Atlet taekwondo Thailand, Panipak Wongpattanakit yang telah mencipta sejarah meraih pingat emas pertama untuk negaranya di Olimpik Tokyo telah pun pulang ke tanah air.

Selepas melalui protokol kawalan COVID-19, bintang Taekwondo itu disambut oleh ayahnya dan para penyokong di lapangan terbang Phuket bagi meraikan kejayaan dengan mengucapkan tahniah.

Raih Emas Pertama Buat Thailand, Atlet Taekwondo Melutut Depan Ayahnya Sebaik Tiba Di Tanah Air

Namun begitu, apa yang lebih menyentuh hati apabila Panipak melutut dan menghadiahkan pingat emas yang telah dimenangi kepada ayahnya. Momen berharga itu berjaya dirakamkan menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh The Nation Thailand.

IKLAN

Atlet berusia 23 tahun ini juga turut mengalungkan pingat emas di leher ayahnya dan kita dapat melihat betapa bangganya seorang ayah apabila anaknya berjaya mengharumkan nama negara.

Raih Emas Pertama Buat Thailand, Atlet Taekwondo Melutut Depan Ayahnya Sebaik Tiba Di Tanah Air

Sebak pula menonton video tersebut kan? Hiks!

IKLAN

Panipak juga dilihat memberi penghormatan kepada jurulatih, teman sepasikan dan presiden Taekwondo Association of Thailand.

Atlet remaja itu perlu menghabiskan masa sekurang-kurangnya 14 hari di Phuket sebelum dibenarkan melakukan perjalanan ke wilayah lain.

Menteri Pelancongan dan Sukan, Phiphat Ratchakitprakarn menjelaskan Panipak dan pasukannnya diundang ke Phuket supaya mereka dapat mengelakkan kuarantin di bilik hotel.

IKLAN

Di bawah program sandbox, mereka yang mendapat vaksin sepenuhnya tiba di Phuket mesti tinggal di wilayah tersebut sekurang-kurangnya 14 hari sebelum mereka dapat pergi ke wilayah lain.

Raih Emas Pertama Buat Thailand, Atlet Taekwondo Melutut Depan Ayahnya Sebaik Tiba Di Tanah Air
Foto: Free Malaysia Today

Untuk rekod, Panipak pernah meraih emas dalam Kejohanan Dunia 2015, Sukan Asia Tenggara 2017 dan Sukan Asia 2018 selain merangkul pingat gangsa di Olimpik Rio 2016.

Tahniah Remaja ucapkan kepada negara jiran kita, Thailand atas kemenangan pingat emas yang diperoleh. Walaupun Malaysia belum ada rezeki mendapatkan pingat emas, namun melihat kejayaan Asia di pentas dunia juga merupakan satu kebanggaan untuk kita.

Sumber: (1)

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI