Bagi umat Islam yang sedang menunaikan ibadah puasa, adalah disunatkan untuk mereka yang berkewajipan untuk membayar zakat dalam bulan Ramadan ini.

Untuk makluman, Zakat Fitrah pada istilahnya ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Antara tujuan perintah ia dilaksanakan adalah untuk mensucikan orang Islam yang berpuasa dari kata-kata dan perbuatan yang tidak berguna. Selain, memberi makanan kepada mereka yang kurang berkemampuan, mencukupkan keperluan serta permintaannya pada Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal.

Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-60 yang bersidang pada 23 Oct 2003 telah membincangkan mengenai Zakat Fitrah dan telah memutuskan bahawa hukum Zakat Fitrah adalah wajib.

IKLAN

Ini Remaja sertakan cara pembayaran Zakat Fitrah 2023 secara atas talian, orang ramai boleh membayar mengikut Majlis Agama Islam atau Pusat Zakat setiap negeri seperti berikut:

Anda Dah Tunaikan Kewajipan? Ini Cara Bayar Zakat Fitrah Secara Atas Talian. Jangan Terlepas Ya…
Sumber: Berita RTM

Selangor

  1. Layari laman web https://www.zakatselangor.com.my/.
  2. Di bahagian bayar zakat online, klik butang ‘Bayar Zakat Anda.’
  3. Masukkan maklumat diri dan klik butang ‘Seterusnya.’
  4. Pilih kaedah bayaran dan klik butang ‘Seterusnya.’
  5. Pilih bank dan buat bayaran.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan

  1. Layari laman web http://fitrah.zakat.com.my/.
  2. Isi maklumat yang diperlukan.
  3. Klik butang ‘Bayar.’

    Johor

    1. Layari laman web https://epayment.maij.gov.my/.
    2. Klik bahagian ‘Daftar Pengguna.’
    3. Masukkan nombor kad pengenalan dan semak nombor kad pengenalan.
    4. Isi maklumat diri sehingga ke bahagian pengakuan.
    5. Log masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
    6. Setelah masuk, mulakan pembayaran Zakat Fitrah.

 

IKLAN

Perlis

  1. Layari laman web https://www.maips.gov.my/.
  2. Cari bahagian ‘Bayar’ dan klik tulisan ‘Bayar Zakat FPX.’
  3. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  4. Klik butang ‘Submit for Payment.’

Kedah

  1. Layari laman web https://jom.zakatkedah.com.my/.
  2. Klik bahagian ‘Bayar Zakat Fitrah.’
  3. Isikan jumlah nilai dan klik butang ‘Tambah.’
  4. Klik butang ‘Bayar.’

Pulau Pinang

  1. Layari laman web https://zakatpenang2u.com/.
  2. Klik butang ‘Log Masuk.’
  3. Klik bahagian ‘Daftar Akaun Anda.’
  4. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Hantar.’
  5. Log masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
  6. Selepas masuk, sila buat pembayaran zakat.

Perak

  1. Layari laman web https://ezakat.maiamp.gov.my/v4/.
  2. Isi maklumat yang diperlukan.
  3. Klik butang ‘Bayar Sekarang.’

Negeri Sembilan

  1. Layari laman web https://www.zakatns2u.biz/fitrah/.
  2. Isi maklumat diri dan klik butang ‘Bayar Melalui Perbankan Internet.’

Melaka

  1. Layari laman web https://www.izakat.com/
  2. Klik bahagian Fitrah Online atau Bayar Fitrah.
  3. Buat pembayaran Zakat Fitrah.

Pahang

  1. Layari laman web https://ezakat.muip.gov.my/.
  2. Klik butang ‘Bayaran_Zakat_Fitrah.’
  3. Isi maklumat diri dan klik butang ‘Seterusnya untuk Bayar.’
  4. Buat pembayaran

Terengganu

  1. Layari laman web https://ezakat.maidam.gov.my/online/.
  2. Klik butang ‘Bayar Zakat Fitrah.’
  3. Isi maklumat diri dan klik butang ‘Seterusnya.’
  4. Maklumat bayaran dipaparkan dan klik butang ‘Seterusnya.’
  5. Buat pengesahan dan niat.

Kelantan

  1. Layari laman web https://www.e-maik.my/.
  2. Di bahagian Kadar_Zakat_Fitrah, klik butang ‘Klik Di Sini Untuk Bayar.’
  3. Klik pada ikon beras yang dipaparkan.
  4. Isi maklumat dan klik butang ‘Bayar Sekarang.’

Sarawak

  1. Layari laman web https://pelanggan.tbs.org.my/.
  2. Klik bahagian ‘Daftar Akaun.’
  3. Isi maklumat dan klik butang ‘Daftar.’
  4. Log masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Setelah masuk, mulakan pembayaran.

Sabah

  1. Layari laman web https://appszakat.sabah.gov.my/.
  2. Klik bahagian ‘Daftar Sekarang.’
  3. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Pengesahan.’
  4. Isi maklumat diri dan daftar.
  5. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  6. Pilih FPX dan MIGS dan klik ‘Teruskan Pembayaran.’
  7. Pilih Zakat Fitrah dan lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  8. Pilih ‘Internet Banking,’ untuk proses pembayaran.

Anda Dah Tunaikan Kewajipan? Ini Cara Bayar Zakat Fitrah Secara Atas Talian. Jangan Terlepas Ya…

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN : Baru Tingkatan Dua, Remaja Ini Jadi Individu Paling Muda Bayar Zakat Perniagaan

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Bayar Zakat Malaysia &Foto Bernama 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI