih mempunyai sinar untuk berdamai.
Menerusi video dimuat naik oleh OhBulan! di aplikasi TikTok, pelakon drama Suri Hati itu mengatakan bahawa pengarah filem Munafik berkenaan enggan melepaskannya.
“Tak nak, dia tak nak lepaskan Sarah. Dia kata masih ada sinar. Sinar apa? Sinar Harian?” selorohnya.
Tambah pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, Syamsul masih percaya bahawa mereka masih mempunyai peluang untuk berdamai berbanding berpisah.
“Dia kata, masih boleh berdamai lagi, dan dia kata masih ada sinar. Apa yang ada sinarnya lagi? Just let me go. Sarah masuk hospital hari itu pun, dia tidak jenguk tanya khabar.
“Sinar apa? Sarah tak tahu kenapa dia buat macam itu. Seperti biasa, dia ada berhubung mengenai anak-anak sewaktu pergi menunaikan umrah, baru-baru ini.
“Sekarang ini, nak mencelah pula. Just let me go, Mohd Shamsul, Sarah dah malas,” luahnya sewaktu ditemui media.
Sementara itu, Hakim Mahkamah Syariah, Akmaluddin Ilyas memerintahkan pasangan itu melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Kosmo, Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi begitulah perumpamaan yang boleh kita samakan dengan anak lelaki Puan Sri Tiara ini.
Berkongsi video di samping anak tersayang di media sosial baru-baru ini, warga maya tertarik dengan personaliti Mohd Eridani Effendi atau mesra disapa Dani ini. Rata-rata followers Puan Sri Tiara memuji wajah kacak Dani dan menyatakan rupa paras anak lelaki ini mewarisi ketampanan bapa, Tan Sri Mohd Effendi Norwawi.
Meniti usia 24 tahun, Dani merupakan satu-satunya cahaya mata lelaki penerbit filem terkenal ini.
Puan Sri Tiara ialah pelakon, penerbit filem, penerbit teater muzikal, dan penyanyi menyambut ulang tahun kelahiran pada awal Oktober lepas. Bersempena hari lahir, figura ini menitipkan rasa syukur dikurniakan keluarga tersayang.
“Syukur alhamdulillah for my good health, for my beloved family Effendi, Mila and Dani, and everyone in my life who fill my life with happiness.”
Bahkan dia meluahkan rasa bertuah mempunyai dua cahaya mata yang menyenangkan dan penyeri hidup.
“I want to celebrate my two wonderful kids Mila and Dani. Being mother to you both has been the most fulfilling part of my life, and my absolute joy. Thank you for being the most wonderful kids any mother could ask for.”
Seperti kakaknya iaitu Hani Karmila, Dani turut aktif dalam sukan Jiu Jitsu dan pernah memenangi pelbagai kejohanan.
Hani Karmila merupakan anak hasil perkahwinan terdahulu Puan Sri Tiara bersama arwah Hani Mohsin. Sementara Dani pula cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan Tan Sri Mohd Effendi Norwawi.
Tan Sri Effendi sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2006 dan Menteri Pertanian 1999 hingga 2004. Beliau juga tokoh terkenal dalam bidang perniagaan dan bekas Pengerusi Eksekutif ENCORP Berhad, Bloomberg TV Malaysia dan NTV7.
Dah ibu dan ayahnya kacak dan cantik mesti la turun kepada anak-anaknya kan.
K.O.I mencipta kejutan gemilang apabila lagu Tiwikarma dinobatkan sebagai juara AJL 40, sekali gus membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM100,000.