Seorang insan bernama Noor Neelofa sememangnya diketahui ramai merupakan individu yang begitu cekal berdepan dengan apa jua cabaran, tohmahan, kritikan dan spekulasi yang menerpa ke arahnya.
Usia melebihi satu dekad berada dalam industri hiburan selaku figura publik menjadikan Neelofa begitu cekal dan sudah makan garam. Tahun demi tahun, Lofa dilihat bijak untuk berdiam diri sekiranya apa-apa spekulasi terhadapnya muncul dalam media arus perdana mahupun di media sosial. Ia kemudian akan diikuti oleh kenyataan rasmi daripada pihaknya.
Namun, spekulasi yang hangat berterbangan sejak semalam ibarat tiada kesudahannya. Lalu, ia memaksa Lofa untuk tampil ke hadapan sebentar tadi dan menjelaskan sendiri apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam kehidupannya membabitkan hubungan pertunangan di antara dirinya dan pasangan Haris Ismail (PU Riz).
“I don’t normally do this. Tapi saya rasa untuk bertindak adil pada kali ini (kerana) ia melibatkan bukan hanya diri saya tetapi dua buah keluarga dan pihak lain.
Ads
“Saya sendiri terkejut apabila saya baca dan melihat andaian-andaian ini keluar yang sememangnya tidak betul, tidak berasas dan tidak wajar.
“Tuduhan yang melibatkan buatan minyak pengasih, yang saya ini kononnya sedang berubat. MasyaAllah. Di mana ada perpindahan duit, mengenai perkahwinan yang kononnya dibuat di Kelantan. Sangat-sangat tidak berasas dan karut.
“Ini melibatkan maruah keluarga kami, jadi saya perlu perjelaskan benda ini. Jadi saya minta anda semua untuk hentikan andaian ini. Jangan terus bercakap mengenai hal ini kerana ia hanya akan mengeruhkan keadaan.
Ads
“Setelah melihat kepada Instagram ahli keluarga saya, apa yang saya mampu katakan adalah setiap hubungan itu ada cerita-cerita yang tersendiri. Sama juga dengan saya dan Haris. Tidak manislah untuk saya keluarkan kenyataan yang berlebihan dan membelakangi keluarga saya dan keluarga Haris.
“Berikan kami masa dan doakan kami untuk mencari titik penyelesaian terbaik untuk kedua-dua buah keluarga, okay. Adil untuk saya meminta itu. Ini adalah normal dalam mana-mana perhubungan.
“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada keluarga saya dan juga keluarga Haris kerana saya pasti tiada siapa pun ingin melalui apa yang kami lalui sekarang. Kalau teringat tentang cerita saya, doakan dalam hati. Itu sudah memadai,” pintanya.
Benar, jika kita ingin mengahwini seseorang, kita juga secara teknikalnya bakal mengahwini ahli keluarganya. Diharap apa yang sedang Lofa dan PU Riz lalui sekarang akan menemui jalan penyelesaian bersama kerjasama kedua-dua belah keluarga mereka.
Tidak perlu dicanang isu yang sedang menghimpit ahli keluarga sendiri ke media sosial. Lebih bijak dan molek sekiranya pekung disimpan untuk pengetahuan mereka yang paling signifikan saja.
Selalunya remaja yang baru berusia 19 tahun sibuk mentelaah pelajaran ataupun berulang-alik pergi ke kolej, tetapi lain pula kisahnya dengan remaja ini yang bakal ‘berjalan-jalan’ di angkasa lepas!
Zainab Azim merupakan pelajar sebuah universiti di Toronto dan sedang mengikuti dua jurusan iaitu neurosains serta dasar awam serta psikologi dan astrofizik.
Gadis bernama Zainab Azim ini boleh dianggap bertuah setelah ibu bapanya membelikan ‘tiket penerbangan’ ke angkasa lepas di bawah kelolaan suborbital Virgin Galactic kerana dia sentiasa berminat dengan ekplorasi angkasa lepas sejak berusia 11 tahun. Tiket yang dibeli itu dilaporkan bernilai AS$250,000 atau kira-kira RM1,050,000.
Kini setelah 8 tahun berlalu, Zainab Azim bakal memahat sejarah sebagai pelancong angkasa lepas berhijab pertama, ever. Begitupun, Zainab bukanlah wanita Islam pertama ke angkasa lepas.
Masa yang agak lama ini terpaksa diambil oleh Zainab kerana pelancong ke angkasa lepas perlu mencukup had usia tertentu sebelum layak menaiki kapal angkasa yang disediakan.
Foto Via Kosmo
Ketika ditemui pada sambutan Hari Antarabangsa Untuk Wanita & Gadis dalam Sains Ekspo 2020 Dubai, Zainab yang juga merupakan pengasas-bersama organisasi Global Initiative and Vision for Education berkata, dia melihat peluang ini sebagai satu perkembangan positif agar lebih ramai lagi wanita yang akan mencipta peluang dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.
Untuk pengetahuan, sehingga kini terdapat 600 pemegang tiket Virgin Galactic dari seluruh dunia yang sedang menunggu giliran untuk berpeluang menaiki kapal angkasa itu. Setelah penerbangan penumpang pertama telah membawa pemilik Virgin, Richard Branson pada musim panas tahun lalu, Virgin Galactic mengumumkan operasinya akan disambung semula pada akhir tahun ini.
Justeru, Zainab mungkin perlu menunggu beberapa tahun lagi sebelum gilirannya tiba. Namun rasa teruja tetap dirasai oleh remaja itu.
Seronoknya dapat jalan-jalan di angkasa lepas kan….
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, telah mencuri perhatian warganet apabila ada seorang pengguna Twitter memuat naik sekeping fotonya sewaktu beliau muda.
Foto Muhammad Sanusi yang dimuat naik oleh Nazeera Nasir, iaitu bersekali dengan gambar sewaktu muda Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Justeru, rata-rata pengguna platform berkenaan menyifatkan mereka sebagai jejaka kacak ketika zaman mudanya.
“Saya minta maaf kerana buat begini. Semua orang tolong teka, siapa orang sebelah kanan ni. Teka, teka,” ciapnya pada hantaran itu.
Menerusi ruangan komen ciapan tersebut, ramai pengguna Twitter dapat meneka kedua-dua individu tersebut selain ada yang memuji wajah tampan Menteri Besar Kedah itu.
“Sanusi ‘handsome’ gila dulu,” komen Wan.
“Rafizi nampak muka baik . Yang Sanusi budak nakal,” kata Naemah Ismail.
Dalam masa sama, ada seorang pengguna lain turut memuat naik video memaparkan beberapa keping foto lain sewaktu Muhammad Sanusi masih menuntut di menara gading.
“Dua dua kening dia memikat,” komen Joanne.
“Alamak dia ‘hot’, kening tu 100 peratus. Tapi sekarang kenapa lah,” tulis Argyptism.
I remember someone tweeted this video of a young Sanusi before and people in qrts calling him kapla high council 😂pic.twitter.com/Q1bdgDmg1g
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Walau sudah terperangkap selama 65 jam dalam kejadian gempa bumi di Kora Izmir, Turki, seorang kanak-kanak perempuan, Elif Perincek berusia tiga tahun ditemui selamat biar dalam keadaan lemah.
Ditemui masih bernafas di sebalik runtuhan yang telah mengorbankan hampir 100 orang dalam kejadian gempa kuat di Laut Aegea, kanak-kanak ini kemudian diusung dan dibawa terus ke hospital.
Semasa pasukan menyelamat menemui dirinya mereka turut menarik sisa runtuhan dan menemui adik beradiknya yang lain bersama ibu mereka yang turut terselamat. Malangnya ketika perjalanan ke hospital, salah seorang adik beradik Elif meninggal dunia.
Menurut jurucakap penyelamat Pengurusan Bencana dan Darurat (AFAD) Turki, Mehmet Gulluoglu menulis “terima kasih kepadamu Ya Allah. Kami telah mengeluarkan Elif si kecil dari sebuah blok apartment,” katanya kepada Reuters.
AFAD menjelaskan setakat ini korban adalah seramai 92 orang di Izmir menjadikan ia gempa bumi paling teruk pernah melanda Turki dalam hampir satu dekad.
“Seramai 994 orang alami kecederaan di Izmir dan sekitar 150 orang masih dirawat di hospital,” tambah AFAD.
Sekitar 20 orang lagi diyakini masih tertimbus di antara celah runtuhan bangunan dan pencariana akan diteruskan demi memastikan kesemua mangsa dikeluarkan, kata CNN Turki.
Untuk makluman, pada tahun 2011 Turki pernah dilanda gempa dan menewaskan lebih 500 orang di daerah timur Elazig. Lebih 3500 orang kehilangan tempat tinggal dan lebih 13,000 tempat tinggal sementara disediakan buat mangsa terjejas. Hampir 8000 anggota penyelamat dikerah memberi bantuan selain 25 ekor anjing pengesan digunakan menurut AFAD. Sumber : Reuters.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...