Siapa sangka, empat orang penyanyi ini akan berada dalam satu lagu khas sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.
Penyanyi senior seperti Awi Rafael dan Ning Baizura tampilbersama-sama penyanyi remaja, Ismail Izzani dan rapper, Bunga Isme untuk melantunkan sebuah lagu Raya baharu – dan semua ini adalah hasil idea kreatif jenama barangan kemas, HABIB.
Buat julung-julung kalinya, HABIB melakukan satu kelainan sempena perayaan Hari Raya.
Selalunya kita familiar dengan promosi jualan barang kemas HABIB je kan semasa musim perayaan? Haa, semua itu masih ada.
Cumanya, Hari Raya tahun ini bertambah meriah apabila HABIB memperkenalkan lagu raya dan muzik video raya pertama mereka dalam sejarah; berjudul Irama Aidilfitri.
Selain empat orang penyanyi yang disebut, Irama Aidilfiri turut menampilkan pelakon Tiz Zaqyah, Julia Farhanan dan penyanyi BBNY di bawah naungan Newsantara termasuklah finalis pencarian Dewi Remaja 2019, Saidah Kamaruddin.
Satu kejutan menarik dalam muzik video yang baru dilancarkan Selasa lalu adalah apabila ia menampilkan duta kempen raya HABIB, Rozita Che Wan! Amboi, raya sakan ya Che Ta. Hehe..
Ads
Dalam majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh HABIB minggu ini, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABUB, berkata, idea memperkenalkan lagu Raya dan muzik video untuk Irama Aidilfitri ini adalah untuk membangkitkan nostalgia beraya sebelum dunia dilanda pandemik COVID-19.
Secara tidak langsung, lagu ini dapatlah mengubat rindu kita semua terhadap kampung halaman. Dua tahun tak dapat beraya bersama ibu bapa dan ahli keluarga lain kan… *cue for tissues*.
Dato’ Sri Meer Habib
Apapun, dengan rentak yang rancak dan lirik yang mudah diingat serta dinyanyikan, REMAJA pasti Irama Aidilfitri akan menjadi salah satu lagu Hari Raya yang akan menjadi siulan semua pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang.
Cer tengok persembahan live mereka semasa majlis pelancaran tempoh hari.
Ads
Tak Sah Tanpa Koleksi Emas Eaya
Tentunya bila bercakap tentang HABIB, kita terus teringat dengan barangan kemas sempena Hari Raya kan. Nak tayang dekat orang lain tak boleh. Cukuplah ada barangan kemas baru untuk menjadikan mood beraya tahun ini mirip tahun-tahun sudah.
Untuk 2021, HABIB mengeluarkan koleksi baharu yang dinamakan Ananas iaitu emas versi ‘grande’ yang telah diperbaharui.
Pilih saja di antara rantai panjang dan loket besar dengan motif bunga-bungaan, gelang tangan, anting-anting dan cincin.
Korang juga wajib check out Raya Gold Wafer berharga RM118 oleh HABIB sempena Hari Raya ini – memang best kalau dijadikan sebagai koleksi edisi terhad.
Menjengah ke kapsyen, pelakon berusia 36 tahun itu menzahirkan bahawa dirinya amat merindui cuaca panas di Arafah tatkala berwukuf.
“Awal hari ini, Zuhur di Al Haram. Pelik, saya sangat merindui panas di Arafah,” coretnya ringkas menerusi ruangan kapsyen.
Pemerhatian Remaja mendapati, ruangan komen pada hantaran tersebut dibanjiri dengan pelbagai reaksi positif. Rata-rata pengikutnya turut sama meluahkan rasa rindu mereka ketika berada di Tanah Suci.
“Sampai sekarang masih terasa nikmat sujud atas simen Kaabah,” komen seorang pengikut.
“The heat in Makkah is really nikmat… BarakAllah,” komen juga pengikut lain.
“Walaupun panas di Kaabah, sujud atas lantainya boleh hilang semua masalah dunia,” tulis pengguna lain.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah terpaksa akur di pentas final Terbuka Jepun apabila tewas kepada regu utama dunia, Liu Sheng Shu-Tan Ning dalam aksi yang berlangsung di Gimnasium Metropolitan Tokyo baru-baru ini.
Perlawanan akhir kejohanan berstatus Super 750 itu menyaksikan Pearly-Thinaah gagal menyaingi kehebatan pasangan China tersebut dalam dua set terus, dengan keputusan 15-21 dan 14-21 dalam masa 45 minit permainan.
Kredit foto: Shuttlehard
Selain itu, persembahan pasangan ranking ketiga dunia itu kelihatan tidak konsisten sejak set pertama lagi, apabila corak permainan mereka tampak teragak-agak dan gagal memecah dominasi Sheng Shu-Tan Ning.
Walaupun cuba bangkit pada set kedua dengan strategi lebih agresif, namun pengalaman serta ketenangan pihak lawan ternyata menjadi pemisah, sekaligus menafikan impian Pearly-Thinaah untuk menjulang gelaran kedua musim ini.
Biarpun kecewa dengan keputusan tersebut, Pearly-Thinaah masih mampu berbangga dengan pencapaian mereka yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$33,250 (RM141,182) sebagai naib juara kejohanan pada kali ini.
Kredit foto: Badminton Association of Malaysia – BAM
Sementara itu, kemenangan penuh bergaya menyebelahi Sheng Shu-Tan Ning yang membawa pulang ganjaran utama bernilai AS$70,300 (RM298,500), sekaligus memperkukuh rekod kemenangan mereka ke atas Pearly-Thinaah kepada sembilan daripada 12 pertemuan.
Sekadar info, pencapaian ini juga menyamai kejayaan beregu lagenda negara, Chin Eei Hui-Wong Pei Tty yang turut muncul naib juara Terbuka Jepun pada edisi 2008. Ini juga satu penanda aras penting buat Pearly-Thinaah dalam mengukuhkan lagi nama mereka dalam sejarah badminton negara.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita gembira bukan sahaja buat Malaysia Airlines tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia apabila syarikat penerbangan nasional tersebut diumumkan sebagai syarikat penerbangan komersil rasmi kelab bola sepak Inggeris, Manchester United untuk tempoh beberapa tahun.
Jalinan strategik global itu dikongsikan pada sidang media di Kuala Lumpur selepas menandatangani perkongsian di antara Malaysia Airlines dan Manchester United.
Pemilihan Malaysia Airlines ini begitu cocok dengan sokongan luar biasa rakyat Malaysia terhadap pasukan bola sepak itu terutamanya daripada tiga buah kelab rasmi Manchester United yang bertapak di negara ini.
Pengarah Urusan Kumpulan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail berkata, jalinan ini secara tidak langsung membolehkan Malaysia Airlines memasarkan Hospitaliti Malaysia kepada lebih 1.1 bilion peminat kelab tersebut di seluruh dunia.
Di samping itu, Malaysia Airlines juga teruja dengan peluang untuk memanfaatkan inisiatif pemasaran jenama bersama untuk meningkatkan pengiktirafan jenama kepada khalayak global yang pelbagai agar kedua-dua jenama ikonik ini dapat memperoleh kelebihan daripada pengalaman ini.
Menerusi hantaran di media sosial, Malaysia Airlines juga memberi gambaran bahawa ia merancang untuk menyediakan beberapa acara istimewa (mungkin bakal dihadiri oleh pemain pasukan itu sendiri, who knows?) dan bakal menawarkan peluang memenangi hadiah berskala ‘sekali-seumur-hidup’.
Haa, apa agaknya yang sedang mereka rancang itu? Sama-sama kita nantikan.
Dalam pada itu, Malaysia Airlines juga melancarkan rekaan terbaru Kelas Bisnes A330neo MAG Arena bersempena MATTA Fair yang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!