Siapa tidak kenal dengan aktres jelita negara seberang ini. Apabila bercerita mengenai filem hit, Ada Apa Dengan Cinta yang pernah ‘menggegarkan’ industri perfileman pada tahun 2002, pastinya sudah terbayangkan figura pelakon ini.
Dian Sastrowardoyo atau nama sebenarnya Diandra Paramitha Sastrowardoyo yang berjaya membawa watak sebagai Cinta menerusi karya tersebut, sekali gus nama baiknya menjadi bualan para pencinta filem sehingga ke hari ini.
Hal ini selepas kecoh di media sosial TikTok apabila seorang netizen Indonesia yang juga mahasiswa dari Universiti Indonesia, Fikri Ramadhani telah memuat naik momen dirinya sedang menanti giliran untuk bertemu dan berbincang tentang mata pelajaran yang diambil dengan seorang pensyarah.
Mengajar mata pelajaran berkaitan filem
Menerusi perkongsian tersebut, Dian dipercayai mengajar salah satu mata pelajaran berkaitan filem untuk mahasiswa yang mengambil jurusan diploma.
Ads
Dia dilihat sedang memberikan penerangan kepada Fikri di dalam ruang akademik. Dian malah menjadi buah mulut kerana penampilannya yang jauh dari dunia glamor, sebaliknya dilihat memakai pakaian sederhana dilengkapkan dengan beg sandang belakang.
“Dari hanya menonton di filem, kini berada di depan mata,” ujar Fikri seperti dilaporkan Kompas.
Menerusi Detik.com, Dian diketahui menjadi pensyarah jemputan yang mengajar atau membimbing mahasiswa dua kali dalam satu semester. Dia yang juga pernah menjadi lulusan dari Universiti Indonesia sebelum melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi lain itu dipertanggungjawabkan mengajar tentang filem. – Gempak
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Kalau nak buat jahat sekalipun, janganlah ditayang-tayang di media sosial..”
Itulah padahnya sekiranya kita tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang.
Kelmarin, tular di media sosial setelah beberapa individu yang dikenal pasti sebagai pempengaruh ataupun influencers yang dipercayai melanggari SOP merentas negeri sehingga ke Kota Bharu Kelantan hanya demi menghadiri majlis perkahwinan kawan mereka.
Tindakan mereka itu yang kemudiannya dimuat naik ke akaun Instagram masing-masing terus mendapat perhatian ramai yang mempersoalkan bagaimana mereka mendapat kebenaran untuk merentas negeri bagi tujuan tersebut.
Bukan itu saja, para influencer itu juga jelas tidak mematuhi arahan penjarakan fizikal apabila bergambar dan bersiar-siar di sekitar lokasi.
Justeru, tindakan tersebut hanya menaikkan rasa amarah di kalangan warganet yang membandingkan nasib mereka yang ingin merentas desa atas alasan ahli keluarga nazak, sakit atau telah meninggal dunia – namun berdepan kesukaran.
Malah, ada juga warganet yang meminta agar mereka lebih ‘bijak’ pada masa akan datang. “Kalau nak buat jahat sekalipun, janganlah ditayang-tayang di media sosial..”
Isu tular ini telahpun mendapat perhatian pihak polis Kelantan yang telah mengesan beberapa individu yang dimaksudkan itu. Kata Ketua Polis Kelantan iaitu Datuk Shafien Mamat, pihaknya telah menerima satu laporan polis berkaitan kesalahan yang dilakukan itu.
Beberapa keping gambar yang menunjukkan mereka bergambar dengan pengantin tanpa mengambil kira SOP telahpun dijadikan sebagai bahan bukti.
“Polis Kelatan sedang mengesan mereka dan kes disiasat mengikut Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah dalam kawasan tempatan jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat),” jelasnya dalam kenyataan media.
Macam-macam ya!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Makin dah nak dekat raya, makin ramailah orang yang keluar untuk mengunjungi bazaar-bazaar aidilfitri yang terletak di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Namun begitu, pengunjung yang hadir haruslah beringat bahawa kita masih belum lagi menang dalam peperangan kita dengan wabak penyakit Covid-19. Namun, ianya seperti agak sukar buat pengunjung di jalan Tengku Abdul Rahman (TAR) di Kuala Lumpur ini untuk menjaga penjarakan fizikal.
Sumber: Harian Metro
Menurut sumber Berita Harian, walaupun pengunjung masih mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan pemakaian pelitup muka dan beratur sebelum memasuki bazaar, namun, mereka masih gagal untuk menjaga penjarakan sosial antara satu sama lain. Apa yang lagi merisaukan adalah terdapat ibu bapa yang membawa anak-anak kecil mereka bersama dan beratur secara rapat sehingga ada dikalangan mereka yang ditegur oleh anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sedang melakukan rondaan.
Sumber: Lobak Merah
Bukan itu sahaja, ada diantara peniaga di bazaar ini yang menyatakan langkah yang diambil oleh penganjur bazaar dengan mengehadkan jumlah pengunjung yang masuk membolehkan SOP antara peniaga dan pengunjung dijaga. Jumlah pengunjung yang hadir tidak menyebabkan kesesakan, cuma apabila adanya had, ianya menyebabkan mereka terpaksa beratur panjang di hadapan pintu masuk untuk menunggu giliran mereka, jadi kerana menunggu giliran mereka terlalu lama, kadang-kadang ada yang terlupa menjaga penjarakan sosial.
Menurut sumber lagi, peniaga kosmetik dan kuih raya, Azlina Alimunar berkata yang pandemik Covid-19 ini menyebabkan bazaar Jalan TAR tidak semeriah dulu. Kata beliau lagi, bazaar ini terbahagi kepada empat bahagian, dan disebabkan pematuhan SOP dimana pengunjung harus beratur terlebih dahulu, ramai pengunjung yang malas mengulangi proses yang sama untuk ke bahagian yang lain. Perkara sebegini sedikit sebanyak telah menjejaskan para peniaga di bazaar Jalan TAR ini.
Sumber: Sinar Harian
Penganjur bazaar Aidilfitri ini juga telah mengarah untuk memperkemaskan lagi SOP termasuk menghantar laporan harian kepada Kementerian Wilayah Persekutuan berkenaan operasi itu. Arahan ini dikeluarkan susulan tersebar beberapa gambar dan video yang menunjukkan kawasan Jalan TAR yang sesak dan tiada penjarakan sosial.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini kami ada menyiarkan tentang kad Touch ‘n Go baharu dengan sokongan NFC yang memudahkan pengguna untuk menambah nilai di aplikasi TNG e-wallet.
Untuk mendapatkan kad terbaharu ini, korang boleh membelinya di stesen Petronas dan Shell yang terpilih, selain membeli daripada Touch ‘n Go sendiri. Harga yang ditawarkan adalah RM10 sahaja.
Namun begitu, disebabkan permintaan yang tinggi dan stok sentiasa habis dijual, ada individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan menjualnya semula pada harga yang lebih tinggi sekitar RM15 sehingga RM90.
The Star melaporkan terdapat seorang peniaga yang menjual kad tersebut pada harga RM90 dan melabelkannya sebagai ‘hot seller’, manakala ada juga penjual yang menawarkan kad dalam ‘sealed packaging’ dengan harga RM69.
Reseller itu turut menjelaskan bahawa kad yang ditawarkan pada harga RM65 itu disertakan dengan baucar penghantaran percuma dan pulangan tunai sebanyak 10 peratus.
Malah ada juga penjual yang menawarkan kad Touch ‘n Go NFC itu pada harga RM35 tetapi pembeli perlu menunggu sehingga Mei untuk menerima kad tersebut. Terdapat juga beberapa penjual yang mendakwa mereka adalah pengedar sah.
Sebelum ini, dalam masa beberapa jam sahaja kad tersebut telah habis dijual di aplikasi TNG e-Wallet dan kerana itu ramai individu yang mula mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan.
Sekiranya korang masih belum mendapatkan kad Touch ‘n Go terbaharu ini, nantikan update daripada pihak TNG kerana pihak mereka akan memaklumkan apabila kad tersebut kembali tersedia untuk pembelian.
Jadi, jangan terpedaya dengan reseller-reseller di media sosial okay?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!