‘Ready To Eat’, Ini Resepi Sambal Tempe Untuk Stok Menu Sahur

Share

Makan dengan nasi pasti kenyang sampai berbuka.

Apabila ramadan menjelang tiba, pasti ramai di antara kita pening memikirkan apa yang hendak dimasak bukan?

ARTIKEL BERKAITAN : Resepi Sambal Ikan Bilis Negeri Sembilan, ‘Wajib Ada’ Kalau Nak Travel

Foto Via Sharinaz Redwan

Bukan sahaja menu berbuka malah menu sahur pun kena fikir juga. Kalau ada ready to eat sambal tempe kan best? Yang ajaibnya sambal ini kalau makan dengan nasi putih sahaja pun sedap tau.

Jadi, memang sesuai sangat buat remaja, orang bujang dan juga student yang nak memasak menu sahur nanti. Resipi perkongsian daripada Sharinaz Redwan ini mudah dan sedap. Ikan bilis, tempe dan kacang elok bersalut perencah serta berkilat, tentu rangup diratah.

Jom tengok di bawah!

Bahan-Bahan Kering
6 peket tempe
2 cawan ikan bilis
500 gram kacang tanah

Bahan-bahan sambal
2 senduk cili kisar (cili kerinting pedas lagi ummph)
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 ketul gula kabung
4 keping asam keping
Garam secukupnya
Lebihan minyak menggoreng tempe

Cara penyediaan

  1. Tempe dihiris nipis, goreng garing hingga rangup.
  2. Ikan bilis dicuci dan digoreng bagi rapuh. Kalau goreng jadi lemau, masak dengan air fryer sebentar, insya-ALLAH ia akan rangup semula.
  3. Kacang dicuci, ditoskan dan digoreng.
  4. Tumis bahan kisar dengan gula kabung, asam keping sampai pecah minyak.
  5. Tumis lama dengan api perlahan sehingga betul-betul garing.
  6. Apabila sudah siap tutup api dan biarkan kejap.
  7. Masukkan garam ke dalam sambal secukup rasa diikuti tempe, kacang bilis. Siappp! Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

*Untuk info, Tempe kaya dengan nutrisi protein di dalamnya dan dikatakan lebih berkualiti berbanding kacang soya kerana kadar protein yang larut dalam air akan mengakibatkan meningkatnya aktiviti enzim proteolitik.

Selamat mencuba dan selamat menyambut bulan Ramadan!

BACA LAGI : 3 Makanan Wajib Ambil Masa Sahur, Kenyang Lama Ketika Puasa & Boleh Kurus!

Sumber: Sharinaz Redwan 

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN