Susulan kontroversi melibatkan bendera Malaysia terbalik pada baju jersi yang disarungkan oleh pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia; penajanya Victor Malaysia tampil dengan permohonan maaf secara terbuka.
Jalur Gemilang yang ditampal secara terbalik pada bahagian kiri baju Zii Jia jelas kelihatan di kaca televisyen ketika perlawanan menentang pemain Taiwan, Chou Tien Chen yang mana dimenangi oleh wakil negara itu 21-13, 21-15.
Menerusi kenyataan di platform X, pihak Victor Malaysia mengakui kesilapan cetakan tersebut yang berlaku secara tidak sengaja dan kemudian disarungkan oleh Zii Jia sewaktu perlawanan pertama kumpulan A di Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 pada Rabu.
“Kesilapan ini tidak menggambarkan rasa hormat kami yang mendalam terhadap Malaysia, simbol kebangsaannya; atau kebanggaan dan kehormatan mewakili negara di pentas antarabangsa.
“Bendera Malaysia melambangkan perpaduan dan identiti; dan kami amat kesal jika menyebabkan sebarang rasa tidak hormat yang tidak disengajakan kerana kesilapan ini,” ciap akaun tersebut.
Dalam pada itu, pihaknya juga menjelaskan mereka sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi memastikan insiden sama tidak berulang lagi.
Ads
“Sekali lagi, kami memohon maaf dengan setulus hati dan menghargai pertimbangan anda,” jelasnya lagi dalam ciapan itu.
Ads
Untuk rekod, kesemua pakaian Zii Jia tidak dibekalkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebaliknya oleh penaja, Victor Malaysia.
Insiden ini sekaligus menimbulkan kekecohan di media sosial di mana orang ramai mempersoalkan ketelitian pemeriksaan baju sukan yang diberikan kepada wakil negara seperti Zii Jia di pentas antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seekor ikan tuna biru gergasi sepanjang sebuah motosikal berjaya dijual pada harga 204 juta Yen atau kira-kira RM6 juta pada acara lelongan tahunan di Pasar Ikan Toyosu di Tokyo, Jepun.
Berlangsung pada 5 Januari lalu, pembelian ikan seberat 276 kilogram itu telahpun dibuat hasil perkongsian bersama pemborong terkenal Yamayuki dan restoran sushi mewah, Sushi Ginza Onodera.
Ia telahpun mencuri tumpuan ramai dan suasana di sekitar pasar bertukar meriah setelah tukang lelong membunyikan loceng sebagai tanda jualan.
Proses sebelum acara juga bukanlah kaleng-kaleng apabila ikan-ikan yang dilelong diperiksa dengan teliti oleh pembida dan vendor sebelum dibeli.
Nilai lelongan untuk ikan tuna biru ini sekaligus mencatat rekod sebagai yang kedua tertinggi dalam sejarah acara selepas ia pernah mencatatkan nilai lelongan 333.6 juta Yen (kira-kira RM13 juta) pada tahun 2018, lapor media tempatan.
Sebagai info, Pasar Ikan Toyosu merupakan sebuah pusat perdagangan tuna utama di Jepun dan sering menjadi salah satu lokasi kunjungan penggemar makanan laut dari seluruh dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Susulan kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat malam tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan tahniah kepada beliau yang sekaligus bakal dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-47 dalam sejarah negara Uncle Sam itu.
Menerusi hantaran di Instagram, Anwar menyatakan bahawa kemenangan itu diharap bakal melahirkan lebih banyak peluang antara kedua-dua buah negara.
“Tahniah kepada Donald Trump di atas kemunculan semula yang luar biasa dalam arena politik dan kemenangan dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat. Kemenangan ini membuka peluang baharu dan kami sudah bersedia untuk melangkah ke hadapan dengan penuh yakin, kerjasama serta tujuan yang dikongsi bersama.
“Amerika Syarikat kekal sebagai sumber pelaburan asing terbesar untuk Malaysia dan pelabur penting di rantau Asia Pasifik. Sebagai Pengerusi ASEAN bagi tahun 2025, Malaysia berharap Amerika akan menyemarakkan lagi hubungannya dengan rantau Asia Tenggara.
“Kami juga menggesa agar Amerika terus menggunakan pengaruhnya bagi membantu menghentikan keganasan dan kehilangan nyawa yang berlaku di Palestin dan Ukraine,” catat PMX.
Terdahulu, calon parti Republikan, Donald Trump mencatatkan ‘comeback’ luar biasa ke White House dengan mengenepikan calon Demokrat, Kamala Harris setelah mencatat lebih 270 undi elektoral dengan peratusan lebih 51 peratus. Pada tahun 2020, Trump mengalami kekalahan kepada Joe Biden yang telah mengundurkan diri daripada menyertai arena politik sebelum kempen pilihan raya tahun ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, pempengaruh dan bekas juara qariah termuda Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2019, Farhatul Fairuzah meluahkan rasa syukur apabila beliau berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda dengan cemerlang.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Farhatul atau nama sebenar Nor Farhatul Fairuzah Panut (24) dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam Majlis Konvokesyen UKM kali ke-52 baru-baru ini.
“Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH atas segalanya. Terima kasih ya Rabb. Terima kasih emak dan keluarga, semua guru-guru, pensyarah yang sangat Farha sanjungi”
“Kawan-kawan yang sangat Farha sayangi. Banyak menjadi support system sepanjang Farha menempuh pembelajaran di universiti. Doakan Farha untuk masa mendatang,” kongsinya.
Selain itu, beliau juga berkongsi kegetiran yang dilalui semasa bergelar pelajar dan sempat menyelitkan ayat Al-Quran sebagai peringatan buat pengikutnya.
“Setiap perjalanan pasti ada cabarannya, yang penting yakin pada Allah kita mampu lalui-NYA. Sebagaimana firman ALLAH SWT: لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ Maksudnya: ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. [Al-Baqarah:286]”
“Sungguh, ujian itu diberikan pada yang mampu,” katanya.
Dalam pada itu, Farha turut berkongsi tesisnya yang bertajuk ‘Amalan Pembelajaran Tarannum Profesional Dalam Kelas Pengajian Tarannum di Masjid Asy-Asykirin KLCC’ mendapat pujian daripada tenaga pengajar dan akan dibukukan.
Memetik laporan Berita Al Hijrah, beliau menamatkan pengajian pra siswazah itu dengan memperoleh Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) cemerlang iaitu 3.90. Beliau yang memulakan pengajian di UKM pada 2020 terdahulu tamat Tingkatan Enam dalam bidang syariah di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu, Negeri Sembilan.
Tidak hanya cemerlang akademik, terdahulu juara Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan untuk empat tahun berturut-turut (2014 hingga 2017) itu turut menerima tauliah mengajar sekaligus menjadikan beliau pendakwah dan penceramah pada usia 24 tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aktres jelita, Datin Intan Najuwa mengumumkan bahawa dia akan kembali aktif dalam dunia lakonan setelah selesai menjalani tempoh berpantang dan pulih sepenuhnya selepas melahirkan...