Dua aktivis Malaysia, Ardell Aryana dan Haikal Abdullah, kini dirawat di sebuah hospital di Istanbul selepas didakwa diperlakukan dengan kekerasan oleh tentera Zionis ketika menyertai Misi Global Sumud Flotilla (GSF).
Menurut laporan Harian Metro, perkara itu disahkan oleh Peguam Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Fahmi Abd Moin, yang memaklumkan kedua-dua aktivis memerlukan rawatan lanjut selepas mengalami kecederaan semasa ditahan oleh rejim Zionis.
Ditarik Rambut, Ditumbuk Di Muka
Menurut Fahmi, Ardell memaklumkan bahawa beliau mengalami tekanan darah rendah selepas insiden pemintasan kapal misi GSF dan turut cedera akibat rambutnya ditarik serta ditumbuk di bahagian muka oleh tentera Israel.
“Keadaannya agak lemah selepas ditahan kerana tekanan darah rendah. Rambutnya ditarik dan dia turut ditumbuk di muka oleh tentera rejim Zionis,” kata Fahmi ketika dihubungi Buletin TV3 malam tadi.
Sementara itu, Haikal Abdullah mendakwa dirinya dipijak pada bahagian tangan, menyebabkan beberapa jarinya cedera dan kini dalam pemantauan doktor di hospital Istanbul.
Ads
Aktivis Lain Turut Diperlakukan Kasar
Selain Ardell dan Haikal, Fahmi turut mendedahkan bahawa beberapa lagi aktivis Malaysia turut menerima layanan kasar, termasuk PU Rahmat, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi.
Namun begitu, katanya, kebanyakan aktivis Malaysia kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pemeriksaan kesihatan sebaik tiba di Turkiye semalam.
CENTHRA Akan Ambil Keterangan Aktivis Malaysia
Fahmi menjelaskan bahawa CENTHRA akan mengambil keterangan penuh semua aktivis Malaysia sebaik mereka pulang ke tanah air bagi mendokumentasikan pengalaman dan bukti kekejaman rejim Zionis sepanjang mereka ditahan.
Ads
“Keterangan itu akan meliputi pengalaman mereka di atas kapal, ketika ditahan hingga dikeluarkan daripada Penjara Ketziot,” katanya.
Tambahnya lagi, segala bukti dan kronologi layanan tidak berperikemanusiaan akan direkodkan dengan teliti.
“Jika bukti mencukupi, CENTHRA bercadang untuk memfailkan aduan rasmi kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) bagi memberi tekanan kepada Israel. Sekiranya tekanan antarabangsa berjaya diwujudkan, tindakan susulan termasuk siasatan dan pendakwaan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) boleh diambil,” jelasnya.
Simbol Keberanian Anak Muda Malaysia
Kisah Ardell dan Haikal bukan sekadar tragedi, tetapi juga simbol keberanian dan semangat kemanusiaan generasi muda Malaysia yang tidak gentar memperjuangkan keadilan buat rakyat Gaza.
Ads
Dalam dunia yang semakin hilang empati, perjuangan mereka menjadi peringatan bahawa belia juga mampu menjadi suara perubahan, bukan hanya di media sosial, tetapi di lapangan nyata yang penuh risiko.
Mereka berdua membuktikan bahawa nilai kemanusiaan tidak mengenal sempadan, dan setiap tindakan kecil demi kebenaran membawa makna besar buat dunia.
Seorang banduan yang menjadi individu pertama memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) semasa menjalani hukuman penjara, Murad (bukan nama sebenar), telah diberikan pengampunan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, sempena Hari Keputeraan baginda pada Rabu.
Jabatan Penjara Malaysia memaklumkan bahawa Murad, yang memiliki PhD dalam bidang Pentadbiran Perniagaan, telah menjalani hukuman sejak tahun 2001 pada usia 14 tahun sebagai Tahanan Limpah Sultan (TLS) di Rawatan Pemulihan Dadah Penjara Kajang.
“Murad merupakan prospek pertama Jabatan Penjara yang bergelar Doktor Falsafah dalam bidang Pentadbiran Perniagaan, setelah menyambung pelajaran ketika menjalani hukuman di penjara,” kata jabatan tersebut dalam perkongsian di laman Facebook rasmi pada Rabu.
Waran pembebasan Murad dibacakan oleh Pengarah Penjara Kajang, Preshahdin Monshee. Dalam sesi pembebasan tersebut, Preshahdin memberi nasihat kepada Murad agar sentiasa mengamalkan disiplin dan menggunakan ilmu yang dimilikinya untuk memajukan diri.
Pihak jabatan turut menyatakan kesediaan untuk memberikan bantuan kepada Murad jika diperlukan.
Murad, yang turut hadir dalam sesi tersebut, melahirkan rasa syukur dan menjunjung kasih kepada Sultan Selangor atas pengampunan yang diberikan. Dia juga merakamkan penghargaan kepada Jabatan Penjara yang memberi peluang kepadanya untuk meneruskan pengajian sehingga memperoleh ijazah PhD.
“Saya akan mengenang segala jasa baik pihak jabatan dan saya percaya dengan peranan mereka dalam memulihkan prospek sepertinya, untuk kembali menjadi individu yang lebih sempurna,” ujar Murad penuh berterima kasih.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Bernama & FB Jabatan Penjara Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas kes pembunuhan Zulfarhan Osman Zulkarnain, terdapat lagi satu kes melibatkan kematian bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Amirul Nashriq Othman yang meninggal dunia setahun selepas pemergian Zulfarhan, iaitu pada tahun 2018 bakal dibuka semula.
Ia susulan Peguam Jenayah, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar difahamkan akan berkunjung ke kediaman Allahyarham Amirul dan bakal membuat persediaan untuk membuka semula kes berkenaan.
Sebelum ini, menurut laporan, hasil siasatan polis mendapati Amirul Nashriq yang berusia 19 tahun pada ketika itu meninggal dunia akibat lemas ketika mandi bersama-sama rakannya di Air Terjun Chamang, Pahang pada 24 Mac 2018.
Namun, kematiannya menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan, selain ada juga mendakwa bahawa kematian Amirul Nashriq bukanlah disebabkan lemas tetapi kerana didera.
Dalam pada itu, media juga pernah melaporkan bapa Allahyarham, Othman Yusoff ada membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan hasil siasatan polis serta laporan bedah siasat anaknya selepas melihat kecederaan dialami Amirul Nashriq termasuk kesan lebam yang terdapat pada badan mangsa dua (2) hari sebelum kejadian.
“Kami sekeluarga tidak berpuas hati kerana autopsi dilakukan tanpa kebenaran saya sebagai waris, dan hanya menandatangani surat kebenaran sejurus sampai di Hospital Bentong, Pahang”
“Laporan itu amat mencurigakan kerana kesan lebam yang terdapat pada dada anak saya dikatakan berpunca daripada terkena batu semasa lemas, sedangkan dua hari sebelum itu arwah sempat hantar gambar kepada kami menunjukkan kesan lebam akibat dipukul oleh tiga pelajar senior”
Susulan kes Zulfarhan yang baru-baru ini hangat diperkatakan di media sosial selepas enam pelaku dijatuhkan hukuman gantung, warganet berharap agar kematian Amirul Nashriq turut mendapat pembelaan sewajarnya.
Dalam perkembangan terbaharu, difahamkan seorang peguam jenayah iaitu Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar dilaporkan akan membawa kes Amirul Nashriq ke pihak pengadilan.
Sekadar info, Datuk Ahmad Zaharil sebelum ini pernah mengendalikan pelbagai kes termasuk membantu menyelamatkan seorang wanita yang ditahan atas kesalahan mencuri bekas kotak pensel untuk dihadiahkan kepada anak lelaki berusia 10 tahun, daripada menerima hukuman yang berat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penduduk di beberapa kawasan Sabah awal pagi tadi dikejutkan dengan gegaran susulan kejadian gempa bumi kuat yang dilaporkan berlaku di perairan Kota Kinabalu.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi bermagnitud 6.8 itu berlaku pada jam 12.57 pagi dengan koordinat 7.0 darjah Utara dan 116.4 darjah Timur.
Pusat gempa dilaporkan terletak kira-kira 49 kilometer barat dari Kudat dengan kedalaman 678 kilometer.
Gegaran Turut Dirasai Di Sarawak & Semenanjung
Dalam kenyataan sama, jabatan itu memaklumkan gegaran dirasai di Sabah serta beberapa kawasan di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
Bagaimanapun, orang ramai diminta untuk tidak panik kerana tiada ancaman tsunami kepada Malaysia setakat ini.
“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan tersebut.
Pihak jabatan juga memaklumkan bahawa keadaan akan terus dipantau dari semasa ke semasa.
Tiada Insiden Tidak Diingini Dilaporkan
Sementara itu, laporan oleh Bernama menyebut tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan susulan kejadian tersebut.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah turut mengesahkan bahawa setakat ini tiada panggilan kecemasan berkaitan gempa bumi diterima.
“Semua balai sedang melaksanakan rondaan dan pemantauan di kawasan jagaan masing-masing bagi memastikan keselamatan orang awam serta keadaan persekitaran berada dalam keadaan selamat dan terkawal,” kata PGO seperti dipetik dalam laporan itu.
Setakat ini, situasi dilaporkan berada dalam keadaan terkawal.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Alysa Liu mencipta sejarah selepas memenangi dua emas di Olimpik Musim Sejuk 2026. Pada usia 20 tahun, figure skater Amerika ini muncul sebagai ikon baharu generasi Gen Z.