Kalau korang mengikuti perkembangan jenama pakaian dalam terkenal, Victoria’s Secret dan berminat dengan pertunjukan fesyennya pada akhir tahun, pastinya korang pernah membaca tentang komen salah seorang eksekutif atasannya yang pernah memberi komen negatif mengenai model transgender.
Pada tahun lalu, eksekutif L Brands yang menguruskan jenama Victoria’s Secret telah dikecam teruk apabila beliau memberitahu rakan media di Vogue US bahawa model transgender (lelaki yang menukar jantina kepada wanita) dan model plus sized tidak sesuai untuk menyertai pertunjukan fesyen Victoria’s Secret.
Semuanya gara-gara imej model tersebut yang tidak “menepati impian para pemerhati fesyen”.
“It is not what they dream of seeing“, kata beliau.
Tetapi nampaknya, semua itu telah bertukar dalam tempoh setahun!
Ads
Hujung minggu lalu, Victoria’s Secret dilaporkan telah menanda tangani model transgender pertamanya. Perkenalkan, Valentina Sampaio, 22 yang merupakan model transgender dari Brazil.
Dia didapati memuat naik beberapa keping foto di sebalik tabir pembikinan photoshoot dengan Victoria’s Secret.
Ads
Valentina bukanlah nama asing dalam dunia fesyen. Sebelum ini, model bermata hijau itu telah menjadi model transgender pertama untuk diletakkan di cover hadapan majalah Vogue Paris pada tahun 2017.
Sepanjang Valentina bergelar remaja dan model, dia belum pernah menjadi mangsa diskriminasi. Menurutnya, ibu, ayah, guru dan para nelayan di tempat tinggalnya selalu menghormati keputusannya untuk menukar jantina. Malah sejak berusia 12 tahun, dia sudah menyuruh orang di sekeliling memanggilnya dengan nama Valentina.
Respon Model Victoria’s Secret
Perkembangan ini membuatkan penulis tertanya apakah respon daripada rakan-rakan model Victoria’s Secret daripada kalangan “wanita tulen”.
Ads
Salah seorang daripada mereka iaitu Lais Ribeiro (juga berasal dari Brazil) menjadi orang pertama yang mengucapkan tahniah kepada Valentina di media sosial.
“Transgender pertama untuk diambil oleh VS! Ia membuatkan saya sangat gembira!” – Lais Ribeiro
“Nantikan kemunculannya.” – Cora Harrington
“Tahniah Valentina!” – Sui He
Walaupun Valentina diterima baik oleh rakan-rakannya, namun pertunjukkan fesyen Victoria’s Secret pada tahun ini masih kekal dibatalkan seperti yang pernah diumumkan pada pertengahan tahun ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Budaya buli sememangnya sudah berakar umbi dalam banyak organisasi tidak kiralah di sekolah mahupun kem-kem latihan. Isu yang tidak berkesudahan ini seolah-olah menjadi satu budaya, yang kononnya mahu menjadikan individu dibuli lebih lasak dalam mendepani dunia sebenar.
Terbaharu, kecoh di laman media sosial apabila satu video kelihatan seorang pelajar berbaju merah telah dijadikan ‘bahan uji kaji’ oleh para pelajar lain. Mereka seolah-olah menjadikan perut mangsa sebagai ‘punching beg’ untuk menguji kekuatan tumbukan masing-masing.
Kesiannya lihat muka mangsa buli tu…huhu
Malah, ahli politik Marina Ibrahim, seorang ahli politik yang aktif di Twitter. Dalam ciapannya, Marina meminta agar orang ramai untuk menularkan video tersebut supaya pelaku ditangkap dan dibawa ke muka keadilan.
“Tak bagi sebar video atas alasan maktab akan ambil tindakan, sila jangan percaya. Netizen akan bantu uruskan sehingga pelaku masuk penjara.”
Tak bagi sebar video atas alasan maktab akan ambil tindakan, sila jangan percaya.
Video tersebut juga mendapat reaksi pelbagai daripada netizen, di ruangan komen rata-rata kesal dengan sikap si pembuli kerana tidak mengambil pengajaran dari kes-kes buli terdahulu seperti kes arwah adik Zulfarhan.
Diharapkan jika isu ini sahih, ia harus berjaya diselesaikan bagi membanteras budaya buli yang kian bernanah. Adalah menjadi tanggungjawab generasi kini untuk menghentikan ‘budaya’ tidak sihat ini yang sudah berlaku sejak dahulu lagi. Wujudkan generasi yang hidup dalam suasana sihat, kerana persekitaran yang positif mampu membentuk sahsiah diri yang baik bahkan membentuk insan bertanggungjawab.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum ini Remaja pernah menyiarkan tentang kisah seorang suri rumah yang mewujudkan siaran YouTube bagi berkongsi resipi dan cara hidup mereka sekeluarga. Sugu Pavithra mendapat perhatian daripada masyarakat Malaysia kerana keikhlasan hatinya jelas terselah pada setiap video yang dimuat naik.
Terkini, Sugu dikatakan telah menerima hadiah istimewa daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin, antaranya adalah tripod, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi elektrik serta barangan memasak.
Wah, bertuah badan. Memang rezeki Sugu sekeluarga.
Sugu telah memuat naik video resipi Ulunthu Vadai di YouTubenya sambil menyelitkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri dan turut berkongsi ucapan kad bertulis tangan tertera:
“Dengan ingatan tulus ikhlas daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Keep up the good work, just stay at home”
“Semasa ada orang datang hantar ke rumah, saya tidak percaya kerana siapalah saya, sampailah akak (wartawan Bernama) telefon saya untuk bertanya hadiah telah diterima atau belum,” katanya kepada Bernama.
Menurut Pavithra, penghargaan yang diterima daripada Perdana Menteri serta pengikut akaun YouTube beliau akan dijadikan sebagai perangsang untuk terus memuat naik kandungan video memasak bagi manfaat bersama.
Daripada lebih kurang 150 ribu followers di YouTube, kini channelnya sudah mempunyai hampir 460 ribu pengikut.
Dah memang tertulis rezeki Sugu Pavithra dan keluarganya. Semoga dengan kejayaan ini dapat membuatkan wanita ini lebih bersemangat untuk berkongsi resipi dan menjana pendapatan daripada hasil perkongsiannya di YouTube.
Baru semalam kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan atau Movement Control Order bermula esok, selama 14 hari iaitu (Rabu 18 Mac) sehingga 31 Mac 2020 di seluruh negara bagi mengekang penularan Covid-19.
Namun, baru tadi Malaysia digemparkan dengan berita seorang Pastor David Cheng dari Gereja Baptist Emanuel, Kuching telah meninggal dunia akibat Covid-19, lapor Sinchew.com.my hari ini.
Kes tersebut merupakan kematian pertama di Malaysia ketika jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 sudah mencecah 566 kes.
Seketeriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataannya mengesahkan, mangsa berusia 60 tahun meninggal dunia di Hospital Umum Kuching, 11 pagi tadi.
Walau bagaimanapun, butiran lanjut belum diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kesihatan.
Sarawak merekodkan lapan kes COVID-19 pada Selasa. Daripada jumlah itu, lima kes dikesan di Hospital Umum Sarawak (HUS), manakala dua lagi di Hospital Miri dan Hospital Sibu (satu).
Perkembangan itu dimaklumkan dalam Laporan COVID-19 oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.
Terkini Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan seorang lagi individu sudah meninggal dan berusia 34 tahun dan adalah peserta Ijtimak Tabligh di Seri Petaling sebelum ini.
Khutbah Jumaat Jakim mengingatkan bahawa musuh akhlak remaja zaman digital bukan lagi pedang, tetapi skrin di tangan. Pesanan penuh hikmah tentang cabaran media sosial dan cara mendidik dengan kasih sayang.