Dalam dunia yang serba pantas hari ini, bukan mudah untuk melihat remaja seusia 14 tahun mencipta pencapaian luar biasa.
Namun, itulah yang berjaya dilakukan oleh seorang pelajar perempuan yang membuktikan bahawa usia muda bukan penghalang untuk menempa nama.
Hafal 300 Digit, Cipta Rekod Kebangsaan
Seorang pelajar Tingkatan Dua dari Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) St George, K Poonyamitra, mencipta sejarah apabila berjaya menghafal dan menyebut semula 300 digit pertama nombor Pi.
Lebih membanggakan, pencapaian itu melayakkannya tersenarai dalam Malaysia Book of Records bagi kategori ‘Most Pi Recited From Memory By A Teenager’ pada 9 Februari lalu.
Disiplin Dua Bulan Jadi Kunci Kejayaan
Menurut Poonyamitra, kejayaan itu bukan datang sekelip mata, sebaliknya merupakan hasil latihan konsisten selama dua bulan. Dia menetapkan sasaran untuk menghafal sekurang-kurangnya 10 digit setiap hari dan memastikan matlamat tersebut dicapai.
Ads
Pada peringkat awal, ia bukan sesuatu yang mudah, namun lama-kelamaan proses menghafal menjadi lebih lancar dan membantu dirinya mengingati nombor dengan lebih baik.
Teknik hafalan yang digunakan turut melibatkan susunan nombor bermula daripada sa, puluh, ratus dan ribu sehingga berjaya mencapai 300 digit penuh.
Minat Matematik Jadi Pendorong
Minat mendalam terhadap nombor dan matematik menjadi pendorong utama Poonyamitra untuk mencuba cabaran tersebut.
Usaha berterusan itu bukan sahaja membuahkan hasil, malah menjadikannya individu pertama di Malaysia yang mencipta rekod dalam kategori berkenaan.
Ads
Pengiktirafan & Ganjaran Istimewa
Pencapaian hebat ini turut diraikan dalam satu majlis rasmi, di mana beliau menerima komputer serta sijil pengiktirafan sebagai tanda penghargaan atas kejayaannya, sempena pelancaran pendigitalan sistem pengurusan oleh Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang.
Bukan Kali Pertama Cipta Nama
Menurut ibunya, S Thilagam, Poonyamitra bukanlah asing dalam dunia pertandingan melibatkan daya ingatan.
Sebelum ini, dia pernah memenangi kategori ‘Memory Athlete’ dalam Malaysia Kids Got Talent Musim Ke-9 pada tahun 2025 selepas berjaya menghafal 300 digit pertama nombor Pi. Selain itu, dia turut muncul sebagai naib juara dalam acara ASEAN World Records Rising Starz Icon 2025.
Tidak terhenti di situ, Poonyamitra juga melangkah ke peringkat antarabangsa apabila menyertai sesi uji bakat secara dalam talian bagi rancangan America’s Got Talent Musim Ke-21 pada Januari lalu dengan mempersembahkan kebolehan menghafal dan menyebut semula 300 digit nombor Pi.
Sebagai anak tunggal, dia berharap pencapaiannya itu dapat menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk berani mencabar diri dalam bidang yang diminati, khususnya dalam bidang matematik dan hafalan yang sering dianggap sukar oleh ramai.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap tahun, bagi pelajar tingkatan 5 yang baru selesai menduduki SPM akan membeli borang UPU untuk memohon menyambung pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi.
Namun, untuk calon yang ingin memohon pada tahun ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/UNIK ID kepada semua pemohon bagi sesi akademik 2021/2022.
Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, melalui pengecualian itu, permohonan kemasukan ke IPTA dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) boleh dimohon terus di laman sesawang upu.mohe.gov.my.
KPT berharap keputusan ini dapat meringankan beban para pelajar dan melancarkan urusan mereka untuk melanjutkan pengajian seterusnya menjamin masa depan yang lebih cerah.
Tempoh permohonan telah pun ditetapkan pada 4 Januari hingga 31 Mac bagi lepasan SPM, STPM, asasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia, lepasan matrikulasi serta diploma atau setaraf.
Tempoh pilihan program pengajian pula berbeza mengikut kategori masing-masing bermula pada 9 Mac dan berakhir pada 31 Mac 2021.
Sebelum ini, pelajar perlu membayar untuk mendapatkan nombor Unik ID Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai syarat mengisi borang permohonan secara online bagi melanjutkan pengajian.
Jadi, pelajar yang nak memohon tahun ni tak perlu nak kalut kerana kos bayaran untuk proses pemohonan UPU kali ini telah dibiayai oleh pihak KPT.
P/S: Teringat pula masa sekolah dulu, kawan-kawan selalu ingatkan dah beli kod UPU ke belum. Hiks!
Berita baik buat yang belum kesempatan menonton filem ini, filem epik sejarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan akan ditayangkan di Netflix bermula 16 September ini. Perkara itu diumumkan oleh Netflix dalam satu video terbaharu di Youtube mereka.
Selain Mat Kilau, satu lagi filem yang bakal muncul bulan September dan turut mendapat sambutan adalah Thai Cave Resque. Filem ini diambil dari kisah sebenar tragedi sekumpulan pemain bola sepak yang terperangkap di dalam gua selepas gua tersebut dilanda banjir. Thai Cave Rescue boleh ditonton bermula 22 September 2022.
Foto Via Netflix
Antara filem dan siri terbaharu lain yang dilancarkan di laman penstriman Netflix bulan September ini adalah seperti Love In The Villa, Cobra Kai: Season 5, Fullmetal Alchemist The Final Alchemy dan Blonde.
Servis penstriman Netflix antara paling popular di dunia dengan pelbagai kandungan filem dan siri Original yang buat anda tak bosan ketika menonton. Dengan langganan serendah RM17 anda sudah boleh menonton semua kandungan Netflix di telefon pintar. Untuk pakej premium, anda perlu melanggan RM55 sebulan dengan kualiti video 4k+Ultra HD.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aidilfitri bukanlah sekadar satu perayaan, tetapi ia juga merupakan peluang untuk menyemai kasih sayang, rasa keprihatinan dan memupuk semangat kemasyarakatan tanpa mengenal latar belakang.
Begitulah suasana yang dirasai di Rumah Bakti Dato’ Harun, Ampang apabila selebriti sensasi, Bella Astillah membantu untuk menjana dana sebanyak RM13,000 untuk anak-anak yatim di sana.
Dana tersebut diraih hasil inisiatif Bella bersama Anchor Butter menerusi jualan secara langsung kotak kuih raya eksklusif Anchor x Bella Astillah di platform TikTok.
Jualan Kuih Raya Dalam Sekelip Mata!
Sambil berinteraksi dengan para peminatnya dalam siaran tersebut, penonton juga dapat mengetahui jenis-jenis kuih raya yang boleh dihasilkan menggunakan mentega tulen Anchor.
“Pengalaman berinteraksi dengan peminat secara langsung, lebih-lebih lagi dalam suasana menjelang Hari Raya, amatlah istimewa bagi saya,” katanya.
Menariknya, kesemuanya habis terjual dalam tempoh kurang daripada lima minit sahaja! Begitulah penangan penyanyi Akhirnya Kamu itu yang berjaya mengumpulkan para peminatnya untuk mendapatkan item eksklusif tersebut sempena bulan Ramadan dan Syawal kali ini.
Hasilnya, jumlah jualan RM13,000 itu disalurkan kepada Rumah Bakti Dato’ Harun, sebuah rumah kebajikan yang menyediakan perlindungan, penjagaan dan pendidikan kepada kanak-kanak yang memerlukan.
Kempen ini sekaligus mencerminkan semangat berkongsi rezeki kepada komuniti yang memerlukan.
Inisiatif Kebajikan Yang Menyentuh Hati
Bella yang juga merupakan ibu kepada dua cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean (9) dan Ara Adreanna (6) tentunya merasakan naluri keibuan apabila beramah mesra serta membawa kegembiraan kepada anak-anak yatim di sana.
“Mengetahui bahawa setiap pembelian menyumbang terus kepada Rumah Bakti Dato’ Harun menjadikan sesi ini lebih bermakna.”
“Saya berterima kasih kepada semua yang bersama-sama menyokong inisiatif ini,” ujarnya.
Pengalaman menggunakan platform digital untuk membantu golongan yang memerlukan amatlah digalakkan dalam kalangan semua pihak terutamanya generasi pempengaruh muda yang memiliki ratusan pengikut di platform seperti TikTok, Instagram dan Facebook.
Tahniah Bella Astillah dan Anchor Butter di atas inisiatif mulia ini!
FOTO: Anchor Butter via Bridges PR
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!