Baru-baru ini, pelakon, Sharifah Aryana meraih perhatian di media sosial apabila tampil dengan imej lebih sopan selepas memutuskan untuk mula mengenakan hijab. Penampilan terbaharu ini turut mencuri tumpuan warga internet dan mendapat reaksi positif dari ramai pihak.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di media sosial miliknya, pemilik nama sebenar Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid Al-Yahya (31) yang lebih mesra disapa Yana Alyahya berkata, keputusan untuk berubah itu datang dengan keikhlasan selepas melalui pelbagai fasa penting dalam kehidupannya.
“Saya gunakan perkataan ‘cuba’ sebab ada orang tanya sama ada ini hanya untuk bulan Ramadan atau akan terus kekal. Saya sendiri pun tidak tahu,” katanya.
Ads
“Saya rasa sejak dulu lagi saya tahu suatu hari nanti saya akan memakai tudung, tapi bila tu saya tidak tahu,” jelasnya dengan tenang.
Dalam pada itu, Yana Alyahya turut berkongsi bahawa pada tahun lalu beliau telah mencecah usia 30 tahun, satu titik dalam hidupnya yang mendorong dirinya membuat keputusan penting ini. Ujarnya, usia yang semakin matang membawa satu ketenangan yang membantunya menghadapi perubahan dengan lebih positif.
“Saya tidak mahu terlebih berjanji dan akhirnya tidak dapat tunaikan apa-apa. Jadi saya mohon semua bersabar dan kalau boleh jangan marah atau mengecam saya. Saya hanya manusia biasa yang sedang mencuba menjadi sebaik mungkin,” tambah Yana.
Menurut pelakon yang popular menerusi filem ‘Mukhsin’ dan ‘Puaka Tebing Biru’ ini, selepas melahirkan anak dan melalui pelbagai pengalaman dalam hidup, beliau menyuarakan keinginan untuk menjadi lebih baik.
Pada masa yang sama, Yana juga menyedari bahawa perubahan ini merupakan satu penyesuaian besar dalam hidupnya dan bertekad untuk melakukannya dengan kesungguhan, tanpa memberi tekanan kepada diri sendiri, agar ia dapat dilakukan dengan baik dan berkekalan.
Di penghujung video, Yana sempat bertegas mengenai setiap individu mempunyai hak untuk berubah, belajar dan memperbaiki diri agar menjadi versi terbaik diri sendiri, tanpa mengira pengalaman lampau atau keadaan diri sebelum ini.
Sumber artikel & foto: Instagram Sharifah Aryana
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sempat menitipkan kata-kata semangat buat anak saudaranya, Ahmad Daiyan atau mesra dipanggil Amad, selepas berjaya melangkah ke pentas akhir program realiti Talk To My Manager (TTMM) pada malam Ahad lalu.
Menurut Siti, nyanyian Amad sudah cukup baik namun beliau mengingatkan bahawa aspek persembahan pentas juga menjadi elemen penting dalam menambat hati penonton serta juri.
“Walaupun nyanyian Amad bagus, persembahan pentas adalah antara tarikan untuk setiap persembahan yang hebat.
Kena usaha lebih lagi untuk final (minggu akhir). Terima kasih semua juri yang menegur dan guru yang mengajar,” katanya menerusi hantaran di Instastory.
Dalam masa sama, biduanita negara itu turut mengucapkan tahniah buat Amad selain menasihati agar anak saudaranya itu terus belajar daripada kesilapan dan tidak cepat berpuas hati dengan kejayaan yang diperoleh.
“Alhamdulillah tahniah Amad, belajar daripada kesilapan dan jangan terlalu selesa,” pesannya.
Untuk info, persembahan Amad menerusi lagu Apokalips telah berjaya meraih tempat kedua minggu lalu sekaligus melayakkan dirinya ke pusingan akhir TTMM.
Di final nanti, Amad bakal berentap bersama lima lagi peserta hebat iaitu Thalita, Auddra, Marsya, Ammar dan seorang lagi finalis.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada Jumaat lalu, dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan satu perkongsian di Instagram pengarah sensasi, Syamsul Yusof yang mengumumkan telah bernikah dengan Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi di Thailand.
Ia sekaligus telah menjadi bualan hangat dan mengundang kecaman masyarakat. Malah, ibu bapanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail turut terkesan dengan apa yang berlaku.
Terbaharu menerusi hantaran di entri tersebut, pelakon filem terkenal Munafik itu memohon agar kedua-dua isterinya iaitu Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar bertenang dan bersabar menghadapi dugaan dan ujian dalam perhubungan mereka.
“Morning! Moga kedua-dua isteriku tenang dan banyakkan bersabar. Doakan yang baik-baik” katanya.
Beserta coretan ringkas tersebut, Syamsul turut memuat naik foto pernikahannya dengan dengan Puteri Sarah dan Ira Kazar.
Menjengah ke ruangan komen pula sudah mula dibanjiri pelbagai coretan rata-rata warganet termasuk rakan artis.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Esok seluruh umat Islam di dunia bakal menyambut Aidilfitri, namun kali ini nampaknya tidak sama seperti tahun-tahun yang lalu, ekoran daripada situasi pandemik COVID-19.
Walaupun pihak kerajaan membenarkan aktiviti ziarah dilakukan dengan memastikan jumlah individu dalam rumah tidak melebihi 20 orang, namun masih ramai masyarakat Malaysia yang berjaga-jaga dan tidak mahu menerima kunjungan Aidilfitri ini.
Korang pun sebelum nak pergi beraya ke rumah sanak-saudara, hubungilah mereka terlebuh dahulu untuk bertanyakan sama ada mereka boleh menerima kedatangan korang atau tidak.
Mungkin ada dikalangan mereka yang mempunyai anak kecil dan ibu bapa yang sudah tua dan tidak mahu merisikokan mereka dengan memberi pendedahan kepada orang ramai.
Disebabkan ramai yang masih berdegil, ada juga insan kreatif yang telah mencipta 10 nota tolak tetamu datang beraya tahun ini. Hiks!
Mungkin korang boleh guna juga. Hehe..
Agak-agak kalau dah tampal nota macam ni depan rumah masih ada yang berani nak datang ke?