Bila duduk rumah terlalu lama, mulalah mulut ni rasa nak makan macam-macam. Kalau tak pun, asyik nak mengunyah saja. Maka terhasil resipi yang diolah mengikut citarasa sendiri.
Seperti yang dilakukan oleh saudari Nurul Natasya Tasya ini, dia telah menginovasi ketupat palas segera menjadi kuih lopes. Kalau nak buat kuih tradisional itu memang mengambil masa yang agak lama kerana perlu menyediakan pulutnya terlebih dahulu, tapi dengan ketupat palas segera ini saja ia dapat dihasilkan dengan mudah dan cepat.
Jom kita lihat cara-cara untuk membuatnya.
1. Beli ketupat palas segera perisa asli
Ads
2. Rendam sekejap dalam 15 ke 20 minit untuk cepatkan proses merebus. Tambah pewarna hijau ya
3. Semasa merebus, letak 2 liter air dan satu kotak kecil santan. Tambah 1 sudu teh pewarna hijau dan daun pandan. Dalam ketupat palas tu ada disediakan santan tetapi Nurul tidak gunakannya. Bergantung kepada citarasa masing-masing
Ads
4. Selepas 40 ke 45 minit, tos dan sejukkan. Dah sejuk barulah potong dan salut kelapa parut yang dah dikukus
5. Kemudian, masak gula melaka hingga pekat. Sejukkan dan tapis
Buat julung-julung kalinya, wakil Malaysia ke pertandingan Miss Grand International terpilih untuk menyertai senarai 10 peserta terbaik di pertandingan ratu cantik tersebut.
Bertempat di Bangkok Thailand, wakil negara iaitu Jasebel Robert terdahulu telah mencuri tumpuan dengan kostum nasional bertemakan Mak Young apabila ia tergolong dalam senarai lima kostum pilihan para juri di pusingan awal.
Biarpun tidak berjaya membawa pulang kategori kostum nasional terbaik, Jasebel mencipta keajaiban apabila dia berjaya melangkah ke pusingan 10 wakil terbaik setelah wakil negara berusia 25 tahun itu dinobatkan sebagai Miss Popular berdasarkan undian peminat dari seluruh dunia.
Kemenangan itu sekaligus membolehkan Jasebel membolosi posisi Top 10 dan meneruskan perjuangan dalam segmen ucapan (speech) bertemakan COVID-19.
Dalam segmen tersebut, Jasebel memulakan ucapannya dengan berharap agar masyarakat bersatu hati menangani pandemik COVID-19 yang masih menular di seluruh dunia.
“Sekiranya COVID-19 telah mengajar kita sesuatu, ia telah mengajar kita bahawa virus ini tidak mengenali warganegara, agama, jantina, orientasi seksual. Bilakah akan kita sedar mengenai perkara ini? Bilakah kita akan berhenti menumpukan pada perbezaan di antara kita dan fokus ke arah persamaan yang wujud?
“Bila kamu melihat orang di sebelah, kamu akan melihat penonton Miss Grand International.
“Namun, jika kamu boleh menukar mentaliti itu dan mula melihat mereka sebagai saudara, kamu boleh, ‘Go to the moon and beyond’, seperti yang dikatakan oleh (Albert) Einstein.”
“Jadi, saya ingin ‘memberitahu’ COVID-19 bahawa ia telah salah mencari mangsa kerana manusia adalah lebih kuat daripada segalanya jika kita bersatu hati. Kami lebih kuat disebabkan perasaan kasih sayang, prihatin dan kita semua adalah sama.
“Saya juga ingin mengajak semua orang untuk meraikan 64 wakil peserta (Miss Grand International) yang telah berkerja keras untuk berada di sini. Terima kasih,” simpul Jasebel.
Biarpun Jasebel tidak membolosi kedudukan 5 wakil terbaik selepas segmen evening gown, ia masih merupakan satu pencapaian yang membanggakan.
Secara peribadinya, penulis menggemari ucapan Jasebel kerana ia kedengaran hadir dari hatinya sendiri dan tidak dihafal perkataan demi perkataan.
Kejayaan ini wajar dijadikan penanda aras buat wakil ratu cantik Malaysia seterusnya ketika mengibarkan Jalur Gemilang di pertandingan masing-masing kelak.
*
Terdahulu, REMAJA pernah menemubual wakil Malaysia ke Miss Universe 2020, Francisca Luhong James dalam video empat bahagian.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Merokok dan vaping di kalangan remaja semakin menjadi isu kesihatan yang serius di Malaysia.
Walaupun usaha berterusan dilakukan oleh kerajaan dan pelbagai organisasi untuk mengurangkan tabiat ini, statistik menunjukkan ia terus meningkat.
Rokok Dan Vaping Punca Lelaki Mati Pucuk, Nikotin Tingkat Risiko Tak Subur
Tahukah anda perbuatan merokok atau ‘vaping’ turut berpotensi kepada masalah mati pucuk, tegas Dr Ahmad Samhan Awang.
Doktor kesihatan lelaki dari Him Wellness itu berkata, ini adalah kerana rokok dan vape mempunyai bahan nikotin yang boleh menyebabkan salur darah menjadi keras atau ‘Atherosclerosis.’
“Keadaan ini terjadi apabila salur darah sukar untuk mengembang dan menyebabkan darah sukar untuk mengalir dengan baik.
“Ini turut menyebabkan kesukaran mengalami ketegangan di bahagian zakar.
“Jadi inilah punca mengapa 40 peratus daripada mereka yang merokok atau ‘vaping’ terdedah kepada risiko mati pucuk,” kata Dr Ahmad Samhan
Rokok Dan Vaping Punca Lelaki Mati Pucuk,
Menurut beliau, antara penyelidikan yang pernah dijalankan bagi mengkaji keabsahan perkara tersebut ialah kajian terbitan ‘American Journal of Preventive Medicine’.
Ia dilakukan sekumpulan penyelidik dari Universiti New York yang mendapati bahawa tabiat menghisap vape atau rokok elektronik boleh meningkatkan risiko mati pucuk sehingga dua kali ganda.
Kajian itu turut mendedahkan, lebih dua kali ganda lelaki sihat yang berusia antara 20 hingga 65 tahun yang menghisap vape setiap hari melaporkan mengalami masalah mati pucuk.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada usia 14 tahun, kebanyakan remaja baru ingin mengenali minat sebenar mereka.
Namun tidak bagi seorang remaja berdarah Inggeris yang dikenali sebagai Alex Westgate.
Bersempena hari kelahirannya yang ke-14 Rabu minggu lalu, Alex yang berasal dari Wes Sussex telah diberikan kepercayaan untuk menjadi salah seorang juruterbang paling muda yang pernah mengemudikan pesawat jenis glider plane!
Bertempat di lapangan terbang Husbands Bosworth dekat Leicestershire di United Kingdom, Alex memberanikan diri untuk merealisasikan impiannya itu secara solo.
Walaupun dia baru saja memulakan latihan semasa musim lockdown mula dilaksanakan di UK sekitar bulan Mac, dia menyatakan kepada media di BBC bahawa dirinya merasa tenang saja di belakang stereng.
Sambil mengemudikan pesawat, dia mengingatkan diri sendiri akan langkah-langkah yang perlu diambil dari awal sehinggalah ke momen pesawat mendarat semula.
Katanya, “Ia adalah pengalaman yang menakjubkan untuk menerbangkan glider dan berada di ruang udara bersendirian.
“Saya banyak bercakap kepada diri sendiri di atas sana dan saya ingin memastikan semuanya berjalan lancar dan pesawat mendarat dengan selamat. Peluang untuk menjalani latihan telah membuatkan saya lebih berani mengambil tanggungjawab dan arahan dengan baik,” jelas Alex sambil berterima kasih kepada ayahnya yang juga merupakan seorang juruterbang pesawat komersial dan jurulatih penerbangan di Leichestershire.
Alex besama ayahnya yang juga adalah seorang juruterbang komersil, Guy Westgate. Sumber Foto: BBC
“Pelik bila melihat anak sendiri mengemudikan pesawat. Dia hanyalah remaja biasa, tapi dengan kejayaan yang luar biasa. Seperti ayah lain, saya masih perlu mengingatkan Alex untuk mengikat tali kasut, memakai kot sebelum keluar rumah. Tapi bila di ruang udara tadi, dia hanya bergantung kepada diri sendiri,” kata ayahnya, Guy Westgate.
Mana tumpahnya kuah jika tidak pada nasi, bukan?
Video di bawah merupakan contoh pengalaman yang dilalui oleh Alex.
*
Untuk pengetahuan, undang-undang di United Kingdom membenarkan juruterbang seawal usia 14 tahun untuk mengemudikan pesawat.
Namun menurut British Gliding Association, tidak semua orang diberikan peluang tersebut. Ia bergantung kepada prestasi dan sama ada seorang juruterbang itu lulus semua syarat-syarat yang ditetapkan.
Di Malaysia sendiri, kita boleh berbangga dengan juruterbang pertama wanita kita yang mengemudi pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia, tahun ini.
Jenazah Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, selamat disemadikan di Pusara Negara, Presint 20,...