Dengan pencapaian ini, BLACKPINK rasmi menjadi artis muzik pertama di dunia yang melepasi 100 juta subscribers di YouTube. Sebelum ini, angka sebesar itu lebih sinonim dengan pencipta kandungan individu atau YouTuber terkenal.
Namun kali ini, landskap hiburan berubah apabila sebuah kumpulan muzik berjaya menawan platform video terbesar dunia dengan skala yang belum pernah dicapai oleh artis lain.
Sejak debut pada tahun 2016, mereka sudah menunjukkan pendekatan yang jelas terhadap strategi digital. Setiap muzik video dilancarkan dengan konsep visual yang kuat, produksi bertaraf antarabangsa dan koreografi yang mudah diingati.
Lagu-lagu seperti DDU-DU DDU-DU, Kill This Love dan How You Like That menjadi pemacu utama pertumbuhan subscriber mereka.
Video-video ini bukan sahaja mengumpul ratusan juta tontonan, malah sebahagiannya melepasi angka bilion. Momentum tersebut memberi kesan besar terhadap pertumbuhan saluran rasmi mereka.
Konsistensi dalam menghasilkan kandungan berkualiti tinggi menjadikan algoritma YouTube lebih mudah “mengenali” dan mengangkat video mereka ke halaman trending. Setiap pelancaran baharu hampir pasti mencetuskan fenomena global dalam tempoh 24 jam pertama.
Peranan BLINK Dalam Mencapai 100 Juta
Tidak dapat dinafikan bahawa kejayaan BLACKPINK mencapai 100 juta subscriber YouTube turut didorong oleh kekuatan fandom mereka yang dikenali sebagai BLINK. Komuniti ini terkenal dengan sokongan digital yang tersusun dan agresif.
Setiap kali muzik video baharu dilancarkan, BLINK dari seluruh dunia akan menganjurkan sesi penstriman besar-besaran, berkongsi pautan di pelbagai platform media sosial dan memastikan kandungan tersebut mendominasi carta trending.
Strategi ini bukan sahaja meningkatkan tontonan, malah membantu menambah subscriber baharu secara konsisten.
Gabungan antara strategi syarikat pengurusan dan kekuatan komuniti peminat menjadikan pertumbuhan saluran mereka stabil dan berterusan sehingga mencapai angka bersejarah ini.

Ia membuktikan bahawa bahasa bukan lagi halangan dalam industri muzik moden. Lagu berbahasa Korea mampu menembusi pasaran global melalui platform digital.
Selain kejayaan di YouTube, BLACKPINK juga aktif dengan jelajah dunia berskala stadium, kolaborasi bersama artis antarabangsa serta kerjasama dengan jenama mewah dunia. Setiap ahli Jisoo, Jennie, Rosé dan Lisa mempunyai pengaruh tersendiri dalam bidang fesyen, lakonan dan kerjaya solo.
Kekuatan jenama peribadi setiap ahli memperkukuhkan lagi identiti kumpulan secara keseluruhan.
Ini menjadikan mereka bukan sekadar kumpulan muzik, tetapi satu entiti budaya global yang mempunyai impak besar dalam pelbagai industri.
Standard Baharu Industri Muzik Global

Dalam era di mana algoritma dan platform digital memainkan peranan penting, kejayaan ini menjadi rujukan kepada bagaimana strategi kandungan dan hubungan dengan peminat boleh menentukan kedudukan artis di peringkat global.
Penganalisis industri melihat kejayaan ini sebagai simbol perubahan kuasa dalam dunia hiburan. Radio dan televisyen bukan lagi medium utama untuk mencipta populariti.
Anda mungkin berminat dengan
Sebaliknya, platform seperti YouTube menjadi medan utama untuk membina empayar peminat antarabangsa.
Walaupun angka 100 juta kelihatan seperti kemuncak, ramai percaya ia hanyalah satu checkpoint dalam perjalanan panjang mereka. Dengan momentum yang masih kukuh dan pengaruh global yang semakin meluas, tidak mustahil lebih banyak rekod bakal dipecahkan pada masa hadapan.
Sumber : The Express Tribune
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Berita baik buat peminat iKON apabila baru-baru ini, kumpulan K-Pop popular ini akan kembali menemui peminat di Kuala Lumpur menerusi konsert jelajah dunia terbaru ‘FOUREVER’. Pengumuman ini nyata mengujakan para iKONIC tempatan yang sudah lama menantikan kemunculan semula kumpulan tersebut di Malaysia.
Menerusi sebuah perkongsian di media sosial rasmi iKON, kumpulan ini telah mendedahkan senarai lokasi pertama bagi jelajah dunia berkenaan. Difahamkan, siri konsert ini akan dimulakan di Seoul selama dua hari iaitu pada 16 dan 17 Mei ini sebelum menjelajah ke beberapa bandar lain di seluruh dunia.
Difahamkan, selepas membuka tirai di Korea Selatan, iKON yang kini dianggotai oleh Jay, Song, Bobby, DK, Ju-ne, dan Chan dijadualkan untuk meneruskan konsert mereka ke pelbagai destinasi termasuk Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan serta Asia, sekaligus membuktikan populariti global kumpulan ini masih kekal kukuh dalam kalangan peminat antarabangsa.

Menariknya, Kuala Lumpur turut tersenarai sebagai salah satu lokasi persinggahan jelajah ini. Walau bagaimanapun, maklumat lanjut seperti tarikh rasmi konsert, lokasi acara serta harga tiket masih belum diumumkan setakat ini.
Pada masa yang sama, untuk jelajah ‘FOUREVER’, hanya empat orang ahli akan terlibat dalam siri konsert kali ini. Ini berikutan dua ahli iaitu Ju-ne dan DK kini sedang menjalani tempoh rehat bagi memenuhi tanggungjawab perkhidmatan ketenteraan wajib di Korea Selatan.
Konsert ini juga menandakan kepulangan iKON ke Kuala Lumpur selepas kali terakhir mereka mengadakan persembahan menerusi jelajah ‘Take Off’ pada tahun 2023 di Axiata Arena yang kini dikenali sebagai Unifi Arena.

Walaupun begitu, beberapa ahli kumpulan ini seperti DK, Jay dan Ju-ne sebelum ini masih aktif berinteraksi dengan peminat di Malaysia menerusi persembahan solo masing-masing, termasuk kemunculan Ju-ne di KFINITY Music Festival pada November lalu.
Dengan pengumuman ini, para peminat kini hanya perlu menantikan butiran lanjut mengenai konsert tersebut. Orang ramai disarankan untuk terus mengikuti perkembangan terkini menerusi platform rasmi iKON bagi mendapatkan maklumat sahih dan terkini berkaitan konsert jelajah ‘FOUREVER’.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Umum mengetahui, konsert kumpulan pop rock Britain, Coldplay telah diadakan pada 22 November tahun lalu di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapalah Kami Tidak Datang Lebih Awal..” – Setia Tunggu 27 Tahun, Coldplay Terharu Sokongan Padu Peminat Malaysia

Konsert antarabangsa itu juga dianggap sebagai penutup tirai bagi penganjuran konsert mega pada 2023 di Malaysia.
Menerusi konsert jelajah Coldplay Music of the Spheres itu, Malaysia turut tersenarai antara negara yang mencatatkan peratusan pemulangan gelang Xylobands tertinggi ketika ini.

Menerusi satu hantaran di akaun Instagram Coldplay Malaysia, peratusan pemulangan gelang lampu yang juga dikenali sebagai ‘PixMob’ itu adalah sebanyak 90%.
“Malaysia kini berada antara negara tertinggi merekodkan pemulangan gelang tersebut dan secara tidak langsung menunjukkan peminat di Malaysia menyokong usaha kitar semula daripada Coldplay.
“Bagi yang tidak tahu, gelang tersebut dipakai oleh peminat ketika acara konsert sedang berlangsung. la akan menyala mengikut rentak lagu yang dipersembahkan,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Rakyat Malaysia antara peminat tegar band ini!
Menurut akaun itu lagi, gelang tersebut perlu dipulangkan semula oleh para penonton kepada pihak penganjur untuk digunakan pada konsert jelajah seterusnya.
Sementara itu, senarai pemulangan gelang Xylobands oleh penonton di Tokyo, Jepun mencatat jumlah tertinggi iaitu 97% dan diikuti Copenhagen, Denmark sebanyak 96%.

Argentina pula berada di tangga ketiga dengan 94% seterusnya Kaohsiung, Taiwan meraih pemulangan gelang sebanyak 93%. Malaysia pula berada di tangga kelima.
BACA LAGI: Angkara Obses Dengan Jimin BTS, Pelakon Kanada Meninggal Dunia Selepas Jalani 12 Pembedahan
KREDIT FOTO/ ARTIKEL: Instagram Coldplay, TRPBM
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan keterujaannya apabila berpeluang untuk mempelajari seni mempertahankan diri dan aksi pertarungan yang sudah lama diimpikannya.
Aksi itu dilakukan ketika menjalani penggambaran muzik video terbaharunya berjudul Magisyang bakal dilancarkan pada 7 Oktober nanti.
ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Dilabel ‘Artis Tiada Job’ Hanya Sebab Kerap Buat Live, Asyraf Khalid Tampil Pertahankan Ibu Tiri -“Tahun Ini Saja…”

Berkongsi video di sebalik tabir pembikinan muzik video itu di platform Instagram pada, pelantun lagi popular Kau Kekasihku itu merakamkan menzahirkan penghargaan atas segala bantuan dan kerjasama pihak lain yang membantunya mempelajar aksi melawan ala pahlawan srikandi tersebut.
“Terima kasih guru seni pertahan diri, pelakon utama lelaki bersama saya berlawan, pelakon kanak kanak yang hebat dan semua yang terlibat menjadikan muzik video ini lebih menarik.
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Terfikir Nak Bawa Aafiyah Serius Dalam Bidang Seni” -Siti Nurhaliza

“Memang impian saya untuk melakonkan aksi srikandi, semoga iadapat diterima baik,” katanya.
Dalam perkongsian tersebut turut dilihat, Siti memakai busana ala pahlawan wanita dilihat melakukan gerakan mempertahankan diri sambil memegang busur panah.
Sekadar info, Magis bakal dijadikan runut bunyi (OST) drama terbaharu berjudul Hikayat yang bakal ditayangkan tidak lama lagi di saluran Astro Ceria.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: IG Siti Nurhaliza
∞