Satu ketika dahulu, Malaysia pernah disebut-sebut sebagai salah sebuah negara di benua Asia yang mempunyai kadar obesiti kritikal dalam kalangan rakyatnya.
Begitupun, ia tidak bermaksud keseluruhan rakyat negara kita enggan mengamalkan gaya hidup sihat. Buktinya, Jabatan Perangkaan Malaysia atau DOSM dalam kenyataannya pada 26 Julai 2023 memaklumkan bahawa 8.7 juta penduduk daripada sejumlah 16.1 juta responden mengakui aktif bersukan dan bersenam.
Lebih daripada separuh gaiss! Not bad for so-called unhealthy citizens.
Menerusi bancian yang menyertakan soalan kecergasan Banci Malaysia 2020 itu, seramai 1.3 juta daripada respondennya yang mengamalkan gaya hidup aktif dengan bersukan dan bersenam berasal dari negeri Selangor.
Manakala, negeri Johor pula berada dalam kedudukan kedua paling aktif dengan mencatatkan 1.2 juta orang. Sekaligus, kedua-dua buah negeri tersebut menyumbang kepada 28.5 peratus daripada 8.7 penduduk yang bersenam.
Ads
*
Tiga buah daerah paling kerap melakukan aktiviti fizikal pula ditakhluki oleh Petaling (445,900), Johor Bahru (392,500) dan Kinta (339,200).
“Aktiviti rekreasi pula seramai 4.2 juta orang, berjalan laju dan berlari, dengan 2.1 juta orang adalah antaa yang paling digemari.
Ads
“Ia diikuti (dengan) berbasikal, e-Sport, zumba atau aerobik, berenang, aktiviti gimnasium, sukan lasak dan taichi atau yoga,” kata DOSM.
Sementara itu, seramai 80 peratus responden mengakui semangat mereka untuk bergiat aktif ini dipengaruhi oleh faktor lokasi kemudahan taman permainan dan padang bola sekurang-kurangnya dalam lingkungan lima kilometer dari kediaman masing-masing.
Haa, siapa yang rumah berdekatan dengan taman rekreasi tu, bersenam secara konsisten ke tidak? Hehe..
Ads
Ayuh! Sama-sama kita tukar persepsi pemerhati antarabangsa bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang dihambat isu rakyat obes.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa pun pasti seronok melihat anak cucu mencapai kejayaan akademik, dan pelakon veteran Wan Hanafi Wan Su tidak terkecuali.
Pelakon dan penulis lagu legenda berusia 72 tahun ini, telah meraikan pencapaian cucunya, Khairina Syamimi Khairul Anuar, yang berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang dalam sesi Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ke-19, baru-baru ini.
Wan Hanafi hadir untuk menyaksikan cucunya menerima Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Industri dengan Kepujian. Dalam suasana penuh kegembiraan, Khairina yang mengenakan jubah konvokesyen dan mortar board terlihat tersipu-sipu malu ketika Wan Hanafi meluahkan rasa bangganya.
“Bila bercakap tentang kebahagiaan bila tengok konvo cucu, rasa (seronoknya) tak boleh nak lawan. Syukur Alhamdulillah. Itulah dia, maknanya kita boleh berikan contribute kepada generasi akan datang melalui keturunan.
“Saya mengharapkan dia (Khairina Syamimi) akan membuat kebaikan dan kebaikan sampai bila-bila,” katanya.
Kejayaan Khairina juga mendapat perhatian dari warga maya yang tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada pelakon yang terkenal melalui karya seperti Jogho dan Hikayat Merong Mahawangsa.
“Bestnya Atuk sempat tengok cucu terima ijazah. Tahniah,” komen seorang pengguna.
“Legend actor. Terbaik.. Beruntung cucu mempunyai datuk yang antara berjasa dalam dunia perfileman Malaysia,” komen pengguna lain.
“Jarang Atuk hadir konvo cucu. Tahniah,” ucap seorang netizen.
“Harapan seorang datuk kepada cucu yang disayangi. Moga Khairina terus maju jaya,” tulis juga pengguna TikTok lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Seorang lagi pelajar Malaysia telah mengharumkan nama negara apabila dianugerahkan Anugerah Biasiswa Fizik Perubatan Kerjaya Awal yang berprestij atas penyelidikannya dalam mengembangkan biopenanda yang dapat menilai keberkesanan rawatan talasemia beta.
Talesemia beta adalah antara gangguan genetik yang lazim di Malaysia dengan anggaran 4.5 peratus penduduk adalah pembawa. Namun, ia masih belum mempunyai penawar bagi penyakit ini.
Menurut Bernama menerusi temubual bersama Umi Nabilah Ismail, yang juga merupakan pelajar PhD di Malaysia, satu-satunya pilihan kuratif yang ada adalah dengan pemindahan sumsum tulang, tetapi kadar kejayaannya agak rendah. Oleh itu, majoriti pesakit hanya diurus dengan menjalani transfuse darah seumur hidup.
Penyakit ini boleh menyebabkan anemia teruk. Walaupun terdapat banyak terapi baharu yang dikembangkan, biopenanda serum yang digunakan untuk menilai keberkesanan rawatan tidak begitu tepat.
Umi Nabilah sedang mengkaji kemungkinan pengukuran lemak di sumsum tulang menggunakan pengimejan resonans magnetik (MRI) sebagai biopenanda untuk talesemia beta.
Pelajar PhD tahun kedua di Jabatan Pengimejan Bioperubatan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya itu juga berkata kesimpulan kajian akan membantu pengembangan biopenanda baharu yang dapat meningkatkan keberkesanan rawatan pesakit.
Institut Fizik Perubatan Winter turut menganugerahkan US1,000 sebagai tambahan kepada biasiswa yang merangkumi program mentor dengan pakar antarabangsa dalam bidang fizik perubatan.
Umi Nabilah adalah salah seorang daripada 18 ahli perubatan awal kerjaya dari 15 negara yang disenarai pendek untuk membentangkan projek mereka pada pusingan akhir pertandingan ketika mesyuarat maya Institut Fizik Perubatan Winter 2021.
Pertandingan itu dibahagikan kepada dua pusingan. Pemohon harus menghantar vitae kurikulum dan cadangan penyelidikan pada pusingan pertama. Pada pusingan akhir, mereka perlu membentangkan penyelidikan dalam program seminar.
Program tahunan ini adalah pertemuan para penyelidik dan professional Amerika Syarikat dalam bidang fizik perubatan dengan tujuan menyokong ahli fizik perubatan di awal kerjaya dan memberi pelbagai peluang biasiswa serta program bimbingan.
Tahniah Remaja ucapkan kepada Umi Nabilah dan semoga penyelidikannya itu berjalan lancar dan dipermudahkan.
Dalam kehidupan zaman digital masa kini tidak ada yang mengejutkan jika seseorang itu menjadikan saluran YouTube sebagai salah satu sumber pendapatan mereka. Malah, ia juga sudah menjadi sebagai satu kerjaya kerana hampir seluruh masyarakat menggunakan media sosial dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian, ramai anak muda berlumba-lumba untuk menghasilkan video terbaik demi meraih jumlah tontonan yang tinggi.
Di China, seorang YouTuber popular yang dikenali sebagai Li Ziqi telah mencipta rekod dunia dalam Guinness World Records kerana berjaya mencapai 14.2 juta subscribers pada bulan lalu.
Menurut South China Morning Post, The Guinness World Records membuat pengumuman itu melalui aplikasi Weibo. Li Ziqi mencatatkan rekod pada bulan Julai dengan 11.4 juta langganan dan meningkat kepada 14.1 juta pada akhir Januari 2021.
Gaya hidup dan budaya tradisional Cina yang dipaparkan melalui videonya telah berjaya menarik peminat dari seluruh dunia dan ramai YouTuber turut memberikan komen pujian kepada wanita berusia 30 tahun itu.
Li Ziqi sering menyiarkan video kehidupannya di Sichuan, China di mana dia akan menuai hasil dan menunjukkan kepada penonton bagaimana dia memasak, menyediakan bahan seperti kicap atau membuat perabot sendiri menggunakan buluh.
Dia melancarkan saluran YouTubenya pada tahun 2017 dengan video membuat gaun daripada kulit anggur.
Wanita ini telah mengubah videonya menjadi sebuah bisnes yang berjaya dengan memiliki lebih daripada lima juta pengikut di kedai dalam talian menerusi platform e-commerce Taobao.
Apa yang menariknya, YouTuber ini juga mempunyai peminat di Malaysia.
Pada Januari lalu, Li Ziqi telah mencetuskan kontroversi selepas videonya membuat makanan popular masyarakat Korea, Kimchi dengan tanda pagar #ChineseFood hingga membangkitkan kemarahan netizen mendakwa bahawa Li Ziqi telah menyalahgunakan hidangan tradisional Korea tersebut.
Aigo, masih belum habis ya isu China dan Korea rebut makanan Kimchi ni. Hiks!
Jadi untuk korang yang mempunyai minat dalam pengisian video, mungkin korang boleh fikirkan sesuatu yang menarik untuk dikongsi di laman YouTube. Dah ramai yang menjadikan YouTube sebagai side income dan buktinya, memang mereka berjaya.
Video masak yang ‘bodo-bodo’ di YouTube pun dapat tontonan tau. So, why not kita cuba kan?