Wow! Foto terbaru pelakon, Rebel Wilson yang popular dengan watak Fat Amy menerusi filem Pitch Perfect telah menarik perhatian warganet disebabkan perubahan mendadak bentuk badannya yang semakin langsing.
Sebelum ini, REMAJA pernah berkongsi berkenaan kisah Rebel yang mula kelihatan berbeza sejak September tahun lalu. Nampaknya, Rebel meneruskan usahanya itu bagi tujuan kesihatan dan tentunya imej menawan.
Rebel pernah berkata pada tahun 2020 bahawa dia mahu komited menjalani kehidupan yang lebih sihat. Seawal Mei 2020, dia sudah kehilangan hampir 14kg dan jumlah itu mencecah hampir 30kg menjelang suku pertama tahun 2021.
Khabarnya, penurunan berat badan drastik Rebel sehingga 30 kilogram ini berhasil dengan hanya menukar pola pemakanan kepada diet berprotein tinggi. Now, apakah yang dimaksudkan dengan diet tinggi protein ini?
Ia merupakan sejenis pola diet yang dipopularkan oleh Dr. Atkins dengan pengambilan protein tinggi dan rendah karbohidrat (serendah 100g sehari) demi penurunan berat badan pantas.
Ads
Berikut merupakan beberapa fakta menarik mengenai diet berprotein tinggi.
Berat turun cepat : Penurunan berat badan drastrik pada permulaan adalah penurunan kandungan air. Apabila kita tiba-tiba mengelak karbohidrat, badan akan memasuki mod ‘flush’ dan membuang air berlebihan. Di sini, korang boleh kurangkan 3-4kg pada minggu pertama.
Kurang lapar: Ini kerana paras insulin menjadi rendah dan tidak mempengarahi nafsu makan.
Jangka masa panjang : Walaupun perubahan pada berat badan adalah pantas, tetapi seseorang itu perlu melakukannya untuk jangka masa yang panjang. Berapa lamakah korang boleh mengelak makanan berkarbohidrat seperti nasi putih, mee, bi-hun, roti dan buah?
Ketosis dan ketones. Dengan ketiadaan karbohidrat, badan terpaksa memecahkan lemak sebagai sumber tenaga. Proses Ini dinamakan ketosis. Tenaga diperolehi daripada ketones iaitu produk sampingan daripada ketosis.
BAGAIMANAPUN, pengambilan protein berlebihan boleh memberi tekanan kepada fungsi ginjal kita. Pengambilan berlebihan ini akan meningkatkan ‘kerja’ ginjal dan sudah tentu lebih banyak wear and tear akan berlaku jika ia berteruskan untuk jangka masa berpanjangan.
*
Selepas berjaya menurunkan berat badan, pelakon kelahiran Australia ini mendedahkan perubahan paling ketara yang berlaku kepada dirinya adalah bagaimana orang di sekeliling melayannya sekarang berbanding semasa berbadan gempal.
Ads
“Dahulu, Kadang-kadang orang tidak akan menoleh dua kali kerana saya bersaiz besar. sekarang apabila saya dalam keadaan yang baik, ada yang menawarkan diri untuk membawa barangan saya ke kereta dan memegang pintu untuk saya. Saya terfikir, adakah ini yang orang lain rasai selama ini?”
Sememangnya Rebel sanggup untuk berdiet sakan demi mendapatkan bentuk badan yang lebih sihat secara semula jadi. Korang sanggup tak jika tidak makan nasi sehari? Hehe..
Terdahulu, REMAJA pernah berkongsi kisah penurunan berat badan pemenang anugerah Grammys, Adele.
Usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof, kini memilih untuk menjalani kehidupan yang lebih tenang dan privasi, tanpa berkongsi kisah seharian di media sosial.
Menerusi perkongsian di Instastory, Vivy mengakui banyak penambahbaikan dalam hidupnya selepas mengaktifkan mood privasi pada akaun media sosialnya.
Selain itu, usahawan berusia 37 tahun itu juga menegaskan bahawa dia percaya segala yang berlaku adalah ketentuan Allah, yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya dan keluarga.
Imbas kembali, Vivy dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, sebelum ini dilaporkan terlibat dengan pertuduhan pecah amanah yang membabitkan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam platform e-dagang.
Namun, pasangan suami isteri ini mengambil tanggungjawab penuh atas kejadian tersebut dengan melepaskan jawatan mereka di dalam syarikat FashionValet.
Ketidakstabilan politik di Britain akhirnya meletus apabila Liz Truss secara mengejut meletak jawatan walaupun baru enam minggu bergelar Perdana Menteri. Kegagalannya dalam mengadaptasi beberapa polisi serta dimalukan di dalam parlimen berkenaan kredibilitinya menjadikan dia bahan ketawa seluruh dunia.
Seiring dengan peletakan jawatan wanita berusia 47 tahun itu, Rishi Sunak yang sebelum ini merupakan Chancellor of the Exchequer ketika pemerintahan Boris Johnson telah dipilih sebagai Perdana Menteri Britain yang baharu.
Bersama kedua orang tua. Kredit foto Instagram Rishi Sunak
Jom kita kenali siapakah Perdana Menteri Britain yang baharu ini, berikut adalah 10 fakta tentang beliau.
Rishi Sunak baru sahaja berusia 42 tahun, dia dilahirkan pada 12 Mei 1980.
Merupakan jejaka keturunan Punjabi, ibu dan bapanya merupakan imigran dari Afrika Timur yang bermastautin ke Britain sekita tahun 1960an.
Rishi mengamalkan agama Hindu dalam kehidupannya.
Rishi mendapat pendidikan dalam jurusan filosofi, politik dan ekonomi di Lincoln College, Oxford.
Dia menyambung pengajian dalam jurusan Sarjana Pengurusan Perniagaan di Universiti Stanford apabila dikurniakan biasiswa Fullbright.
Rishi Sunak merupakan Perdana Menteri Britain yang pertama bukan berkulit putih.
Dia berkahwin dengan Akshata Murty pada 2009, mereka bertemu ketika sama-sama belajar di Universiti Stanford.
Isterinya seorang warganegara India merupakan anak kepada billionaire N. R. Narayana Murthy, pengasas syarikat teknologi.
Rishi Sunak dan isterinya memiliki kekayaan yang jauh lebih tinggi berbanding mendiang Queen Elizabeth II. Menurut Washington Post, mereka memiliki harta bernilai 730 juta pound.
Rishi Sunak memiliki dua orang cahaya mata perempuan yang dikenali sebagai Krishna dan Anoushka.
P/S – Malaysia juga bakal memperoleh Perdana Menteri ke-10 pada pilihan raya akan datang November ini. Namun jika dilihat pada usia calon Perdana Menteri dari setiap parti semuanya berada dalam lingkungan usia 60 ke 100 tahun.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jaguh lari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi (21) dan Danish Iftikhar Muhammad Roslee (18) baru-baru mencipta sensasi di Kejohanan Terbuka India apabila kedua-duanya berjaya meraih podium dalam acara 100 meter (m) yang berlangsung di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, pada Ahad semalam.
Dalam saingan penuh sengit itu, Muhammad Azeem yang juga pemegang rekod kebangsaan 10.09 saat (s), membuktikan kelasnya tersendiri apabila menamatkan larian selaku juara dengan catatan 10.35s.
Muhammad Azeem & Danish Iftikhar Di Terbuka India
Azeem meninggalkan pencabarnya, Chamod Yodhasinghe dari Sri Lanka di tempat kedua dengan catatan 10.43s, manakala rakan sepasukannya, Danish, berjaya merangkul pingat gangsa dengan masa 10.50s.
Pada masa yang sama, kemenangan ini sekaligus mengukuhkan reputasi Azeem sebagai pelari pecut utama negara, walaupun beraksi di luar negara dan dalam keadaan persaingan sengit.
Muhammad Azeem Mohd FahmiDanish Iftikhar Muhammad Roslee
Prestasi mantap mereka di India kali ini memberi isyarat positif menjelang siri kejohanan akan datang, sekaligus memberi keyakinan kepada skuad olahraga negara.
Kejayaan di Terbuka India ini juga membuktikan bahawa barisan pelari negara mampu bersaing di pentas antarabangsa, dan memberi inspirasi kepada generasi muda untuk terus mengharumkan nama Malaysia.
Terdahulu, kedua-dua atlet negara ini mara ke final selepas mempamerkan prestasi cemerlang di peringkat saringan, dengan Azeem menamatkan saringan kedua di tempat pertama dan Danish di tempat ketiga.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penampilan Lisa BLACKPINK Met Gala 2026 mencuri perhatian dunia dengan busana avant-garde penuh kristal Swarovski yang elegan, artistik dan sarat simbolik di karpet merah Met Gala.