Jika korang merupakan peminat drama televisyen Melayu, pastinya korang pernah menonton drama Sweet Dreams yang kini hangat dimainkan.
Memasuki minggu kedua ia ditayangkan, penulis percaya Sweet Dreams menjadi popular atas beberapa sebab utama.
Antaranya termasuklah teknik sinematografinya yang berlainan dengan ‘drama Melayu tipikal’ dan membuatkan penonton terbuai untuk menantikan babak seterusnya.
Jalan ceritanya yang tak membosankan dan pemilihan pelakon seperti Ben Amir, Mira Filzah dan Sean Lee juga membuatkan Sweet Dreams lebih dekat dengan penonton remaja dan young adults yang kini jujurnya hanya memilih saluran atas talian seperti Netflix sebagai medium hiburan. Right?
Bercakap mengenai Ben Amir, bekas finalis pencarian Hero Remaja 2011/12 itu semakin mencuri tumpuan ramai disebabkan drama ini juga.
Walaupun Ben banyak membintangi drama bersiri dan telemovie, wataknya sebagai Qash Adam yang mempunyai kelebihan bermimpi perkara buruk yang bakal menimpa dalam drama ini membuatkannya menjadi kegilaan ramai penonton perempuan terutamanya.
Mungkin juga kerana rambutnya (!) serta cara Ben melayan komen peminat di laman Twitter dengan gaya ‘kerek’ mirip wataknya Qash.
Cer tengok antara jawapan balas Ben selepas episod semalam ditayangkan.
Sejak semalam viral kisah seekor gajah bunting yang mati akibat cedera di mulut selepas memakan nenas berisi mercun diberikan oleh manusia.
Ramai yang mengecam tindakan tidak berperikamanusiaan itu dan menganggap ia tindakan bodoh kerana menyeksa haiwan itu dengan mengumpan memberikan makanan.
Selepas kejadian ini tular, polis Kerala, India nyata bertindak pantas apabila berjaya menahan dua orang lelaki bagi menjalankan siasatan kes yang mencetuskan simpati satu dunia ini.
Dalam kejadian yang berlaku di Taman Nasional Silent Vallet, Daerah Palakkad ini, pihak polis dari daerah Manakadu mengganggap ia satu perbuatan keji seperti dilaporkan oleh Gulf News.
Menurut Sub Inspektor TK Ramachandran, Jabatan Perhutanan akan menyiasat hal ini dan terbukti bila mana dua orang lelaki berjaya ditahan semalam.
Berdasarkan laporan doktor haiwan yang merawat haiwan yang bunting ini ia dilakukan oleh penduduk tempatan bagi menghalau gajah-gajah ini dari merosakkan tanaman dan pertanian mereka. Gajah berusia 15 tahun itu selepas memakan nenas mengalami luka parah di rahang atas dan bawah, selain lidahnya luka parah kerana bahan peledak itu. Ia hanya mampu bertahan dua hari dengan berendam di dalam air sebelum disahkan mati.
Walau pelbagai usaha dilakukan bagi menyelamatkannya namun ia sudah tidak bergerak dan akhirnya ditemui mati,” kata seorang penduduk desa.
Menteri Perhutanan India, Prakash Javadekar berjanji insiden ini akan disiasat . “Pihak kerajaan menganggap ia satu insiden serius membunuh haiwan kelaparan ini seperti kejadian berlaku di Mallapuram, Kerala,” tegas Javadekar dalam tweetnya.
Malah dia berjanji akan membawa pelakunya menerima hukuman berat.
“Ia bukan budaya negara ini memberi makan binatang yang dipasang mercun dan kemudian membunuhnya,” kata Menteri itu lagi. Apa yang pasti kematian gajah bunting itu menimbulkan kemarahan masyarakat dan meminta agar pelakunya dihukum sekeras-kerasnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pening memikirkan sikap dan ragam anak remaja hari ini. Walaupun bukan semua ibu berdepan masalah sama, tidak bermakna mereka terlepas daripada dugaan mendidik anak pada usia persekolahan dan remaja.
Gambar Hiasan
Berita yang dilaporkan oleh Sinar Harian baru-baru ini sangat mengejutkan masyarakat apabila seorang ibu mendapati anak remajanya yang berusia 13 tahun melahirkan cucu buat dirinya hasil ‘kerja’ anak saudaranya sendiri yang berusia 14 tahun.
Hal ini berlaku apabila wanita ini terjaga daripada tidur sekitar jam 3 pagi sebelum mendapati anaknya sedang membersihkan seorang bayi perempuan.
Ekoran kejadian berkenaan, wanita itu membawa kedua-duanya ke Hospital Kota Belud untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Sahimi Husin berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dirogol sepupunya yang berusia 14 tahun sebanyak tiga kali sejak Ogos tahun lalu.
“Suspek remaja lelaki terbabit sudah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu, petang semalam (Isnin), untuk siasatan selanjutnya,” katanya.
Tambah beliau, kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Mungkin rakan sebayanya sedang seronok mengenali dunia, remaja ini dah bergelar ibu di usia terlalu muda ini. Hmm…besarnya dugaan.
Zaman moden ini susah untuk generasi muda mempercayai wujudnya saka atau dalam istilah orang lama-lama penjaga keturunan keluarga.
Dalam carian di Wikipedia, perkataan saka merujuk kepada kepada sejenis makhluk halus kemungkinannya dari golongan jin/ syaitan yang dipelihara bagi tujuan memeliharakan diri.
Saka ini dikatakan terdapat dalam pelbagai bentuk dan rupa. Saka ini biasanya diwarisi turun-temurun oleh waris walaupun tanpa pengetahuan mereka. Saka ini biasanya perlu dijaga dengan dijamu acak (telur, ayam panggang, pulut kuning sesuai menurut persetujuan tuan asalnya.
Biasanya pemilik saka akan memanggil saka mereka dengan pelbagai panggilan termasuk akuan, datuk, sahabat, pendamping dan lain-lain panggilan.
Saka ini perlu diwariskan kepada orang lain sebelum tuannya mati. Sekiranya tidak, pemilik saka sukar mati atau sakanya membuat onar dengan mengganggu jiran-jiran pemilik lamanya.
Ada filem-filem Melayu mengisahkan tentang saka harimau dan hal ini adalah benar-benar berlaku. Gambar hiasan filem
Pada kebiasaannya saka ini diwarisi di kalangan keluarga pemilik asal tetapi terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa saka ini boleh diwariskan kepada kepada sesiapa saja dan cara mewariskan saka pula terdiri sama ada menerusi perbuatan seperti bersalaman atau menerusi lafaz seperti: “engkaulah sahabat aku dunia dan akhirat. Seramkan!!!
Lasminah berpengalaman 20 tahun memandikan jenazah di hospital di ibu kota. Masa yang sama, dirinya mampu membuang saka dan mampu melakukan perawatan islam
REMAJA berkesempatan menemuramah Lasminah Lajsiraj, 59 tahun yang merupakan tukang mandi jenazah wanita di salah sebuah hospital di ibu kota. Berpengalaman luas dalam urusan fardu kifayah sejak 20 tahun lalu, jelas Lasminah dia punya banyak pengalaman untuk dikongsi bersama.
Menurutnya, sekitar dua minggu lalu dia menyaksikan seorang ibu tua berusia 80 tahun azab saat berhadapan sakaratulmaut gara-gara saka peliharaannya marah kerana tiada pewaris jika ibu tua berkenaan meninggal.
Jelasnya, dia berkongsi kisah ini sekadar pengajaran di mana anak-anak perlu berhati-hati sekiranya melihat ibu bapa sakit lama, sudah puas diubati namun seperti tiada tanda-tanda mahu meninggal.Masa yang sama, ada barangan lama yang cuba diberi kepada anak-anak iaitu tanda pertukaran penjaga bagi saka.
Lasminah akui arwah azab sebelum meninggal. Malah ketika dimandikan wajahnya nampak serabut dan urusan juga tidak berjalan lancar. Penuh dengan kemarahanOrang tua zaman dahulu ada penjaganya iaitu saka. Namun bila sudah uzur mereka mahu lepaskan saka tersebut kepada anak-anak pewaris sah. gambar hiasan
KIsah ini bermula apabila anak-anak arwah datang bertemu saya. Katanya dia berasa lain macam melihat emak sudah uzur, sakit berkali-kali tapi seperti susah hendak meninggal.
“Ketika saya pegang badan warga emas ini, terasa saka itu melayang keluar. Biasanya peliharaan ini tidak tahan dengan bacaan ayat suci al-Quran. Ketika itu dia mengaku sudah membuang sakanya tetapi saya dapat rasakan masih ada lagi. Masa yang sama, saya dapat rasakan saka ini mahu berpindah ke anak perempuannya. Masa yang sama anaknya takut dan tak mahu.
“Saya pagarkan kesemua anak-anaknya kerana dalam ramai-ramai anak arwah, ada seorang anak perempuan paling disukai saka ini kerana jujur.
Sampaikan satu ketika, emaknya dimasukkan ke hospital. Keadaannya nampak nazak, sudah dipasangkan tiub makanan tapi kelihatan seperti susah hendak meninggal.
“Anaknya hubungi saya lagi. Saya buatkan ibunya air tawar dan selepas air tawar itu masuk melalui tiub, tubuh arwah seperti tergoncang-goncang dalam keadaan menggigil sebelum sakaratul maut mencabut nyawa arwah. Masa yang sama, anak perempuan itu dapat melihat satu bayangan menakutkan sedang mencangkung dan duduk di perut ibunya dan sedang mencakar tubuh emaknya ketika nazak itu. Dia juga nampak perut emaknya dibelah-belah oleh jin berkenaan.
Sambung Lasminah lagi, anak perempuan arwah adaa menelefon dirinya tentang perkara dia nampak itu.
“Dan saya maklumkan padanya jangan takut kerana makhluk itu memang cuba menakutkannya untuk dia berkata ya supaya saka ini boleh berpindah tubuh.
Tak ada orang nak urus jenazah pun
Jika ziarah jenazah adalah fardu kifayah tetapi dalam kematian arwah ini banyak perkara-perkara pelik terjadi. Jika kematiannya terjadi sekitar jam 2.30 petang, tetapi dalam tempoh itu jenazahnya seakan dibiarkan sepi.
Jelas Lasminah, dia memang sudah bersedia kerana dapat merasakan saka akan cuba memasuki dan merasuk orang sekeliling.
“Bayangkan dari jam 2 lebih dia meninggal, walau saya menggesa orang ramai untuk menyegerakan mandi jenazah, namun ada saja halangan. Tiada ada orang datang nak uruskan. Anak-anak juga bertolak-tolak. Pemandu van jenazah juga seperti ada hal. Pendek kata semua seperti menolak dan ada urusan. Wajah arwah juga nampak kusut dan serabut seolah-olah menghadap sakaratulmaut yang begitu azab!
Tambahnya lagi, dari jam dua lebih sekitar empat lebih barulah ada, itupun hanya seorang tukang mandi jenazah yang datang, itupun selepas ditolak-tolak. Namun gangguan saka ini kata Lasminah, turut menggangu urusan memandikan arwah.
“Saya sendiri dimarahi oleh tukang mandi jenazah tu. Ada beberapa caranya yang salah.Bila ditegur seakan melenting malah dia siap merampas minyak wangi calitan akhir dari anak arwah. Masa saya beritahu tentang istinjak lebih afdal anak perempuan lakukan, katanya itu bahagian dia, hak dia.
“Macam-macam berlaku termasuk dia tolak tangannya ke dada saya. Hal yang tak pernah berlaku. Masa yang sama, anak perempuannya nampak perempuan berambut Panjang mencangkung di tepi bukit. Matanya tepat ke arah jenazah.
Walau saya tahu sebab-sebab terjadi, saya tak mahu cerita, tak mahu buka aib arwah. Saya sudah pagarkan kawasan sekeliling. Sudahnya majlis habis hampi r jam 8 malam. Sudah malam namun pengkebumian dilakukan juga.
Änak arwah yang menjadi sasaran saka itu pula menggigil ketakutan. Saya suruh dia datang mandi di rumah untuk saya mandikan dirinya dan larang dia ke kubur.
Sebenarnya generasi muda hari ini tak akan faham soal saka kerana ia peninggalan orang lama tapi anak-anak yang menjadi pewaris kerana pilihan salah ibu bapa zaman dahulu.
Nasihat Lasminah, jangan sesekali mengambil barangan tinggalan lama orang tua-tua atau berkata ya pada barangan diterima kerana dikhuatiri pemindahan saka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!