Inilah perkara yang paling ditakuti oleh semua pasangan terutamanya bagi kamu kaum perempuan. Sudah banyak kisah yang kita baca bagaimana lelaki yang dianggap baik, lemah lembu serta manis mulutnya telah berlaku curang kepada pasangan mereka.
Malah, sejak kebelakangan ini, REMAJA banyak mendengar keluhan di media sosial tentang kes lelaki yang mencurangi pasangan mereka termasuklah di kalangan selebriti tempatan.
Namun, siapa sangka lelaki Malaysia antara yang paling setia di ASia. Ini dibuktikan melalui satu kajian berasaskan satu kaji selidik yang dijalankan oleh aplikasi janji temu atas talian yang popular di Asia, Just Dating.
Kajian tersebut menunjukkan peratusan curang di kalangan rakyat Malaysia yang menggunakan aplikasi itu antara yang paling rendah di benua Asia.
Ads
Lelaki Paling Setia
Hasilnya, rakyat Malaysia mendapat jolokan negara yang paling setia dari aplikasi terbabit berdasarkan keputusan soal selidik itu.
Kajian tersebut turut mendapati 50 peratus responden lelaki memilih untuk memaafkan pasangan mereka yang berlaku curang.
Ads
Manakala, 70 peratus pengguna wanita dari Malaysia akan segera angkat kaki untuk keluar dari hubungan sekiranya pasangan mereka tidak setia.
Indonesia pula menduduki tempat kedua kerana 40 peratus pengguna dari negara itu mengakui pernah mengkhianati pasangan masing-masing.
Sebanyak 50 peratus pungguna dari Thailand pula mengaku pernah menduakan pasangan membuatkan negara itu menduduki tempat ketiga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi umat Islam yang sedang menunaikan ibadah puasa, adalah disunatkan untuk mereka yang berkewajipan untuk membayar zakat dalam bulan Ramadan ini.
Untuk makluman, Zakat Fitrah pada istilahnya ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Antara tujuan perintah ia dilaksanakan adalah untuk mensucikan orang Islam yang berpuasa dari kata-kata dan perbuatan yang tidak berguna. Selain, memberi makanan kepada mereka yang kurang berkemampuan, mencukupkan keperluan serta permintaannya pada Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal.
Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-60 yang bersidang pada 23 Oct 2003 telah membincangkan mengenai Zakat Fitrah dan telah memutuskan bahawa hukum Zakat Fitrah adalah wajib.
Ini Remaja sertakan cara pembayaran Zakat Fitrah 2023 secara atas talian, orang ramai boleh membayar mengikut Majlis Agama Islam atau Pusat Zakat setiap negeri seperti berikut:
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dah namanya orang muda dan bujang memang jaranglah nak melekat di ruang dapur. Akhirnya beras pun jadi habuk dek dimakan bubuk.
Beras apabila jarang diguna atau disimpan untuk tempoh yang lama, sudah tentu akan menjemput ‘penghuni’ yang tidak diingini. Biarpun saiznya kecil, tetapi kehadiran ‘pendatang’ mirip seperti kumbang dalam beras biasanya dalam jumlah yang banyak hingga boleh menimbulkan rasa geli.
Bukan itu sahaja, beras yang dipenuhi pendatang bernama bubuk atau kutu beras ini juga akan berkurangan beratnya.
Jadi, kalau nak mengatasi masalah ini, ada petua yang anda boleh cuba.
Cukup mudah tak keluar belanja pun. Caranya guna oven je. Inilah tip yang dikongsikan oleh Nurhasanah Harun
6 bulan tinggal rumah…beras pun bubuk dah berkampung….sayang nak buang sebab elok lagi… Cara saya tak jemur sebab saya malas kuar rumah 🤣 lagipun sekarang cuaca hujan kannnnnn..
Panaskan oven sekejap,masuk beras dalam tray dan masuk oven lebih kurang 10 mnit biar betul2 panas semua beras tu..mati la bubuk sekali ulat2 dia…
Kalau tak ada oven tu boleh goreng tanpa minyak dalam kuali…sekejap ja agak2 panas..jangan goreng perang macam nak buat pekasam pulak 😅😅
Sebelum bakar…merayap je dia lari p bawahDah bakar…ayak buang bubuk..ambil yang bersihNi haaa….bukan bubuk je…segala habuk pun ada
Tip check beras masih elok atau tidak:
Macam mana nak tau beras masih elok? Cuba basuh beras kalau tak ada beras warna putih timbul banyak-banyak tu maknanya elok…kalau banyak timbul dan ringan tu cuba la patahkan beras tu…dalam dia ada ulat bubuk 😱😱
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika dahulu diawal kemunculan platform media sosial seperti Friendster, Myspace dan Facebook, aplikasi ini merupakan tempat untuk kita saling berhubung antara satu sama lain.
Hubungan yang jauh kita rapatkan dan hubungan yang sedia dekat kita eratkan. Namun kini media sosial sudah berubah 360 darjah yang mana ia berevolusi menjadi medan mencari rezeki, pengiklanan dan sebagainya.
Seiring dengan perubahan ini, mula muncul kelompok ‘social media influencer’ ataupun dalam bahasa melayu, pempengaruh media sosial yang rancak menghiasi dunia digital tempatan.
Masing-masing hadir dengan ratusan ribu jika tidak jutaan pengikut yang setia menyaksikan setiap keletah dan juga gambar menarik ataupun jelik yang dirakam lensa kamera masing-masing.
Demi Content, Semua Boleh?
Kalau dalam bidang pengiklanan, pempengaruh boleh dibahagikan kepada pempengaruh makro dan juga mikro.
Mereka yang memiliki kurang pengikut (mikro) juga boleh dikira sebagai pempengaruh, kerana kandungan yang dipaparkan di media sosial mereka bersasar kepada pengikut yang setia.
Dengan lambakan aplikasi yang dimonopoli oleh golongan muda seperti Instagram, Twitter dan Tiktok, pelbagai cara boleh diraih untuk memiliki ramai pengikut.
Apa yang pasti, setiap hari perlu ada ‘content’ untuk disajikan kepada pengikut agar mereka tidak dilupakan. Tidak mudah untuk mengekalkan pengikut kerana jika tiada paparan menarik yang boleh disajikan pasti jumlah mereka akan susut.
Namun sejauh mana status pempengaruh media sosial ini sebenarnya?
Adakah golongan ini benar-benar pempengaruh ataupun sekadar individu yang memiliki platform pengiklanan sahaja sebagai punca pendapatan?
Menurut Freberg et al (2019), pempengaruh media sosial mewakili pihak ketiga penajaan yang membentuk sikap pengikut melalui blog, ciapan dan penggunaan media sosial lain.
Manakala bagi Gory & Westbrook (2009) pula, mereka menyifatkan pempengaruh media sosial sebagai pihak yang menjalinkan hubungan demi mempromosikan sesebuah jenama atau organisasi.
Kebelakangan ini, sikap yang suka menularkan sesuatu perkara bagaikan barah dalam kalangan mereka yang konon-kononnya memiliki kuasa di media sosial. Maki hamun dan sumpah seranah keluar dari mulut seperti air longkang yang mengalir tidak henti terus ke loji penapisan.
Siapa yang memberi hak kepada mereka untuk merasakan diri mereka lebih ‘besar’ berbanding orang lain? Pengikut? Ataupun timbul perasaan yang diri lebih hebat hanya kerana banyak mata yang memerhatikan tingkah laku serta apa sahaja yang dimuat naik di media sosial?
Tidak bermakna memiliki ramai pengikut menjadi tiket untuk memalukan individu lain. Ketidakpuasan hati seharusnya disiasat dahulu dan dibincangkan secara baik, tidak perlu melibatkan pengikut media sosial yang bersedia menjadi mata ketiga.
Kes-kes seperti memalukan bentuk tubuh orang lain, menunjuk ‘macho’ dengan mencari gaduh di gelanggang sukan, memaki hamun pemilik kedai serta menggelar dan mengugut penjawat awam dengan perkataan yang tidak elok antara contoh terdekat yang tular.
Jika sekadar hendak memuaskan hati sendiri, ia tidak berbaloi bahkan memalukan diri kerana setiap perlakuan dan kata-kata adalah cerminan peribadi seseorang.
Pentas media sosial dan juga kuasa pengikut yang dimiliki seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin, jika itu merupakan punca rezeki jagalah ia dengan baik.
Tepuk dada tanya selera, adakah anda benar-benar ‘social media influencer’ atau hanya sekadar platform mengulas iklan dan mewakili jenama yang pada penghujungnya akan melihat sejauh mana ‘engagement rate’ setiap hantaran yang dibayar?
Untuk menggelarkan diri anda sebagai seorang pempengaruh, gelaran ini datang dengan beban yang besar, nilai positif yang ditonjolkan serta peribadi diri harus bergerak seiring lantas memberi impak yang baik.
Gunakan kuasa pempengaruh yang dimiliki untuk mencipta manfaat sesama insan sekaligus mampu memperkasakan komuniti.
***P/S – Untuk anda yang suam-suam kuku di media sosial, di zaman yang serba pantas ini segala perkara hendak dimuat naik dan masing-masing berlumba menjadi yang pertama menyampaikan berita agar banyak tanda suka diterima. Tapi ingat ya, jangan sebar kalau tidak pasti!
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...