Al-Quran menjadi panduan kehidupan seorang Muslim. Bukan sekadar dibaca, kita juga perlu memahami isinya agar mampu hidup berlandaskan ajaran yang ditetapkan. Membaca dan memahami pasti biasa kita dengar, namun untuk menghafaz keseluruhan Al-Quran hanya mereka yang benar-benar komited sahaja yang mampu melakukannya.

Baru-baru ini tular kisah Rawan Dweik, seorang gadis sindrom down dari Jordan yang sudah berjaya menghafaz Al-Quran setelah tujuh tahun mendalami kitab suci tersebut. Ini menjadikan dia gadis sindron down pertama di dunia yang menjadi hafizah.

Rawan Dweik, Gadis Sindrom Down Pertama Menghafaz Seluruh Al-Quran
Rawan bersama ibunya.

Menurut ibunya, Awatef Jaber, “Saya merupakan ibu tunggal setelah kematian suami dan saya bangga. Setelah melahirkan dan diberitahu doktor yang Rawan menghidap sindrom down, seperti ibu-ibu yang lain, pastinya saya berasa sedih dan kecewa. Namun saya menyanyanginya sepenuh hati. Saya bersumpah kepada tuhan yang saya akan mengajarnya membaca Al-Quran.”

IKLAN

Gadis istimewa ini memiliki cara yang unik untuk menghafaz Al-Quran. Menurut ibunya lagi, Rawan mula menghafaz dengan cara menulisnya kembali dan menghafaz surah Al-Baqarah dalam masa setahun setengah dan mendapat markah penuh dalam ujian. Ketika keluar dari bilik ujian Rawan melakukan sujud syukur sebagai tanda menghargai pemberian Allah kepadanya.

IKLAN
Rawan Dweik, Gadis Sindrom Down Pertama Menghafaz Seluruh Al-Quran
Tersenyum gembira.

Cantik berhijab, Rawan meneruskan hafazan dengan caranya tersendiri selama tujuh tahun sebelum berjaya menghafaz keseluruhan isi kitab suci tersebut pada Ramadan tahun ini.

IKLAN

***P/S- Bangga dengan pencapaian Rawan. Kita yang sempurna ini bila kali terakhir membuka dan membaca Al-Quran? Mulakan sekarang kerana tiada istilah terlambat selagi masih bernyawa.

Sumber: dolnews

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI