Hasil daripada kisah yang ditularkan di media sosial, impian seorang pelajar untuk ke universiti tercapai juga.
Pelajar bernama Nor Izra Zulaikha Ismail selamat mendaftarkan diri ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) setelah kisahnya yang berasal daripada keluarga susah bertukar viral.
Dalam temu ramah bersama Bernama semalam, remaja berusia 20 tahun itu bersyukur apabila ramai netizen yang hadir membantu.
“Disebabkan kuasa viral lah, saya boleh mendaftar di UMT pada hari ini (semalam). Ia membantu saya menanggung kos persiapan ke universiti dan yuran pengajian.”
Bantuan yang diterimanya itu bukanlah ‘bantuan atas angin’ disebabkan latar belakang keluarga semata. Nor Izra berjaya memperolehi CGPA 3.92 ketika Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2018.
Ads
“Sebelum ini, saya buntu memikirkan yuran pendaftaran dan pengajian yang berjumlah lebih RM2,000. Saya terfikir untuk menolak tawaran universiti itu.
“Dengan pendapatan sebanyak itu, ayah dan ibu tak mampu menyediakan duit untuk saya masuk ke universiti. Apatah lagi adik yang lain masih kecil.”
Foto: BHarian
Anak kedua daripada enam beradik itu berkata, ayahnya Ismail Samat, 47, hanya bekerja sebagai petani dan ibunya Rozita Ahmad, 42, mengambil upah menjahit, dengan pendapatan keseluruhan RM700 sebulan.
Ads
“Sebab itulah saya pernah terfikir untuk menolak tawaran UMT kerana tak mahu menyusahkan ayah dan ibu,” katanya yang melanjutkan pengajian bagi Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Maritim).
REMAJA gembira mendengar kisah ini kerana ia membuktikan bahawa media sosial juga boleh digunakan untuk tujuan positif dan membantu mereka yang memerlukan.
Ads
*
Naib Canselor UMT Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar berkata, seramai 2,327 pelajar ditawar melanjutkan pengajian di universiti itu bagi kemasukan semester September 2019/2020 pada minggu ini.
Daripada jumlah itu, 359 pelajar berasal daripada keluarga B40, enam pelajar OKU dan empat pelajar Orang Asli.
Sumber : BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika dahulu perpustakaan dijadikan ‘port’ lepak pilihan pelajar, kini amalan mengulangkaji pelajaran atau membuat tugasan di restoran atau cafe menjadi trend seiring perkembangan zaman dan kemajuan teknologi.
Zaman sekarang, pelajar boleh mendapatkan hampir semua informasai di hujung jari asalkan mereka akses internet.
Namun, tindakan segelintir mahasiswa menjadikan Family Mart sebagai tempat untuk berkumpul belajar dan menyiapkan tugasan telah mendapat kritikan dari ramai pihak.
Family Mart pelanggan ( gambar hiasan)
Melalui sebuah hantaran di laman Saya Anak Perlis, seorang pengguna telah menyuarakan ketidakpuasannya terhadap budaya tersebut.
“Memang sempit tempatnya untuk buat assignment. Bila ditanya, ‘Lama lagi ke?’ sebab keluarga saya ingin makan. Dengan selamba dijawab, ‘Lama lagi ni bang. Saya tengah siapkan assignment,'” tulisnya.
Apa yang lebih mengecewakan adalah teguran yang diberikan oleh kakitangan Family Mart turut tidak dipedulikan oleh para pelajar tersebut.
“Makanan pun tak ada di atas meja. Staff tegur pun macam tak berkesan, terus duduk keras di situ. Ini yang orang Perlis panggil ketegaq. Harap Family Mart lebih peka terhadap isu ini,” sambung pengadu.
Banyak komen di ruangan tersebut menunjukkan persetujuan, sambil menyatakan bahawa ruang yang disediakan sepatutnya adalah untuk makan, bukan untuk belajar atau menyiapkan tugasan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari ini, ramai memperkatakan tentang Go Jek yang sah akan masuk Malaysia. Jika korang pernah ke Indonesia mesti pernah nampak Go Jek memenuhi jalan raya di Indonesia yang terkenal padat tiada kira masa. Jadi menggunakan motosikal adalah alternatif paling baik untuk tidak terperangkap dengan kesesakan.
Bacalah dengan tenang pendapat Co Founder Get Runner, Khairul Ikhwan Zulkefly mengenai buruk baik kemasukan Go Jek ke Malaysia yang mana seperti laporan akhbar arus perdana hari ini, kemasukan Go Jek ke Malaysia ini atas inisiatif Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk menambah pendapatan golongan muda.
Sekali baca seperti kata Khairul Ikhwan Zulkefly memang betul katanya. Jika Indonesia bangga ada unicorn Go Jek, apa unicorn kita kita?
Inilah Co Founder Get Runner yang menulis bagi pendapat peribadinya mengenai isu kemasukan Go Jek ke Malaysia. Gambar dari FB beliauGojek cukup popular sebagai pilihan pengguna yang enggan tersekat dalam kesesakan lalu lintas di Indonesia
Gojek dah nak masuk Malaysia. Kabinet pon katanya dah bagi greenlight. Apa pendapat korang. On ke tak on?
Bagi saya on dan juga tak on.
Kenapa on? Sejak Uber dah keluar daripada market Malaysia, Grab hampir tiada persaingan dan menjadi monopoli dalam industri e-hailing. Grab masih ada persaingan dalam market sekarang seperti Mycar dan Maxim tapi tidak memberi saingan yang sengit sepertimana Uber dulu. Bila berlaku monopoli, Grab boleh control market dan ini memberi kesan buruk kepada end-user. Dalam cerita monopoli, boleh ambil contoh Astro. Bila monopoli dihapuskan, banyak kebaikan untuk customer.
Adakah anak muda kita kekurangan idea? Tak mungkin sama sekauli cuma mungkin tidak diberi peluang membuktikannya
Kenapa on? Gojek bermula sebagai Ojek di Indonesia. Ramai orang fikir, Gojek hanya sebuah e-hailing untuk motosikal. Sebenarnya Gojek lebih daripada itu. Gojek ini lebih kurang macam Meituan-Dianping di China, bertindak sebagai Lifestyle App atau e-commerce for services.
Antara service yang Gojek sediakan adalah GoCar (car e-hailing), GoRide (motorcycle e-hailing), GoFood (food delivery) dan GoLifestyle (massage and etc). Setakat ini kita dekat Malaysia ada Grab sebagai super app yang boleh digunakan untuk cari Grab dan order GrabFood. Bila Gojek masuk, ada satu option lagi untuk kita guna seharian. Selain itu jumlah pekerjaan akan bertambah. Banyak option yang akan ada untuk buat income tambahan selain daripada FoodPanda, Grab dan sewaktu dengannya.
Tapi masih ada tak on. Apa yang tak on?
Di kawasan Lembah Klang, persaingan untuk delivery startup sangat sangat sengit sekarang. Apa akan jadi dengan local delivery atau runner startup kalau jerung seperti Gojek masuk ke market Malaysia. Antara local startup yang akan terkesan dengan kehadiran Gojek adalah seperti Matdespatch, BungkusIt, GetRunner, GoLog dan banyak lagi.
Ada di antara startup ini masih lagi merangkak mencari traction, mengembangkan pasaran. Dengan kemasukan Gojek, bilis bilis mesti ada yang akan gulung tikar sebab tak dapat berenang sama laju dengan jerung. Sebut pasal e-hailing motosikal. Dulu dah ada di Malaysia (Dego ride) tapi dengar cerita terpaksa tutup sebab salah disisi undang undang dan katanya tak selamat. Jika Gojek boleh apply e-hailing motor di Malaysia, memang satu ketidakadilan kepada local startup.
Ada lagi bab yang tak on ni.
Kenapa kerajaan perlu bekerjasama dengan startup luar macam Gojek sedangkan banyak local startup yang ada potensi. Jika dapat bantuan serta sokongan daripada kerajaan, saya rasa ada local startup yang boleh pergi jauh dan setanding Grab dan Gojek.
Kita dah kehilangan Grab kepada Singapura. Kerajaan Indonesia dibawah kepimpinan Jokowi memberi sokongan penuh kepada local startup mereka seperti Gojek dan Bukalapak untuk pergi jauh dan terus berkembang. Sebut pasal startup unicorn, Singapura ada Grab, Indonesia ada Gojek, Travelola, Tokopedia dan Bukalapak, Malaysia?
Negara lain berlumba lumba untuk wujudkan startup unicorn mereka sendiri. Negara kita macam mana? Kera dihutan dah pandai cari pisang, anak dirumah banyak yang tengah lapar, tolong tolonglah susukan.
Akhir kata, support lah local startup. Betul, kemasukan Gojek akan membawa banyak peluang pekerjaan berkonsepkan crowdsourcing kepada masyarakat untuk mencari pendapatan tambahan dizaman ekonomi yang tidak menentu.
Bagi saya peluang pekerjaan itu okay tapi ianya lebih kepada memberi “ikan” kepada masyarakat. Kenapa tidak bantu local startup dan jadikan local startup ini sebagai “joran” atau “bot nelayan” untuk meningkatkan ekonomi di negara terutama ekonomi dikalangan anak muda. Percayalah jika banyak local startup diberikan sokongan, banyak peluang pekerjaan yang boleh diwujudkan tanpa perlu bergantung kepada startup luar.
Semalam pada tanggal 7 Disember 2022, telah berlangsungnya majlis memperkenalkan busana gaun petang dan juga kostum nasional Miss Universe Malaysia (MUM) 2022, Lesley Cheam kepada pihak media. Setelah kedua-dua rekaan tersebut mengisi ruangan berita, pantas ia menjadi tular.
Ramai warganet seolah-olah tidak berpuas hati dengan rekaan yang dipersembahkan. Namun ada juga yang memberi pendapat positif mengenai busana tersebut yang direka khas oleh pereka fesyen tempatan terkenal, Hatta Dolmat.
Antara yang memberi komen positif dan boleh dipandang dari sudut yang membina adalah komen yang ditinggalkan oleh pereka fesyen Jimmy Couture mengenai rekaan gaun petang yang digayakan Lesley. Dia yang terkenal menghasilkan banyak busana untuk peserta ratu cantik tampil memberikan pendapat sebagai insan yang juga berada dalam industri fesyen.
“Just in my opinion. Kita semua perlu hargai dan berterima kasih kepada designer. At least teguran pageant lovers boleh diambil kira dan touch up apa yg patut. Tinggikan slit sedikit supaya kaki nampak lebih panjang. Bab detailing abang Hatta dah ada idea mungkin masa mencemburui.
“Boleh ditambah baikkan evening gown ini. Bukan buruk pun. Tapi boleh enhance detailing bagi nampak berat dan full, atau boleh tambah sedikit statement pada evening gown ni. No hate just loves. Saya faham pageant lovers nak yang terbaik untuk Malaysia. Sebab pageant lovers nak balas dendam setelah sekian lama kita unplaced.
“Jimmy sayang HD sebab dia ramah dan baik. Ramai juga yang mention Jimmy tapi tu la. Kita dalam industri yang sama ada signature masing-masing. Just respect each other. Thats all,” tulis Jimmy pada ruangan komen di Instagram REMAJA yang memaparkan rekaan gaun petang rekaan Hatta Dolmat yang digayakan Lesley Cheam.
Mengimbau kembali konsep yang dipersembahkan oleh Hatta Dolmat mengenai baju gaun petang rekaannya. Busana tersebut telah diinspirasikan daripada Nebula yang merupakan kumpulan bintang yang berserakan di ruang sistem angkasa. Jadi tidak hairanlah kita dalam lihat perincian batuan berkilau menghiasi busana tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.