Dalam industri muzik yang semakin berkembang, kemunculan bakat baharu dengan idea segar dan berani nyata memberi warna tersendiri. Perkara itu turut diakui penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah yang menganggap generasi muda hari ini sebagai sumber inspirasi buat dirinya.
Menurut Dayang, dia cukup mengagumi keberanian penyanyi baharu yang tidak takut untuk mencuba sesuatu yang berbeza, sekali gus menjadikan setiap persembahan lebih unik dan beridentiti.
Bakat Muda Berani Tampil Berbeza
Penyanyi lagu Dayang Sayang Kamu itu berkata, dia sendiri banyak belajar daripada bakat muda yang sanggup memberikan sepenuh jiwa dan raga dalam setiap persembahan.
“Takut, sebab bakat muda ni scary! Dia orang berani mencuba semua benda. Macam saya banyak belajar juga dengan mereka sebab mereka ni berani dah tahu apa yang mereka nak.
“Mereka berani untuk menjadi sesuatu kelainan dalam industri muzik kita.
“Mungkin saya boleh belajar sesuatu daripada mereka. Mereka meletakkan segala jiwa dan raga dalam setiap persembahan,” katanya.
Ads
Jadikan Persembahan Lebih Segar
Tambah Dayang lagi, keberanian generasi baharu dalam menghasilkan susunan muzik dan konsep persembahan yang lebih kreatif turut membuka ruang untuk dirinya berfikir di luar kebiasaan.
Menurutnya, sebagai penyanyi yang sudah lama berada dalam industri, dia juga perlu sentiasa mencari idea baharu agar setiap penampilan di pentas terus relevan dan menarik perhatian penonton.
“Macam bagi saya macam simple je tapi mereka all out. Saya kena belajar daripada mereka dari segi persembahan, kadang-kadang kita kena fikir apa lagi kelainan yang saya nak sampaikan,” katanya.
Ads
Belum Bersedia Tulis Lirik Sendiri
Dalam perkembangan lain, Dayang tidak menolak kemungkinan untuk suatu hari nanti menghasilkan lagu sendiri termasuk menulis lirik, meskipun mengakui masih belum mempunyai keyakinan untuk melakukannya.
Katanya, dia sering mengagumi individu yang mampu meluahkan perasaan melalui penulisan kerana menganggap dirinya bukan seorang yang terlalu ekspresif.
Ads
“Macam saya belum ada rezeki itu (menulis lirik) lagi. Takut sebenarnya sebab saya bukan jenis yang sangat ekspresif.
“Kadangkala saya macam cemburu dengan orang yang boleh menulis, sebab dia orang sangat ekspresif.
“Tapi buat masa sekarang, belum lagi. Kalau ada rezeki, ada peluang, kenapa tidak? Doa-doakanlah, mana tahu ada rezeki saya kan? Kita tak tahu,” ujarnya lagi.
Walaupun belum bersedia untuk bergelar penulis lirik, Dayang tidak menutup pintu terhadap peluang tersebut pada masa hadapan. Baginya, setiap pengalaman baharu adalah satu proses pembelajaran, lebih-lebih lagi apabila melihat keberanian generasi muda yang sentiasa tampil dengan idea luar biasa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali.” [Al-Baqarah: 155-156]
Ahmad Ibrahim yang dikenali sebagai Mat London, penerbit dan pengarah terkenal telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 74 tahun akibat pelbagai komplikasi penyakit di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL), pukul 5.57 pagi tadi.
Khabar pemergian Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) itu disahkan oleh anaknya, Salmany Akir Ahmad menerusi laman Facebook.
“Sesudah laungan azan subuh papa menghembuskan nafas terakhir di hening pagi yang masih sepi di pagi Jumaat,” jelasnya.
Anak lelaki pengarah tersebut turut menggunakan platform media sosial yang sama untuk berkongsi perkembangan kondisi ayahnya semalam.
“Malam ini agak suram dan syahdu. Di kala nak menaip posting ini pun jari jemari terketar-ketar.
“Papa dah tenat dan nazak. Saya mohon semua doakan papa. Papa baik orangnya. Ramai orang senang, sayang dengan Papa.
“Malam ini, saya tengok papa sudah semakin lemah. Bacaan surah Yassin yang termampu buat untuk papa.
“Kami, anak-anak, menantu dan cucu semua sayang Papa. Kami doakan Papa,” tulisnya.
Masjid Taman Melawati akan menerima jenazah pengerusi FDAM tersebut pagi ini dan berkemungkinan akan dikebumikan setelah solat Jumaat hari ini.
Jenazah ketika dalam perjalanan ke Masjid Al-Mardiyah Taman Melawati.
Pelakon Mat London telah menjadi pesakit di HKL sejak 16 Jun lalu kerana jangkitan kuman di paru-parunya.
Dalam tempoh rawatan, Allahyarham bergantung sepenuhnya dengan mesin oksigen dan berada di dalam wad pengasingan ICU, selain mengalami pelbagai komplikasi penyakit lain.
Sekadar info, kali terakhir beliau berkarya ialah Kampong Pisang Bersiri-Siri arahan Allahyarham Mamat Khalid pada tahun 2020.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Nak makan tapi malas? Ya, ini masalah biasa bagi anak muda zaman sekarang. Tapi, dalam malas-malas tu pun tetap kreatif dapat menghasilkan menu yang tidak menghampakan.
Buktinya? Perkongsian Afil Jefri di laman Facebook cukup buat ramai yang terliur dengan resipi lempeng pemalas berinti coklat ‘crunchy ini.
Simple tapi nampak menyelerakan. Nak tau sedap ke idok, apa kata korang try sendiri.
Bahan-bahan:
3 sudu besar tepung gandum
1 biji telur ayam
2 sudu besar gula
Air sebanyak yang perlu
Sedikit garam
Ovamaltine (Hero dalam resipi ni)
Cara membuat:
1. 3 sudu besar tepung gandum pun dah cukup. Ikut keperluan perut masing-masing
2. 2 sudu besar gula, tak terlalu manis dan tak terlalu tawar. Just nice. Kalau nak diabetes, gunakanlah sekilang gula
3. 1 biji telur yang bersaiz besar. Kalau saiz kecil tu guna dua biji
4. Ini adalah superhero! Paling sedap tak tipu. Hm, dap dap
5. Garam secukup rasa. Guna secubit saja nak bagi balance. Jangan tuang segenggam pula, bukan nak buat ikan masin
6. Air ni digunakan untuk bagi kepekatan di tahap yang masuk akal
7. Gaulkan semua bahan-bahan itu dalam satu mangkuk. Sebelum masukkan air, dia akan jadi kental teruk, macam doh nak buat pizza. Tapi jangan gelabah! Masukkan air sedikit demi sedikit
8. Gaul sehingga adunan bahan-bahan tadi sebati dan jadi seperti ini
9. Panaskan kuali, sapu dengan minyak masak. Guna minyak zaitun lagi bagus
10. Bila dah siap, angkat dan sebelum sejuk, sapukan dengan Ovalmaltine crunchy cream tu
11. Kemudian, letak satu keping lempeng lagi di bahagian atas
12. Potong, letak dalam pinggan dan hidangkan. Kalau nak acah-acah MasterChef tu, tabur la dengan serbuk Milo. Selamat menjamu selera!
Uishh, tengok pun dah meleleh air liur. Jom buat!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, anak sulung kepada penyanyi Lan Solo, Nur Amna Qaleesya (15) mencuri perhatian masyarakat apabila beliau dan pasukannya muncul sebagai juara kategori tarian kuartet di 3rd International Competition ‘Etoiles De Paris’ UAE-England-France 2025 yang berlangsung di Paris, Perancis.
Menerusi perkongsian di Instagram milik Lan, beliau menzahirkan rasa bangga dan bersyukur atas kejayaan yang diraih oleh puteri kesayangan bersama rakan-rakan yang mewakili Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSEMKL) membawa pulang tempat pertama dan anugerah tertinggi iaitu Grand Prix.
“Nak throwback sikit video kakak lah. Ya betul dia memang suka menari, sangat suka!”
Kredit foto: Instagram Lan SoloKredit foto: Instagram Lan Solo
“Kami sebagai ibu bapa sangat sokong apa minat anak dan sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak-anak,” tulisnya.
“Alhamdulilah petang semalam di Paris, dia dan kawan-kawan buktikan bahawa seni juga ada masa depan yang baik serta mampu menjadi wira negara Malaysia,” katanya.
“Tahniah sekali lagi buat seluruh pasukan SSEMKL atas kejayaan ini! Daddy bangga,” ujar Lan.
Kredit foto: Instagram Lan SoloKredit foto: Instagram Lan Solo
Dalam pada itu, Nur Amna dan kumpulan tarian SSEMKL difahamkan berada di Perancis sejak dua minggu lalu diiringi guru dan ibunya, Nur Sheila Hassim.
Pada masa yang sama, menurut perkongsian SSEMKL di Facebook, kuartet itu diwakili oleh empat pelajar bidang seni tari iaitu Nur Amna Qaleesya, Emmylis Damia Azuan, Adriana Nur Alya Qistina Mohd Uyub dan Putri Diana Ellysa binti Zainol Abidin.
Menerusi pertanding yang sama, mereka telah menewaskan tujuh lagi negara yang bertanding antaranya Ukraine, Indonesia, Kyrgyzstan dan Armenia.
“Kemenangan ini merupakan bukti bahawa bakat dan semangat juang mereka yang tinggi mampu menembusi sempadan dunia”
Kredit foto: Instagram Lan Solo
“Terima kasih kerana telah mengangkat nama sekolah dan nama negara dengan penuh bermaruah,” tulisnya menerusi perkongsian yang sama.
“Semoga kejayaan ini menjadi pencetus kepada lebih banyak kejayaan bertaraf dunia! Teruskan melakar kejayaan,” kata SSEMKL.
Sekadar info, sebanyak 64 penyertaan dari seluruh dunia bertanding dalam di Festival Antarabangsa Les Étoiles de Paris 2025.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!