Kisah keluarga Diraja England sememangnya menjadi perhatian ramai. Lihat sahajalah pada karya-karya moden popular menerusi siri televisyen, naskhah dalam talian dan filem seperti The Crown dan Spencer yang banyak mengambil inspirasi dari sejarah, konflik dan juga kegemilangan keluarga terkenal ini.
Jika anda penonton tegar siri The Crown yang disiarkan di Netflix, pastinya anda akan kenal dengan figura Camilla Parker-Bowles yang merupakan kekasih gelap Putera Charles yang kini bergelar isterinya sejak tahun 2005.
Biarpun hubungan mereka mencetus kontroversi dalam keluarga Diraja kerana mengadakal skandal cinta saat Putera Chales masih bergelar suami kepada Puteri Diana, namun kasih yang teguh sehingga kini membuktikan bahawa bakal Raja England itu benar-benar telah menemui cinta sejatinya.
Camilla yang merupakan seorang janda anak dua sebelum berkahwin dengan Putera Charles. Beliau sebelum ini tidak disukai ramai dan kerap dibandingkan dengan Puteri Diana, namun begitu kini perlahan-lahan diterima baik bukan sahaja dalam keluarga Diraja bahkan oleh rakyat jelata juga.
Camilla bersama ibu mentua dan menantunya. Kredit foto: Instagram Clarence House
Terbaharu, dalam ucapan sempena Acsession Day, Ratu Elizabeth II telah bertitah yang dia mahu Camilla digelar queen consort atau permaisuri apabila Putera Charles menaiki takhta kerajaan itu nanti.
Titah baginda, “’Lambat laun, anak saya Charles akan menjadi Raja, saya tahu anda akan memberikan dia dan isterinya Camilla sokongan yang sama seperti yang telah anda berikan kepada saya; dan saya sangat berharap, apabila tiba masanya, Camilla akan dikenali sebagai Permaisuri dan dia akan meneruskan perkhidmatan dengan setia.”
Baginda dikatakan kagum dengan kerja keras yang ditunjukkan oleh menantunya dan sokongan yang ditunjukkan kepada Putera Charles tanpa berbelah bahagi.
Ads
Kini, Camilla digelar sebagai Duchess of Cornwall mengambil gelaran kebesaran suaminya. Walaupun Putera Charles digelar Duke of Wales, namun Camilla tidak digelar Duchess of Wales kerana sebagai tanda hormat kepada mendiang Puteri Diana yang digelar Princess of Wales sebelum ini.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Isu protes terhadap undang-undang kewarganegaraan baru di India yang disuarakan oleh seorang ahli politik yang tewas iaitu Kapil Mishra bukan saja mengakibatkan terjadinya rusuhan, huru hara, pembunuhan malah umat Islam di India terus ditindas dengan zalimnya.
Dilaporkan puluhan maut,antaranya termasuk Ketua Konstabel Delhi, Ratan Lal manakala ratusan yang lainnya cedera.
Muslim menjadi mangsa dalam kekejaman di Delhi
Beberapa kawasan kejiranan muslim di Utara Timur New Delhi sengaja diserang, masjid dibakar malah umat Islam diserang dengan sengaja.
Jika kita melihat hanya orang awam menyerang antara satu sama lain, nampaknya pihak yang berautoriti iaitu pihak berkuasa polis yang sepatutnya mengawal kejadian turut sama bertindak memukul orang awam khususnya pelajar muslim. Lebih teruk pelajar dipukul ketika mereka sedang belajar di perpustakaan sekaligus menunjukkan sesiapa yang beragama Islam di India begitu dibenci ketika ini.
Dalam satu rakaman CCTV memperlihatkan polis Delhi menyerang dan mencederakan siswa di dalam ruang kelas mereka di Perpustakan Jamia Millia Islamia.
Dari rakaman yang disiarkan secara langsung oleh wartawan CJ Werlemen dilihat polis India sengaja memukul pelajar yang sedang belajar hanya kerana isu kewarganegaraan India yang anti Muslim.
Dalam pada itu, Menteri Penternakan, Susu dan Perikanan, Giriraj Singh yang sering mengeluarkan kenyataan kontroversi berkata, umat Islam di negara mereka seharusnya dihantar ke Pakistan ketika konflik negara bermula 1947 lagi.
Jelasnya hal sebegini tidak akan terjadi bila undang-undang kontroversi Citizenship Amendment Act (CAA) dan National Register of Citizens (NRC) dilakukan ketika konfrantasi itu lagi.
Mari doakan agar umat Islam di India sentiasa dalam peliharaan Allah taala.
Sumber : Pilarbangsa
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah mencetuskan kontroversi menerusi penyiaran sebuah dokumentari terbitan Al Jazeera, lelaki warga Bangladesh iaitu Md Rayhan Kabir telah dihantar pulang pada 9 malam tadi menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sekaligus, lelaki tersebut telah disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.
Bagaimanapun, penghantaran pulang itu dilaksanakan tanpa meletakkan sebarang pendakwaan terhadapnya.
Terdahulu pada bulan lalu, Rayhan telah mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia apabila dia mendakwa pihak berkuasa tempatan telahpun bertindak tidak adil kepada warga asing menerusi dokumentari berjudul ‘Locked Up In Malaysia Lockdown’.
Ia telah mencemarkan imej negara yang didakwa mendiskriminasi warga asing ketika mengendalikan kes Covid-19.
Sebaik dokumentari itu disiarkan, Jabatan Imigresen Malaysia memohon bantuan orang ramai untuk mengesan Rayhan untuk membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.
Namun proses penghantaran tidak semudah yang disangka. Dia hanya dibenarkan untuk pulang selepas mendapat keputusan ujian saringan Covid-19.
Selain itu, proses penghantaran juga memerlukan dia menunggu penyediaan tiket penerbangan ke Bangladesh.
Untuk pengetahuan, Rayhan telah menyampaikan permohonan maaf sekiranya kenyataan beliau menerusi dokumentari tersebut menyakiti perasaan rakyat Malaysia dan kerajaan.
Namun ternyata, ia sudah terlambat memandangkan kenyataan yang diberikan kepada saluran antarabangsa semega Al-Jazeera telahpun disiarkan untuk tontonan sedunia.
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Raja, mulai hari ini. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan melantik TMJ dan menitahkan perkara itu selepas selesai merasmikan pembukaan Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Johor ke-15.
“Tunku Mahkota Johor dilantik sebagai Pemangku Raja bermula hari ini. Saya hendak berehat sekejap mula hari ini,” titah baginda.
Tunku Ismail merupakan anak sulung Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah. TMJ dilantik sebagai Raja Muda Johor pada April 2006 sebelum dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada Januari 2010.
TMJ juga merupakan individu penting dalam mentransformasikan pasukan bola sepak Johor Darul Takzim sehingga menjadi pasukan gergasi dalam kancah bola sepak tempatan.
Baru-baru ini beliau mengumumkan untuk meninggalkan pasukan itu kerana mempunyai tanggungjawab lain yang perlu digalas.
“Disebabkan tanggungjawab dan komitmen saya yang lain, saya telah mengambil keputusan untuk berundur dan menyerahkan urusan harian Kelab Bolasepak JDT kepada pengurusan tertinggi kelab,” titah Baginda.
Kini, TMJ memangku jawatan Pemangku Raja yang mana memegang kuasa raja sebagai wakilnya sama ada ketika ketiadaan raja, ketika raja sedang sakit atau raja belum dewasa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!