Secara purata, ketinggian lelaki dan perempuan di Malaysia masing-masing adalah sekitar 165 dan 153 cm. Selalunya lelaki Malaysia yang tinggi pun hanya sekitar 185 cm.
Namun, seorang remaja lelaki di China yang baru berusia 14 tahun ini bakal menjadi remaja tertinggi di dunia. Wow!
Xiaoyu yang juga masih bergelar pelajar sekolah ini berasal dari bandar Leshan di Wilayah Sichuan di China dilihat berdiri lebih tinggi berbanding keluarga dan rakan-rakannya.
Ads
Dengan ketinggian 7 kaki 3 inci ( 221 sentimeter), remaja itu menunggu pengesahan daripada Guinness World Record sebagai remaja lelaki tertinggi di dunia.
Ads
Ketinggian terbaru Xioyu dicatatkan pada hari lahirnya yang ke-14 tahun pada Ahad ( 18 oktober)
Keadaanya yang begitu besar menyebabkan dia memerlukan perabot yang ditempah khas untuknya.
Ads
Pada Ogos lalu, keluarganya mengemukakan permohonan agar Xiaoyu diperakui secara rasmi sebagai Remaha Tertinggi (lelaki) dalam Guinness Book of World Record.
Berdasarkan Rekod Dunia Guinnes (GWR), Sultan Kosen yang berusia 35 tahun, berasal dari Turki adalah lelaki tertinggi dengan ketinggian lebih kurang 244 cm (8’1 kaki).
Niat sekadar mahu berkongsi atau ‘membuka mata’ orang ramai di media sosial sebenarnya boleh mengundang padah, terutamanya apabila melibatkan pendedahan maklumat peribadi individu lain tanpa kebenaran.
Tindakan seperti menagih hutang secara terbuka, mendedahkan pasangan curang atau kononnya ingin menyelamatkan orang lain daripada ditipu kini semakin menjadi trend, namun hakikatnya ia boleh diklasifikasikan sebagai satu kesalahan jenayah.
Kongsi Info Peribadi Boleh Undang Risiko
Menerusi laporan Harian Metro, peguam Dr Mahmud Jumaat menjelaskan bahawa perbuatan tersebut boleh membuka ruang kepada pelbagai risiko termasuk gangguan, ugutan, tekanan emosi serta ancaman keselamatan fizikal terhadap mangsa.
“Atas sebab itu, Malaysia memperkenalkan peruntukan khusus dalam Seksyen 507E Kanun Keseksaan melalui pindaan tahun 2025 bagi menghukum perbuatan ‘doxxing’ iaitu menerbitkan, menyebarkan atau membuat tersedia maklumat identiti seseorang tanpa persetujuan.
“Perbuatan itu dibuat dengan niat atau pengetahuan (atau sepatutnya tahu) bahawa ia boleh menyebabkan mangsa mengalami gangguan, ketakutan, kebimbangan atau kemudaratan,” katanya.
Boleh Terjerat Di Bawah Akta Komunikasi & Multimedia
Selain itu, pendedahan identiti di media sosial juga boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, khususnya Seksyen 233 jika kandungan yang dikongsi bersifat menyinggung atau mengancam.
“Pada masa sama, pendedahan identiti melalui media sosial juga boleh terjerat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, khususnya Seksyen 233, kerana peruntukan tersebut menghukum sesiapa yang menggunakan rangkaian untuk membuat komunikasi yang bersifat menyinggung atau mengancam dengan niat untuk mengganggu, mengugut atau mengganggu orang lain,” katanya.
‘Viralkan’ Individu Juga Satu Kesalahan?
Menurut Dr Mahmud, tindakan memviralkan individu termasuk berkongsi gambar, alamat rumah atau nombor kenderaan boleh dianggap sebagai pendedahan maklumat peribadi kerana ia membolehkan seseorang dikenalpasti.
“Dalam keadaan sedemikian, walaupun pihak yang memviralkan mendakwa hutang itu benar, perbuatan menyebarkan identiti seseorang untuk memalukan atau mengundang kecaman awam berpotensi jatuh di bawah peruntukan doxxing dalam Seksyen 507E Kanun Keseksaan, kerana elemen ‘mendedahkan maklumat identiti tanpa persetujuan’ dan ‘kemungkinan menyebabkan gangguan, ketakutan, kemudaratan’ boleh wujud berdasarkan fakta kes,” jelasnya.
Risiko Fitnah Jika Tuduhan Tanpa Bukti
Lebih membimbangkan, jika hantaran tersebut disertai tuduhan seperti ‘penipu’ atau ‘scammer’ tanpa bukti kukuh, ia juga boleh membawa kepada kesalahan fitnah di bawah Seksyen 499 dan 500 Kanun Keseksaan.
“Lebih penting, sekiranya hantaran itu disertai dengan tuduhan yang menjatuhkan reputasi seperti menyatakan individu itu ‘lari hutang’, ‘penipu’, atau ‘scammer’ tanpa bukti yang kukuh dan tanpa proses undang-undang yang sah, maka tindakan tersebut boleh menimbulkan liabiliti fitnah, termasuk jenayah di bawah Seksyen 499 dan 500 Kanun Keseksaan,” katanya.
Polis Tegas: Jangan Dedah Maklumat Peribadi
Sementara itu, Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail turut menegaskan bahawa perbuatan menyebarkan maklumat peribadi tanpa kebenaran adalah salah di sisi undang-undang dan tidak boleh diterima.
Maklumat peribadi yang dimaksudkan termasuk alamat kediaman, nombor telefon, nombor pengenalan diri serta maklumat keluarga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Salute! Ternyata kanak-kanak ini cukup luar biasa. Dalam usia yang cukup muda, baru 6 tahun, dirinya diiktiraf sebagai Programmer termuda dalam Guiness World Records baru-baru ini. Budak tersebut bernama Arham Om Talsania berasal dari Ahmedabad, India.
Menurut India Times, budak itu adalah seorang pelajar kelas dua dan telah lulus peperiksaan sijil Microsoft di Pearson VUE Test Centre. Selain itu, bapa kepada Arham Om Talsania ini juga sebenarnya adalah seorang jurutera perisian dan dialah orang yang bertanggungjawab menarik minat anaknya dalam coding dan mengajar mengenai perisian.
“Sejak dari kecil lagi dia menunjukkan minat yang sangat mendalam pada gajet. Dia pernah bermain game guna tablet dan menyelesaikan puzzle. Dengan bermain game, dia mula terfikir mahu membinanya. Dia juga biasa melihat saya membuat coding,” ujar bapa kanak-kanak ini.
Dia kemudiannya mula mengajar programming kepada Arham dan anaknya itu mula menghasilkan permainan video sendiri. Dia juga dilantik sebagai Microsoft Technology Associate serta mereka turut mendaftar Guinness Book World Records.
Malahan, menurut kanak-kanak ini juga dia mula bermain tablet ketika usianya 2 tahun. Pada umur 3 tahun, dia dapat gajet tersedia dengan iOS dan Windows. Arham Om Talsania mendapat tahu bapanya bekerja di Phyton dan dia mula mendapatkan sijil dari syarikat itu dengan menghasilkan permainan video ringkas.
Setelah itu, mereka minta dia menghantar bukti hasil kerjanya itu. Beberapa bulan kemudian mereka luluskan Arham Talsania dan dia berjaya mendapatkan sijil dari Guinness World Records.
Wah…patut la bijak, bapanya juga seorang jurutera perisian, Apapun, tahniah diucapkan dan moga terus maju jaya buat Arham Talsania.
Dalam tragedi ngeri yang menggemparkan negara, seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terkorban apabila sebuah bas ekspres yang membawa mereka terbabas di KM53, Jalan Raya Timur–Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik.
Nurly Shahirah Azman, turut terkorban dalam kemalangan jalan raya itu. Namun dicemburui dan menjadi bualan orang ramai apabila dia ditemui dengan Al-Quran di tangan.
Perjalanan Terakhir Seorang Hafizah
Mana tidaknya, Nurly Shahirah Azman, 23, merupakan seorang hafizah 30 juzuk al-Quran.
Abangnya, Mohd Najmuddin Azman, 28, turut memuat naik gambar koleksi tahriri (salinan tulisan tangan) yang ditulis sendiri oleh Allahyarhamah di akaun Facebooknya.
Katanya, Nurly Shahirah suka menulis satu al-Quran menggunakan tangan bagi menguatkan hafalannya.
“Berpusu-pusu media hubungi aku dik tanya apa amalan kau.. Ada yang beritahu dekat tempat kejadian wangi sangat. Dik, kau jaga al-Quran sangat-sangat baik dik.
“Kau tak pernah terlepas mengulang al Quran stiap hari. Kita jumpa di syurga ya dik. Kami sayang kau dik. Tenanglah kau disana,” tulisnya.
Memegang al-Quran di dada.
Menurut perkongsian dikongsi oleh abang arwah, Najmuddin Azman, kenalan arwah berkongsi ketika kejadian menyayat hati itu terjadi, jenazah Nurly Shahirah ditemui sedang memeluk Al-Quran, erat dalam pelukannya seolah itulah “temannya” hingga ke akhir hayat.
“Dik kau pergi al-Quran di tangan dan di dada dik.. Abang bangga dengan kau. Pergi mana-mana tak pernah tinggal al-Quran kau,” tulisnya.
Dalam perkongsian lain, Allahyarhamah disifatkan oleh gurunya sebagai seorang yang sangat ‘bersungguh’ menjaga Al-Quran serta sering meminta gurunya untuk menguji hafazannya.
Nurly Shahirah Meninggal Dengan Al-Quran Erat Dalam Pelukannya
Selain Nurly Shahirah, kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 1.10 pagi itu turut meragut nyawa 14 pelajar UPSI lain.
Yang terkorban ialah Sufea Adela Maslihaizan, 21, Mohammad Aqil Taqiudin, 21, Anis Soffiyya Md Zaidi, 20, Nur Ainul Qistina Mat Ali, 21, Muhammad Adib Hazim Halim, 21, dan Wan Nur Suhaila Wan Mohammad, 22.
Turut meninggal dunia Fakhrul Arif Rosdi, 20, Nurul Fatihah Abu Setaman, 22, Nur Dalila Farhana Mohamad Isma, 21, Nurul Izyanti Muhamad Azahar, 21, Nur Amni Nadiah Nik Nor Zabir, 21, Muhammad Mustaqim Rosde, 21, Nor Ayuni Maslan, 21, dan Fatin Nasrien Fadli, 22.
Kemalangan membabitkan sebuah bas yang dalam perjalanan menuju ke kampus UPSI dari Jerteh, Terengganu dengan sebuah Perodua Alza di JRTB, Gerik
Al-Fatihah buat Allahyarhamah Nurly Shahirah dan semua yang terkorban.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!