Memasuki minggu ketiga program nyanyian Raise The Star Malaysia pada malam ini, rata-rata penonton dan peminat setiap peserta yang berjaya mara hingga ke tahap ini sudahpun mengenali kelebihan suara, teknik nyanyian, keupayaan lontaran vokal dan serba sedikit personaliti yang dimiliki oleh 18 orang peserta yang masih meneruskan perjuangan mereka.
Begitupun buat juri tetap Raise The Star Malaysia terdiri daripada Audi Mok, Ajai, Ikhwan Fatanna, Shila Amzah dan Aina Abdul, mereka rupanya bukan sekadar mencari peserta yang mempunyai bakat nyanyian sahaja.
Itu belum cukup memadai untuk melayakkan seseorang itu dinobatkan sebagai juara sulung pertandingan ini.
Sebaliknya menurut mereka, seseorang itu perlulah memiliki keaslian atau originaliti serta keunikan identiti agar Malaysia mempunyai permata baharu yang boleh digilap usai pertandingan melabuhkan tirainya kelak.
Ketika menemui Ajai dalam sidang media sebaik program berakhir baru-baru ini, REMAJA mendalami apakah x-factor yang dicarinya daripada 18 peserta berkenaan.
Menurut komposer terkenal tanah air itu, Raise The Star Malaysia membuka peluang yang jarang sekali ditawarkan oleh mana-mana program realiti nyanyian lain termasuk yang pernah diterbitkan oleh Astro sendiri. Ini kerana sebelum ini, acapkali komen-komen yang diterima oleh peserta mereka tidak hadir daripada penerbit muzik atau penulis lirik yang kaya dengan pengalaman bertapak di sebalik tabir pembikinan lagu-lagu hit tempatan.
Ads
(Dari kiri) Sebahagian juri tetap Raise The Star Malaysia terdiri daripada Audi Mok, Ajai dan Shila Amzah.
“Juri-juri di Raise The Star terdiri daripada producer (dan) writer… jadi kami mempunyai subjek tentang setiap persembahan individu itu. Dan subjek kami akan berlainan.
“Mereka yang memasuki program ini kesemua sudah bagus. Boleh menyanyi. Jadi sekarang yang kami cari ini adalah sparks untuk meluaskan repertoire setiap peserta. Inilah yang kami gelarkan sebagai Artist dan Repertoire atau A&R. Rata-rata sebelum ini, banyak album yang dijayakan oleh subjek-subjek A&R ini semuanya menjadi.
“Itu cabaran yang kami berikan kepada peserta Raise The Star yang masih bertahan. Mereka perlu buktikan bahawa pakej nyang mereka miliki itu lengkap untuk diketengahkan ke hadapan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Ketua Saluran Astro Ria iaitu Norzeha Mohd Salleh turut menambah, kelainan yang dibawakan oleh Raise The Star Malaysia juga terletak kepada perletakan lima orang jurinya yang berpengalaman dalam pembikinan lagu.
Ads
“Kelima-lima komposer telah mengikuti perjalanan peserta Raise The Star sejak uji bakat lagi. Bukan setakat itu, mereka menjurikan peserta-peserta yang dipilih oleh mereka sendiri selama lapan minggu.
“Lima peserta terbaik pada akhir pertandingan ini nanti bakal mendapat lima lagu daripada lima komposer terbaik di Malaysia yang ada bersama kita kali ini. Itu adalah kelainan utama Raise The Star berbanding program realiti nyanyianyang pernah kita terbitkan di Astro,” titipnya.
Sekadar info pada konsert kedua minggu lepas, Zuana dan Pasya berjaya mengekalkan kedudukan mereka dalam senarai lima peserta terbaik. Tiga slot lagi dipenuhi oleh Didiy Shazry, Haris Fayahet dan Max Brandon.
(Dari kiri): Zuana, Didiy Shazry, Haris Fayahet, Pasya dan Max Brandon membentuk The Five pada konsert kedua, minggu lalu.
Manakala, empat peserta telahpun disingkirkan selepas mereka mengutip undian markah terendah daripada juri tetap dan penonton.
Bukan nama YG Entertainment-lah jika klip video artis mereka tidak dipenuhi dengan easter eggs.
Setelah melancarkan single Gone semasa konsert Blackpink: The Show akhir Januari lalu, tiba giliran Rosé Blackpink untuk melancarkan EP solo berjudul R pula, tengah hari tadi.
Ia termasuklah single berjudul On The Ground berserta klip videonya.
On The Ground mengisahkan tentang impian Rosé untuk berjaya dan pada masa yang sama, tidak sesekali mahu melupakan daratan setelah diangkat menjadi seorang selebriti popular.
Rosé berulang kali mengingatkan dirinya agar selalu ingat akan niat utamanya menyertai industri seni dan selalu merendah diri.
I worked my whole life Just to get high Just to realize Everything I need is on the ground
“Saya imbas semula siapa diri saya, cinta saya terhadap muzik dan bagaimana saya membesar dengan muzik. Saya menulis lagu-lagu dalam R di dalam bahasa Inggeris kerana saya rasakan bahasa tersebut sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan.
“Walaupun kita selalu berlari ke depan, ke tempat yang lebih tinggi (kejayaan), apa yang lebih penting adalah nilai dalam diri kita.
“(On The Ground) selari dengan cerita hidup saya daripada zaman trainee hingga sekarang. Ada masanya, saya persoalkan motif saya (menyertai industri seni) dan saya rasakan lirik (On The Ground) mengekspresikan perasaan saya ini,” katanya dalam sidang media semalam.
Easter Eggs untuk Blinks
Apa yang penulis gemari mengenai klip video On The Ground ini adalah mesej yang diselitkan oleh Rosé dalam setiap babak yang ada.
Bukan nama YG Entertainment-lah jika klip video artis mereka tidak dipenuhi dengan easter eggs. Sama ada ia benar ataupun hanyalah kebetulan saja, kesemuanya cukup cantik dirakam dan disunting.
Jom tengok apakah easter eggs yang dapat REMAJA ‘tangkap’.
Perubahan Park Roseanne kepada Rosé
.
Diangkat sebagai selebriti berjaya di ladang bunga mawar, throwback MV Whistle
.
Kereta mewah dengan nombor plat Rosé terbakar = jiwa kacau Rosé?
.
Lampu chandelier terjatuh, perasaan sedih dalam diri Rosé & throwback kepada MV Ddu Du Ddu Du
.
Teater ditutup untuk setahun..
..demi keselamatan orang awam (besar kemungkinan kerana musim pandemik) membuatkan Rosé mudah fokus untuk ‘reflect’ semula terhadap dirinya.
.
‘Roses Are Dead, Love Is Fake”
Hhm.. kita belum pernah mendengar gosip percintaan melibatkan Rosé. Mungkinkah ada mesej yang ingin disampaikan berkenaan kisah cintanya yang pernah gagal?
Ia diperkuatkan lagi dengan tulisan LOVE yang terbakar.
.
Tribute Rosé terhadap Australia
Rosé dilahirkan di New Zealand namun dibesarkan di Australia. Dia memakai baju T Koala dan bandar ‘Darwin’ yang tertulis di belakang.
.
‘Rosé muda’ mencampakkan bunga mawar kepada ‘Rosé sekarang’ bagi mengingatkan dirinya semula tentang asal-usulnya.
,
Kedua-dua versi Rosé ini juga muncul bermain piano bersama.
*
*
Apa pendapat korang, adakah kesemua petunjuk ini benar ataupun hanyalah kebetulan saja?
Tonton video On The Ground nyanyian Rosé di bawah:
Nak makan tapi malas? Ya, ini masalah biasa bagi anak muda zaman sekarang. Tapi, dalam malas-malas tu pun tetap kreatif dapat menghasilkan menu yang tidak menghampakan.
Buktinya? Perkongsian Afil Jefri di laman Facebook cukup buat ramai yang terliur dengan resipi lempeng pemalas berinti coklat ‘crunchy ini.
Simple tapi nampak menyelerakan. Nak tau sedap ke idok, apa kata korang try sendiri.
Bahan-bahan:
3 sudu besar tepung gandum
1 biji telur ayam
2 sudu besar gula
Air sebanyak yang perlu
Sedikit garam
Ovamaltine (Hero dalam resipi ni)
Cara membuat:
1. 3 sudu besar tepung gandum pun dah cukup. Ikut keperluan perut masing-masing
2. 2 sudu besar gula, tak terlalu manis dan tak terlalu tawar. Just nice. Kalau nak diabetes, gunakanlah sekilang gula
3. 1 biji telur yang bersaiz besar. Kalau saiz kecil tu guna dua biji
4. Ini adalah superhero! Paling sedap tak tipu. Hm, dap dap
5. Garam secukup rasa. Guna secubit saja nak bagi balance. Jangan tuang segenggam pula, bukan nak buat ikan masin
6. Air ni digunakan untuk bagi kepekatan di tahap yang masuk akal
7. Gaulkan semua bahan-bahan itu dalam satu mangkuk. Sebelum masukkan air, dia akan jadi kental teruk, macam doh nak buat pizza. Tapi jangan gelabah! Masukkan air sedikit demi sedikit
8. Gaul sehingga adunan bahan-bahan tadi sebati dan jadi seperti ini
9. Panaskan kuali, sapu dengan minyak masak. Guna minyak zaitun lagi bagus
10. Bila dah siap, angkat dan sebelum sejuk, sapukan dengan Ovalmaltine crunchy cream tu
11. Kemudian, letak satu keping lempeng lagi di bahagian atas
12. Potong, letak dalam pinggan dan hidangkan. Kalau nak acah-acah MasterChef tu, tabur la dengan serbuk Milo. Selamat menjamu selera!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Buat julung kalinya, salah seorang daripada dua peserta lelaki program realiti nyanyian The Hardest Singing Show telahpun menyambar kejuaraan mingguan pada konsert suku akhir, malam tadi.
Putera Muhammad tampil dengan persembahan impresif ketika membawakan lagu Hilang Naluri dengan elemen api bagi menyelesaikan cabaran minggu ini bertemakan Estetika Alam. Sekaligus, Putera berjaya mengutip markah tertinggi sebanyak 93.20 peratus dan membawa pulang Anugerah The Hardest of the Night.
Putera Muhammad.
Lebih manis lagi, Putera juga telah menerima skor tertinggi daripada salah seorang juri tetap program, Dato’ Seri Rossa atau lebih mesra dengan panggilan Teh Ocha seperti yang diumumkan oleh juri berkenaan sewaktu sesi penjurian.
Bercakap kepada REMAJA di belakang pentas, Putera berpendapat rezeki tersebut hadir secara mengejut pada minggu kelapan pertandingan memandangkan kejuaraan seringkali diperolehi oleh peserta-peserta wanita.
“Graf saya dalam program ini macam roller coaster, naik turun (ketawa). Alhamdulillah minggu dapat juga saya merasa menjadi juara mingguan. Sewaktu persembahan tadi pun, saya lihat juri-juri berikan standing ovation. Itu yang penting sebenarnya iaitu apabila penonton puas dan apa yang kita hendak sampaikan itu tercapai. Kedudukan pertama itu bonus,” katanya yang membawakan lagu Hilang Naluri nyanyian Once.
Sewaktu Putera menerima tugasan elemen api, idea asalnya adalah bagi menimbulkan kegerunan penonton dengan cara membakar yang ekstrem termasuklah idea untuk membakar tubuhnya sendiri. Namun hasrat Putera itu ‘lebih terkawal’ malam tadi setelah menerima nasihat pihak produksi dan pasukannya sendiri.
“Kau ni muka nak pakai lama, kaki nak pakai lama, badan nak pakai lama… Jadi jangan habiskan segala-galanya pada minggu ini…”
“Ya, idea asalnya termasuklah untuk membakar satu badan dan pijak api agar merecik. Itu belum lagi bermain dengan efek api pada badan. Tetapi apa yang berlaku malam ini adalah idea-idea yang telah diluluskan oleh produksi,” katanya.
Kongsi Putera lagi, sesi raptai bersama nyalaan api pada lengannya hanya boleh dimulakan pada hari Sabtu. Biarpun sedikit cemas ketika melakukannya, dengan bantuan pihak bertanggungjawab, Putera kekal tenang ketika cuba memadamkan api menggunakan sapu tangan khas serta air yang telahpun disediakan di atas pentas.
Konsert The Hardest Singing Show minggu suku akhir malam tadi diungguli oleh Putera Muhammad (93.20 peratus) yang membawakan lagu Hilang Naluri nyanyian Once diikuti Ayda Jebat (85.69 peratus), Aepul Roza (81.48 peratus), Stacy (77.30 peratus), Zizi Kirana (67.33 peratus) dan Aisha Retno (63.78 peratus).
Terdahulu, Putera Muhammad pernah menyertai sebuah lagi program realiti nyanyian terbitan Astro iaitu Big Stage 2023 dan menduduki tangga ketiga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!