Semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula dari 18/3/2020 sehingga 31/3/2020 (14 hari) di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 bagi mengawal wabak Covid-19 merebak.
Biar bukan lockdown (sekatan pergerakan masuk dan keluar) diumumkan seperti tular di media sosial sebelum ini tetapi hanya Perintah Kawalan Pergerakan sahaja, adalah lebih baik untuk kita saling berjaga-jaga kerana kita tidak tahu indvidu mana yang sudah dijangkiti.
Dalam pada itu, peguam terkenal, Nor Zabetha berkongsi di fbnya mengenai hukuman penjara 2 tahun atau didenda boleh dikenakan pada individu yang melanggar perintah kuarantin Covid-19.
Individu boleh DIPENJARA maksimum 2 tahun atau didenda bagi penyebaran COVID-19- Nor Zabetha
Jadi, kalau korang sudah dinasihat kuarantin dua minggu, sila jangan keluar rumah ya bagi mengelak situasi menjadi lebih buruk. Baca perkongsian peguam ini.
Individu boleh DIPENJARA maksimum 2 tahun atau didenda bagi penyebaran COVID-19.
Waktu cuti sekolah ini, masih ramai yang tidak ambil langkah berjaga-jaga. Tidak hairan langsung tentang penularan wabak ini. Sejak bulan Januari, syarikat penerbangan sudah mula menawarkan harga tiket penerbangan yang serendah-rendah harga. Bukan satu syarikat yang menawarkan, bahkan majoriti mereka.
Jujur saya katakan, bagi kaki jalan yang seperti saya, terliur rasanya melihat tawaran begitu tetapi fikir logik. Tawaran yang terlalu “too good to be true” ini selalunya akan ada udang disebalik batu.
Ads
Saya tidak mahu diri sendiri susah, keluarga susah dan siapa-siapa disekeliling susah kerana rasa ‘terliur’ saya yang berakhir dengan COVID-19. Setakat semalam 15/3/2020, di Malaysia seramai 428 disahkan dijangkiti virus ini. Bukan isu yang main-main.
Ramai mengambil langkah berjaga-jaga sejak penyebaran wabak Covid-19. Gambar hiasan.
Untuk pengetahuan semua bagi mereka yang tahu mereka dijangkiti atau percaya mereka berkemungkinan mempunyai penyakit berjangkit dan mendedahkannya kepada orang lain boleh dihukum PENJARA ATAU DENDA dibawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (APPPB).
Seksyen 12 memperuntukan bahawa jika anda tahu anda berpenyakit atau percaya anda mempunyai sesuatu penyakit berjangkit kemudian mendedahkan orang lain kepada risiko jangkitan dengan cara pergi ke tempat awam dan menggunakan kemudahan lain, maka ini adalah kesalahan di bawah Akta ini.
Ingat kata kunci atau elemen khusus dalam Seksyen 12 ini adalah “anda tahu”, kalau pun anda tidak tahu “anda mempunyai sebab untuk percaya anda berpenyakit” COVID-19.
Misalnya anda demam dan enggan mendapat rawatan kerana takut hendak berdepan dengan realiti sekiranya hasil pemeriksaan anda sah dijangkiti COVID-19. Nah! Di situ anda mempunyai sebab untuk percaya anda dijangkiti COVID-19 dan anda ke tempat awam seperti biasa. Ini adalah kesalahan.
Ads
Pada pendapat saya, anda tidak perlu demam untuk anda percaya anda dijangkiti. Dalam situasi COVID-19 yang menular secara pantas, dalam tempoh beberapa bulan sahaja sudah mencecah puluhan ribu seluruh dunia, saya yakin dan percaya kita semua MEMPUNYAI SEBAB UNTUK PERCAYA KITA BOLEH MENGHIDAP PENYAKIT COVID-19 ini dan sekiranya kita masih pergi ke tempat awam, menggunakan alatan awam maka kita adalah bersalah di bawah Akta ini.
Sekiranya anda di dakwa di Mahkamah, anda boleh didenda bagi kesalahan pertama maksimum 2 tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali. Kesalahan kedua atau berikutnya maksimum 5 tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.
Selain dari kesalahan dari segi Akta ini juga, ahli keluarga atau orang yang terkesan boleh menuntut dari anda secara tuntutan ganti rugi. Bukan sahaja anda berdepan dengan hukuman penjara atau denda malahan anda perlu membayar ganti rugi yang puluhan atau ratusan ribu ringgit.
Ada satu kes tuntutan ganti rugi dibawah Akta ini iaitu Kerajaan Malaysia & ORS v. Lay Kee Tee & ORS [2009] 1 CLJ 663.
Dalam kes ini 184 orang (responden-responden) yang mendakwa mengalami penderitaan akibat dari virus Nipah/Japanese Encaphalities (JE) atau waris-waris mereka yang telah meninggal dunia akibat virus tersebut atau pemilik-pemilik ladang kinzir yang terjejas oleh virus yang sama telah menuntut dari Kerajaan beberapa ganti rugi iaitu dan keseluruhannya lebih kurang RM1.6 juta.
Dalam kes ini. Responden-responden telah meminta kerajaan (perayu-perayu) supaya membunuh khinzir-khinzir bagi mengawal penyebaran virus, kemudiannya memfail tuntutan terhadap kerajaan antara lain atas alasan kerajaan cuai dan gagal bertindak dengan cepat untuk mengawal virus dari tersebar. Menurut responden-responden, perayu-perayu telah membiarkan keadaan menjadi gawat sekaligus menyebabkan mereka menanggung kerugian.
Jadi, beringat, jangan kerana hendak memuaskan rasa sendiri anda tidak ambil langkah berjaga-jaga. Berhati-hatilah. Sila share kepada yang lain-lain sebagai langkah berjaga-jaga dan waspada.
Di tulis oleh Nor Zabetha.
Jom follow saya untuk perkongsian dan ilmu undang-undang. Saya sentiasa berkongsi pengetahuan undang-undang dan isu semasa undang-undang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gincu merupakan salah satu senjata untuk menaikkan seri seorang gadis. Dari wajah yang kelihatan kusam calitan gincu mampu memberikan kesegaran pada rupa dan personaliti seseorang.
Agak-agaknya berapa banyak gincu yang anda miliki? Warnanya pula bagai mana? Adakah anda suka bereksperimen dengan pelbagai warna atau kekal dengan satu rona sahaja?
Tahukah yang tidak semua warna gincu sesuai dengan warna kulit anda. Apa yang harus anda faham adalah, warna kulit memainkan peranan penting dalam menentukan warna gincu yang akan tampil sajak dengan penampilan anda.
Tak tahu macam mana nak pilih? Jom ikut tip-tip berikut.
Elizabeth Arden Eight Hour Sheer Tints
Kulit Cerah
Bagi anda yang berkulit serah anda boleh memilih rangkaian rona nude ataupun terang tanpa sebarang masalah. Antara rona yang sesuai digayakan seperi coklat, merah, merah jambu, jingga terang atau rona apa sahaja yang anda inginkan. Tetapi kalau boleh cuba elakkan warna gelap seperti merah tua dan juga ungu.
Warna kulit putih pucat ini nampak lebih putih daripada orang cucasian. Jika anda memiliki kulit putih pucat pastikan anda memilih warna gincu yang berona pastel ataupun warna yang tenang dan tidak terlalu lantang.
Elakkan penggunaan warna-warna seperti merah darah ikan, coklat tua, ungu gelap, metalik. Ini kerana warna yang gelap membuatkan kulit pucat lebih menyerlah.
NARS Audacious Lipstick
Kulit Sawo Matang
Anda bertuah kerana jika kulit anda berada di dalam kategori ini, gincu rona apa pun boleh anda oles pada bibir. Pasti akan tampak menarik!
ROUGE DIOR – GOLDEN NIGHTS COLLECTION LIMITED EDITION
Kulit Gelap
Salah satu kelebihan orang yang mempunyai kulit gelap adalah anda boleh memilih warna gincu yang terang atau gelap. Kedua-dua merah dan merah tua sesuai untuk kulit gelap kerana memberikan kesan yang elegan.
Untuk menjadikan penampilan lebih menarik, jangan gunakan gincu yang mempunyai warna pastel atau lipstik berkilat kerana ia akan menjadikan kulit nampak lebih gelap.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap perincian dan penampilan yang digayakan oleh pelakon berbakat ini bukan biasa-biasa, malah, ‘Attorney Woo’ juga banyak menggunakan jacket atau outerwears yang nampak timeless tapi tetap elegan.
Tidak dapat disangkal lagi, fesyen dalam K-Drama memang buat penonton menangis. From head to toe, pihak produksi sajikan pilihan outfit yang trendy. Tak pernah nampak tak cantik!
Jaket atau outerwears boleh membuatkan kita lebih selesa (warmer) dan ringan, mungkin juga kalis air dan ianya dihasilkan menggunakan teknologi WHOLEGARMENT®. Up-to-date tapi masih mengekalkan rekaan klasik yang asli dan sesuai dengan keperluan gaya hidup masa kini.
Tak usah pening-pening, REMAJA sudah sediakan outerwear mengunakan koleksi UNIQLO 22 fall/winter ini. Yes, boleh pakai ketika bercuti di London, Paris atau Tokyo nanti!
Mari kita cuci mata koleksi terbaru ini.
WOMEN’s 3D Cashmere
Koleksi Ines De La FressangeFluffy Yarn Fleece
Untuk info, terbaru Uniqlo telah memperkenalkan koleksi musim FALL/ WINTER dengan rekaan yang klasik (timeless) dengan ciri fabrik berinovasi dan mesara alam (eco-friendly).
Malah, Uniqlo turut menampilkan denim – BlueCycle jean (mengurangkan sehingga 99% penggunaan air semasa proses akhir, berbanding dengan kaedah konvensional), jaket yang dihasilkan dengan menggunakan produk kitar semula dan fleeces spun (bulu) yang dipintal dari botol plastik, kaedah penghasilan yang akan membimbing kita ke arah masa depan yang mampan.
Pihak Uniqlo telah mengambil pendekatan yang seimbang dan holistik, mencipta keperluan istimewa untuk semua peminat serta pengguna Uniqlo. Dengan mempertengahkan rekaan klasik untuk hari ini yang akan terus bertahan pada masa hadapan Koleksi Fall / Winter 2022 melahirkan campuran musim sejuk dan musim luruh, tapi masih mengekalkan standard Uniqlo iaitu minimalis, sofistikated dan keselesaan.
Klasik tapi tetap menarik dan cantik. Sesuai dengan peredaran zaman penghasilan pakaian juga menggunakan teknologi dan inovasi hadapan. Ternyata Uniqlo tidak pernah mengecewakan.
Koleksi baru ini, merangkumi siluet-siluet helaian yang nyaman, dicadangkan sebagai pakaian harian, misalnya sewaktu bekerja dari rumah atau ketika keluar bersiar-siar di hujung minggu. Seluruhnya banyak menggarap material bermutu yang nyaman dan ‘breathable’ sehingga menyebarkan rasa hangat, nyaman, dan menyenangkan.
Ternyata UNIQLO LifeWear untuk hari ini dan juga hari-hari akan datang. Jadi, adakah koleksi terbaru dari UNIQLO ini menarik perhatian? Jika ya, jangan lupa untuk kunjungi ke kedai UNIQLO berdekatan dan juga secara dalam talian!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masalah perut buncit ataupun boroi ini bukan hanya terjadi kepada orang berusia, remaja pun tak terkecuali tau.
Bagaimana pun bagi korang yang ingin kekal cantik dan langsing, kena rajin dan konsisten melakukan senaman perut ini. Nak tahu caranya. Ikuti panduan ini!
8 Senaman Ini Pantas Kempiskan Perut. Mudah Buat Di Rumah Je!
1. Planks
Ini adalah senaman untuk meratakan perut yang sangat baik kerana dapat menguatkan otot dalaman, otot perut di bahagian atas dan bawah serta membakar lebih banyak kalori berbanding dengan latihan perut yang lain. Ini adalah kerana untuk melakukan planks, anda juga mesti menggunakan otot di kaki, lengan dan punggung. Untuk menyelesaikan latihan ini, baring pada perut anda dan letakkan lengan di atas lantai. Kemudian, tekan ke bawah menggunakan lengan dan tolak ke atas. Gunakan jari kaki sebagai sokongan sehinggalah kepala, leher, punggung dan kaki anda berada dalam garisan lurus.
2. Crunches
Crunches dianggap sebagai cara terpantas untuk membakar lemak perut dan sangat mudah dilakukan di rumah tanpa penggunaan peralatan. Ia cenderung membina daya tahan dan kekuatan pada otot perut anda. Berbaring rata di atas lantai, letakkan tangan di belakang kepala anda, bengkokkan lutut dan letakkan kaki anda dengan rata di atas tanah. Angkat bahagian atas badan dari lantai, hembuskan nafas semasa anda naik dan tarik nafas semasa anda turun. Ulangi langkah sama selama beberapa minit dan berehat.
3. Tekan tubi
Menguatkan otot perut adalah kelebihan bagi latihan ini. Mulakan dengan berbaring di atas lantai, dengan menghadap ke atas. Anda boleh letakkan tangan anda di belakang kepala atau menyilangkannya di hadapan tubuh anda. Pastikan anda jaga bahagian bawah badan dan gerakkan bahagian atas badan ke lutut. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan nafas semasa anda naik. Kemudian, pastikan lengan anda juga tidak terlalu menekan kepala dan leher anda. Anda seharusnya menggunakan otot perut untuk bergerak ke atas dan ke bawah, jadi pastikan leher anda tidak tegang semasa melakukan latihan ini.
4. Kedudukan Bot (Boat pose)
Sekiranya anda ingin mencuba senaman meratakan perut yang mencabar, anda harus cuba lakukan kaedah kedudukan bot untuk bersenam. Melakukan kaedah yoga ini secara teratur dengan cepat akan membantu anda mencapai matlamat untuk mengempiskan perut. Untuk memulakannya, duduk di lantai dengan lutut dibengkokkan. Bersandar sedikit ke belakang dan angkat kaki dan luruskannya sehingga badan anda membentuk bentuk V. Lengan anda harus direntangkan dan selari antara satu sama lain. Pastikan tapak tangan menghadap ke dalam. Ketahui juga bahawa senaman ini perlu melibatkan otot perut dan jaga perut anda agar tetap santai dan rata.
5. Pusingan Rusia (Russian twist)
Duduk di atas tikar lantai dan bengkokkan lutut anda sedikit. Tumit anda juga hendaklah rata di atas tikar. Sekarang, mula bersandar sehingga anda merasakan otot-otot di perut seperti terikat. Anda juga boleh sampai ke posisi ini dengan berbaring di lantai terlebih dahulu. Sekarang, bengkokkan lutut dan naikkan bahagian atas badan anda ke arah lutut. Anda akan menghasilkan seperti bentuk V dengan tubuh dan paha membentuk lengan V. Pegang lengan anda dengan lurus di depan wajah anda. Lakukan putaran secara perlahan dari satu sisi ke sisi yang lain. Pastikan anda bergerak dengan kekuatan otot perut dan bukannya menggunakan lengan anda sahaja.
6. Burpees
Ini adalah langkah bagi membakar lemak yang utama. Untuk mendapatkan perut yang kempis, anda bukan sahaja perlu melakukan pergerakan bagi menguatkan perut, malah anda juga perlu menambahkan latihan kardio ke dalam rutin senaman anda. Mulakan dalam keadaan berdiri. Lompat dengan tangan dan tendang kaki ke belakang sehingga anda berada dalam posisi tekan tubi. Anda mempunyai pilihan untuk melakukan tekan tubi untuk menambahkan sedikit cabaran dalam latihan anda sebelum melompat ke atas menggunakan kaki dan mengulanginya sebanyak 15 hingga 20 kali.
7. Daki Gunung (Mountain climbers)
Fikirkan latihan mendaki gunung sebagai plank bergerak. Anda boleh lakukan latihan mini crunch dalam latihan ini. Letakkan kedua-dua tangan di lantai di hadapan anda, dengan jarak bahu yang terpisah (seolah-olah anda hendak melengkapkan tekan tubi). Kemudian, gunakan jari kaki untuk menolak, tarik kaki kanan ke hadapan dan panjangkan kaki kiri anda ke belakang. Kekalkan jari kaki anda sepanjang latihan, dan lakukan secara bergantian di antara setiap kaki untuk jumlah pengulangan yang diinginkan. Pastikan badan bahagian atas anda tidak bergerak semasa melakukan senaman.
8. Lompat tali
Melakukan lompat tali boleh memberi kesan pada abdomen melintang, abdomen rektus dan obliques dalaman dan luaran anda. Ianya adalah mustahak untuk memasukkan latihan kardiovaskular dalam latihan perut kempis, kerana ia akan membantu anda membakar kalori dan menurunkan berat badan di samping membantu mengetatkan perut anda. Latihan ini memerlukan teknik yang betul: anda hanya perlu mengangkat kaki beberapa sentimeter dari tanah setiap kali tali berlalu dan pastikan tumit anda tidak menyentuh lantai. Juga, pastikan anda memutar tali dengan pergelangan tangan, berbanding menggunakan seluruh lengan anda.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!