Semua orang pasti impikan kesihatan mentaliti yang baik. Namun kadangkala, corak pemikiran kita boleh bertukar sama ada ke arah positif ataupun negatif. Jom cuba kuiz ini bagi memastikan adakah mentaliti kamu benar-benar sihat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang K-Pop generasi kelima, CORTIS, terus mencuri perhatian apabila secara rasmi mencipta rekod sebagai kumpulan terpantas mencecah 10 juta pengikut di Instagram, hanya dalam tempoh enam bulan selepas memuat naik hantaran pertama pada Ogos tahun lalu.
Difahamkan, pencapaian ini sekaligus menjadikan CORTIS sebagai kumpulan K-Pop pertama yang debut dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini berjaya melepasi tanda aras 10 juta pengikut dalam tempoh yang begitu singkat. Lonjakan drastik itu juga mencerminkan kekuatan fandom mereka yang semakin berkembang di peringkat global.
Bukan sekadar dominan di Instagram, CORTIS yang dianggotai oleh James, Juhoon, Martin, Seonghyeon, dan Keonho ini turut mencatat jumlah pengikut tertinggi dalam kalangan boy group yang debut dalam tempoh sama di platform utama lain. Di TikTok, mereka mengumpul sebanyak 9.5 juta pengikut, manakala saluran YouTube rasmi mencecah 3.12 juta pelanggan dan komuniti peminat global Weverse pula merekodkan 3.07 juta pengikut.
Menariknya, momentum ini kekal konsisten walaupun kumpulan tersebut telah menamatkan promosi rasmi untuk album debut mereka, ‘Color Outside the Lines’, pada September tahun lalu. Persembahan mereka di pelbagai acara anugerah dalam dan luar negara berjaya mencetuskan gelombang perbualan di media sosial, sekaligus meningkatkan ‘engagement’ serta pertambahan pengikut secara berterusan.
Pada masa yang sama, kadar pertumbuhan itu dilihat semakin melonjak susulan sambutan luar biasa dari pasaran Amerika Utara. CORTIS turut mencipta sejarah sebagai artis Korea pertama yang menjadi tajuk utama ‘NBA Crossover Concert Series’, selain membuat persembahan separuh masa bagi ‘2026 Ruffles® NBA All-Star Celebrity Game’ yang membuka ruang kepada kemasukan peminat antarabangsa baharu.
Di samping itu, populariti digital mereka turut mengukuhkan kedudukan CORTIS sebagai ikon budaya Gen Z, khususnya dari segi fesyen dan estetika visual yang sering menjadi tren global. Pengaruh ini membawa kepada kolaborasi berprofil tinggi bersama jenama dan organisasi ternama seperti Apple, NBA, MLB, Red Bull dan Acuvue.
Selain itu, sayap pengaruh CORTIS turut berkembang ke industri permainan video dan filem menerusi kerjasama dengan ‘NBA 2K26’ dan ‘Fortnite’, selain merakamkan lagu ‘Mention Me’ untuk filem animasi Sony Pictures Animation berjudul ‘Goat’ membuktikan lagi strategi mereka dalam menggabungkan muzik dan kandungan gaya hidup semakin kukuh di pentas antarabangsa.
Sementara itu, di media sosial, rata-rata peminat meluahkan keterujaan terhadap kejayaan tersebut dan menyifatkan setiap kandungan CORTIS sebagai spontan, lucu, ikonik serta menghiburkan. Ada juga yang menggalakkan orang ramai menonton dokumentari mereka di YouTube bagi memahami penglibatan kumpulan itu dalam proses kreatif, selain mengakui CORTIS memiliki aura tersendiri yang meletakkan mereka pada tahap kualiti tersendiri dalam industri muzik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak klip serta foto-foto di sebalik tabir pembikinan drama Projek: High Council (PHC) menemui media sosial beberapa bulan lalu hingga kini, keterujaan peminat drama tempatan menantikan ia muncul di skrin kaca mereka semakin memuncak.
Biarpun masih belum ada gambaran sepenuhnya berkenaan jalan ceritanya, Projek: High Council merupakan sebuah lagi drama di bawah ‘payung tema’ sama yang dicipta oleh Anwari Ashraf dan diarahkan oleh Hadith Omar seperti Projek: Anchor SPM.
Begitupun kongsi pelakon utamanya, Nadhir Nasar; plotnya sama sekali berbeza dengan kisah sebelumnya.
Nadhir Nasar membawakan watak Naim dalam drama Astro Originals, Projek: High Council.
“Projek: High Council mengisahkan tentang ‘drama’ di sekolah asrama lelaki dan mengambil tempat di sekolah berbeza, Kolej Ungku Dramat (KUDRAT). Ia tiada kaitan dengan plot di Sekolah Tunku Isa Anuar (SETIA) dalam drama Projek: Anchor SPM.
“Walaupun tajuknya mirip, kedua-duanya berbeza. Apa yang boleh saya kongsikan buat masa ini adalah.. Projek: High Council semuanya tentang lelaki. What men should be, what boys should do.
“Jika korang merupakan peminat drama Projek: Anchor SPM; anda harus menonton Projek: High Council. Bagaimanapun, korang janganlah sangkakan jalan ceritanya sama. Lagipun, kali ini saya memegang watak sebagai Naim dan bukan lagi Hilmi. Jika korang inginkan Hilmi, (ketawa) I’m sorry but he will not be there,” ujar Nadhir sewaktu dihubungi REMAJA.
Di antara pelakon Projek: High Council (dari kiri) Naim Daniel, Nadhir Nasar, Nik Rifaie, Kahoe Han dan Mierul Aiman.
Juara Hero Remaja 2020 itu juga berkata ia mungkin sekali akan ditayangkan pada akhir tahun ini namun masih belum ada kata putus. Sambil menggambarkan ia sebagai salah satu naskah terbaik yang pernah dilakonkannya setakat ini, Nadhir turut berkongsi perasaan teruja sama dalam menantikan kemunculan Projek: High Council setelah berbulan-bulan terlibat dalam produksi tersebut.
Projek: High Council turut dibintangi oleh Naim Daniel, Daiyan Trisha, Mierul Aiman, Shasha Abedul, Hazeeq Dean, Fazziq Muqris, Amir Ahnaf, Yusof Hashim dan ramai lagi.
Nadhir Nasar bersama rakan pelakon dan juara Hero Remaja 2021, Mierul Aiman di antara para pelakonnya yang telah menjalani seni mempertahankan diri demi menjayakan drama ini.
Dalam perkembangan lain, Nadhir Nasar baru-baru ini telahpun diiktiraf sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Malaysia) bagi Asian Academy Creative Awards (AACA) menerusi drama Nusyuz Berkiblat Cinta.
Khabarnya, Nadhir dan rakan pelakon, Shaza Bae yang juga mencatat kemenangan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Malaysia) menerusi drama popular itu bakal bertandang ke Singapura pada bulan Disember nanti bagi acara akhir AACA 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...