Pelik tapi benar. Mungkin satu dalam sejuta. Seorang remaja berusia 17 tahun, Muhammad Daniel Mohd Idham tidak pernah makan sejak lahir. Jangan tanya tentang bagaimana rasa nasi, aiskrim yang dianggap enak bagi sesetengah orang pun dia tidak menyukainya.
Cubalah, letak makanan enak-enak. Ayam, udang atau sotong dengan pelbagai gaya masakan, remaja ini langsung tidak terliur untuk menjamahnya. Malah kalau dipaksa makan, reaksi mukanya seperti orang mahu termuntah.
Untuk keperluan tenaga, dia hanya minum 15 cawan air susu coklat atau lebih untuk memberinya tenaga tambahan. Disebabkan langsung tidak makan, berat Daniel hanya 45 kg.
Keganjilan dialami remaja yang kini bersekolah di SMK Ampang Pecah, Kuala Kubu Bahru (pendidikan khas) menjadikan dirinya popular di sekolah kerana kelainan dialaminya. Hasil pemeriksaan rapi doktor sejak kecil, keganjilan ini disebut sebagai “Eating Disorder” iaitu kegagalan menerima makanan.
Beginilah reaksi Daniel yang baru belajar makan bubur dahulu.Sekalipun kurus tetapi Daniel nampak sihatIni adiknya, Irfan Syariffudin yang baru berusia 12 tahun dengan berat 63 kg
Menurut ibunya, Suhaila Saidon, 43 tahun, dia mula menyedari kelainan anaknya dari lahir bila disuapkan bubur. “Memek mukanya seperti tidak dapat menerima makanan. Menangis bila dipaksa makan. Hari demi hari, bulan demi bulan, dari pelbagai pemeriksaan rapi di pelbagai pakar perubatan, akhirnya kami sekeluarga menerima hakikat yang Daniel langsung tidak berminat dengan makanan,” katanya yang berniaga gerai makanan di Kuala Kubu Bharu.
“Puas kami sekeluarga bawa ke pelbagai hospital. Buat macam-macam gimik untuknya supaya dia makan tapi Daniel langsung tak tertarik. Malah pada usianya 8 tahun, pernah pengacara nombor satu Malaysia, Datuk Aznil Nawawi menjemput Daniel ke Radio Era dan Pak Nil cuba suapkan dia airkrim. Memang dia tak boleh makan langsung.
Ads
“Malah dari kecil sehinggalah sekarang pada usianya 17 tahun, baru tahun ini dia cuba-cuba makan bubur cair. Itupun sekadar lalu ditekak sahaja kerana sebaik dia menyuap sesudu bubur, dia akan mengambil air lalu diminum bersama.
“Dalam erti kata lain, Daniel tak makan pun sebenarnya,” katanya yang telah mengisar kurma, badam dan kismis sehalus-halusnya untuk memberikan tenaga tambahan buat anaknya,” katanya memaklumkan makanan itu pun dimakan sesudu sejak setahun lalu. Dipaksa dan bukan dengan rela hati Daniel, jelas Sue.
Sudah puas berubat termasuk hospital dan pengamal perubatan tetapi Daniel masih tidak mahu makan – Sue
Dalam pada itu jelas Suhaila, sebelum ke sekolah, anaknya akan minum lebih kurang tiga cawan susu coklat berjenama ReeVo yang dibekalkan oleh syarikat Ryveera Chocolate (satu kempen dana telah ditububkan bagi membantu Daniel) yang bersimpati dengan nasib remaja ini. Malah dalam tempoh empat hari, anaknya itu memerlukan sekurang-kurangnya 2 kg ReeVo untuk keperluan pemakanannya.
Ads
“Saya sekeluarga sangat bersyukur kepada Executive Directornya, Tuan Haji Sharil yang memberikan bantuan susu coklat ReeVo ini. Sejak meminumnya tubuh Daniel nampak lebih sihat dan jarang sakit. Ia membantu perkembangan fizikalnya malah kelihatan cergas, sama seperti remaja seusianya.
“Dulu saya akui penat dan puas menangis. Kerana bila tahu Daniel tidak boleh makan tanpa sebab yang kukuh. Puas berubat ke sana ke mari termasuk berjumpa pengamal perubatan. Tapi tetap Daniel tak mahu makan. Malah pemeriksaan doktor turut mengesahkan bahawa Daniel mengidap mild disleksia, mild ADHD dan mild autism.
“Alhamdulillah, bila berubah remaja, penyakit ADHDnya sudah berkurangan. Masalah disleksinya juga semakin tiada kecuali autism. Namun Daniel mampu menguruskan dirinya sendiri,” katanya yang mempunyai seorang anak lagi iaitu Muhammad Irfan Sharifuffin, 12 tahun dengan berat 63 kg.
Daniel bersama Executive Director ReeVo, Tuan Haji Sharil
Tambah Sue lagi, disebabkan keunikan ini, anaknya kerap menerima jemputan untuk berkongsi kisah kehidupannya. Jika semasa kecil Daniel agak ragu-ragu dan menyorok tetapi perkenalan dengan Bob AF banyak mengubah pendirian remaja ini untuk tampil berani.
“Kami pernah dijemput ke UIA. Pakar yang pernah merawatnya kagum dengan keberanian Daniel bercerita di hadapan khalayak ramai. Sebagai ibu, saya begitu gembira dengan perubahan ditunjukkannya. Mungkin kata orang, inilah doa-doa yang sering ditadahkan kepada Allah. Pantang orang ke Makkah, pasti saya kirimkan doa buat Daniel untuk dia merasai nikmat makan ini,” katanya menceritakan anaknya itu pernah kritikal akibat gastrik keterlaluan hingga perlu ditahan wad semasa kecil.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Vatican telah mengeluarkan kenyataan pada Isnin menyatakan bahawa Gereja Katolik tidak akan merestui perkahwinan sejenis kerana tuhan tidak boleh merestui dosa. Pejabat Ortodoksi Vatican, Jemaah bagi ajaran Iman, telah mengeluarkan respon formal kepada persoalan sama ada paderi Katolik mempunyai kuasa untuk merestui perkahwinan sejenis.
Jawapan yang memiliki konotasi negatif dihuraikan sepanjang dua helai penuh telah diterbitkan dalam tujuh bahasa dan diluluskan oleh Pope Francis. Dalam huraian tersebut gereja membezakan antara institusi ibadah itu mengalu-alukan kedatangan mereka yang berorientasi homoseksual dan merahmati mereka. Namun begitu, bukan untuk merahmati perkahwinan sejenis.
Perkara itu bukanlah sebahagian dari rancangan tuhan dan pengiktirafan terhadap mereka boleh dikelirukan dengan perkahwinan. Penjelasan yang diberikan ternyata melegakan penganut Kristian yang konservatif dan mengecewakan pihak beragama Kristian Katolik yang mempromosikan LGBT. Sebelum ini terdapat beberapa gereja yang sudah membuka ruang dan merahmati perkahwinan sejenis.
Vatican berpegang kepada prinsp yang individu homoseksual perlu dilayan dengan bermaruah dan penuh hormat, walaupun begitu seks sesama jenis adalah ‘bercelaru’. Gereka Katolik mengajar yang perkahwinan adalah penyatuan sepanjang hayat antara lelaki dan wanita, dan ia merupakan rancangan tuhan untuk menghidupkan menghidupkan nyawa yang baru.
Sejak awal pagi tadi, ramai yang risau apabila hujan lebat turun membasahi bumi. Ada yang tidak dapat tidur lena mengenangkan nasib mangsa-mangsa banjir sebelum ini.
Sebentar tadi, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah pun mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka akan berlaku di beberapa buah negeri sehingga pukul 11 pagi nanti.
Antara kawasan yang dijangka terkesan adalah di negeri Selangor (Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Kuala Langat), Johor (Pontian, Kulai dan Johor Bahru) dan Sarawak (Limbang).
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.
Menurut mereka lagi, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berjaga-jaga, terutamanya kawasan yang sebelum ini telah dinaiki air. Diharap tidak ada sebarang banjir kilat lagi yang berlaku dan semoga kita semua dilindungi.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sekarang musim durian! Sana sini kedapatan penjual menjual malah harga juga semakin rendah berbanding di awal-awal musim luruhnya. Namun di sebalik keenakan orang ramai menikmati durian sama ada durian kahwin mahupun kampung, awas kepada individu yang berhadapan dengan masalah mencuci buah pinggang kerana jika makan berlebihan, anda berisiko maut kerana kandungan pottasiumnya melonjak tinggi walau hanya sebiji.
Di fb Medical Mythbusters Malaysia, Pakar Bius Dr Nurilyani Bujang berkongsi detik cemas kisah seorang pesakit dialysis yang tinggal nyawa-nyawa ikan selepas makan sebiji durian musang king. Ini kerana bacaan darahnya naik dari sepatutnya.
Ini perkongsiannya.
Tolong doktor! Tolong!!!!!
Seorang lelaki tercungap-cungap keluar dari kereta di hadapan pintu Jabatan Kecemasan. Kelihatan seorang wanita nyawa nyawa ikan di dalam kereta. Wanita itu dikeluarkan dari kereta oleh abang-abang MA serta anak pesakit.
Loceng zon merah terus berbunyi keras.
Kring!!!!!!!!!
Wanita tadi disorong masuk. Segala alat resusitasi dan wayar wayar cepat berselirat di badan pesakit. Bantuan pernafasan terus diberikan. Sementara itu, sejarah pesakit mula diambil. 'Mak ada sakit buah pinggang. Dah tiga tahun dialysis. Kali terakhir dialisis petang semalam. Dua tiga hari lepas, mak merengek nak durian musang king. Macam orang mengidam mengandung sulung. Saya belikan 3 biji untuk satu keluarga makan, tapi dia melantak sampai sebiji seorang diri. Bila kita tegur dia mencemek muka' 'Lepas makan durian beberapa jam terus dia kata sesak nafas dan kemudiannya tak sedar diri'.
Tak lain mesti durian punya angkara!!!
Setelah bacaan darah dan pemeriksaan lanjut, telahan itu amat tepat Potassium 8 (sedangkan nilai yng normal 3-5-4.5). Garam ini terlalu tinggi hingga membuatkan rentak jantung pesakit menjadi perlahan dan bercelaru. Wanita tersebut kemudiannya di masukkan ke ICU untuk emergency dialisis bagi membuang garam potassium yang terlalu tinggi itu.
Esok harinya, ketika wanita itu dah sedar. 'Puan tahu durian bahaya untuk orang dialisis? Seulas dua boleh lah. Tapi sampai sebiji berulas ulas ni, memang tak boleh. Nasib baik umur panjang, sempat sampai hospital'
'Saya tau durian bahaya untuk orang dialisis…' Tapi. Sedap sangat doktor, musang king tu, tak boleh stop' 'Dia punya sedap, sampai mati pun worth it! ' . Waktu tu saya hanya mampu menarik nafas dalam-dalam dan saya dapat rasakan yang mata saya seperti berguling-guling dan otak mati kutu. . Dr Nurilyani Bujang
Al kisah musim durian.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...