
Gaiss, penulis dah tahu ke manakah destinasi makan tengahari korang esok.
Tidak lain tidak bukan, KFC Malaysia!
Okay sebelum korang merungut, “KFC lagi?!”, ketahuilah bahawa esok satu promosi hebat bakal mereka lakukan sempena tarikh istimewa 20.02.2020.
Hanya untuk hari esok, KFC Malaysia menawarkan promosi 2 set Snack Plate pada harga RM20 sahaja. Dua ya, dari 10 pagi hingga 10 malam.

Dan setiap pelanggan boleh menebus maksimum sebanyak 3 kali. Okaylah itu, brunch-tea-supper. Hiks!
Cara untuk menebus promosi ini amat mudah. Korang hanya perlu tunjukkan poster ini di kaunter semasa membuat pesanan.

Seperkara lagi, terdapat beberapa cawangan KFC Malaysia yang tidak terlibat iaitu cawangan Genting Highlands, Mall of Medini dan kesemua lapangan terbang.
Jangan lepaskan peluang ini okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Undian Rendah Peminat ‘Gagalkan’ Kemaraan Lia Aziz, Tersingkir Minggu 3 Big Stage

Jika pada minggu lalu, Lia Aziz telah ditempatkan pada kedudukan tiga peserta dengan kutipan markah terendah dalam program Big Stage 2022.
Usaha penyanyi berusia 19 tahun itu untuk bangkit semula pada minggu ketiga malam ini nampaknya tidak berhasil apabila Lia menjadi peserta kedua untuk meninggalkan pertandingan.
Lia yang membawakan lagu Kisah Hati nyanyian asal Alyah sekadar berada di tangga sembilan terbaik daripada 11 orang peserta mengikut markah daripada panel juri yang terdiri daripada Ajai, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Mas Idayu dan Juri Juara, Han Byul.

Namun apa yang ‘menggagalkan’ kemaraan Lia Aziz berbanding dua peserta lain iaitu Megat Rahim dan Sofiaa Mariella yang mengutip markah lebih rendah daripadanya adalah disebabkan undian peminat. Lia sekadar mengutip 5.28 peratus daripada peminat lantas tersungkur ke kedudukan terakhir secara kumulatif.
Komen Datuk Seri Siti mengenai situasi tersebut dalam sidang media, 10 peserta Big Stage 2022 yang akan meneruskan saingan harus ingat akan kuasa undian peminat.
“Apabila melihat kepada keputusan, markah seseorang mungkin bagus daripada juri tapi dari segi undian peminat, dia mungkin adalah antara yang terkebelakang.
“Pertandingan Big Stage ini ada dua pihak, markah dari sudut juri profesional datang daripada kami tapi kuasa untuk mengekalkan peserta terpulang kepada penonton.
“Semua orang boleh ada peminat yang kuat. Jangan sia-siakan kelebihan itu untuk diselarikan dengan bakat yang ada, “ pintanya.
Dalam pada itu, Ajai pula mencabar 10 peserta yang tinggal untuk mengekalkan konsistensi sekiranya mereka pernah mengutip markah setinggi 70 peratus dan ke atas.
“Bila memasuki pertandingan seperti, peserta perlu ada endurance.
“Kita harapkan yang pernah dapat 70 markah untuk kekal di sana dan naik lagi ke atas,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN : Iqbal Redha Masa Di Big Stage 2022 Tamat – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber Foto : Ihsan Astro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
#Bangga, Filem Malaysia Ini Akan Tayang Di Festival Filem Tokyo 2020!

Ketika industri perfileman seluruh dunia terpaksa menghentikan sebentar momentum mereka dalam melancarkan naskah baharu, sebuah filem arahan dan terbitan anak tempatan kita ini berjaya untuk mengharumkan nama negara.

Pengarah, Edmund Yeo muncul dengan filem berjudul Malu yang akan mula ditayangkan pada 13 November ini.
Dan sekiranya korang cuba untuk mencari tiket secara online di pawagam Malaysia – emm – tunggu dulu. Ini kerana filem tersebut bukan ditayangkan di sini tetapi di Jepun sempena Festival Filem Tokyo!
WHOA.


“Saya tidak sabar untuk kembali semula ke Festival Filem Tokyo. Ia merupakan acara yang mempunyai sejarah yang hebat dan saya telah menghadirinya sejak bergelar pelajar universiti lagi. Ia berbeza dengan festival lain kerana filem-filem yang ditayangkan di sana banyak membantu saya ‘berkembang’ sebagai seorang pembuat filem tempatan.
“Malu adalah sebuah filem berbajet sederhana, yang dibuat dengan kasih dan sayang. Para pelakon dan kru produksi banyak berkorban demi merealisasikan projek ini dan kami berbangga apabila ia ditayangkan juga walaupun dalam musim pandemik,” katanya.


Seperti judul filem ini, elemen perasaan malu itu menjadi tonggak jaan cerita terutamanya di kalangan watak yang ditonjolkan. Kata Yeo, ia berkait rapat dengan malu terhadap masa silam, terhadap kekurangan diri sendiri untuk berkomunkasi, malu dengan kesedihan hidup dan sebagainya.
Bagaimanapun, untuk tayangan di Jepun dan kelak di China, tajuk Malu tersebut akan ditukar kepada A Day Without Horses (Jepun) dan Road of Dreams (China).
Tambah Yeo lagi, Malu terhasil daripada kolaborasi di antara dirinya dengan seorang pelakon wanita bernama MayJune Tan. Jika sebelum ini dia hanya bergelar pelakon dalam projek Yeo, kali ini dia mencuba untuk menerbitkan filem ini dari belakang tabir.
Hasilnya, Malu mengambil ilham daripada pengalaman Yeo dan MayJune sendiri.
Secara ringkas, Malu menceritakan tentang kehidupan 2 beradik perempuang bernama Hong dan Lan. Mereka terpisah setelah nenek mereka menculik Hong demi memeliharanya daripada jagaan ibu mereka yang hanya merosakkan kehidupan anak-anaknya.
Menarik bukan!

Sayangnya, filem-filem arahan Yeo sebelum ini tidak ditayangkan di pawagam negara kelahiranya sendiri, Malaysia. Malu juga menerima nasib yang sama.
Bagaimanapun, mereka sedang berbincang untuk menayangkannya di platform strim, MUBI agar peminat filem tempatan boleh menontonnya dari rumah.
Sebelum itu, jom tonton klip acah filem Malu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Jika Salah Anda, Mengaku & Jangan Nafikan…” -Ruhainies

Bergelar seorang anak seni bukanlah suatu hal yang mudah, segalanya yang dilakukan akan menjadi perhatian sekeliling…
Sama juga seperti pelakon berbakat besar seorang ini, bagaikan sudah ‘lali’ dek kecaman jabatan netizen, namun Ruhainies sekali pun enggan mengambil pusing akan semua itu.
Berkata kepada Remaja, cara dirinya mengatasi segala komen negatif warganet adalah dengan menghiraukan setiap komen-komen yang dilontarkan mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies Mohon Maaf, Akui Khilaf Terlepas Pandang Berpakaian Mencolok Mata

Selanjutnya, pelakon naskhah popular Cukup Derita Itu juga menekankan haruslah mengakui khilaf sendiri dan jangan pernah sesekali menafikannya kepada khalayak.
“Okey bagaimana saya mengatasi adalah pertama sekali jangan baca komen netizen. Selain itu, anda juga harus mengakui salah dan jangan menafikannya.
“Lagi pun sudah sembilan tahun saya berada dalam industri, bagi saya perkara sebegini adalah normal,” katanya.

Dalam pada itu, Ruhainies turut memaklumkan setiap komen yang dilontarkan ambil sahaja sebagai satu iktibar dan jadikan ia sebagai perkara yang positif untuk ditelan.
“Selain, jika anda memilih untuk menjadi ‘public figure’, secara tidak langsung anda juga ‘kepunyaan’ khalayak di luar sana.
“Jadi, anda tidak bolehlah melenting. Segelintir apa yang netizen kata itu ada juga yang betul, ada yang melampau dan berlebihan.
“Tetapi, kita jadikan setiap komen daripada mereka itu sebagai satu perkara yang positif,” ujarnya lagi.

Terdahulu, pelakon drama Sayang Tak Dikenang itu dikecam teruk selepas tular sebuah video yang dikongsi oleh rakan selebriti memaparkan bahagian dada aktres tersebut terdedah dan terlampau seksi ketika menghadiri sebuah majlis di ibu negara.
Rentetan daripada itu, ramai yang berpendapat pelakon itu tidak sengaja mencetuskan kontroversi menerusi busana mencolok mata tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Ruhainies
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

