Seorang wanita Bidayuh berusia 40 tahun dari Sarawak telah mencipta sejarah apabila memenangi pingat emas pada Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Asia ke-55 yang berakhir baru-baru ini di Kathmandu, Nepal.
Atlet wanita, Philomena Dexclyn Siar, menewaskan pesaingnya, Nguyen Thi Kim Cuong dari Vietnam dan Ajaree Tansub dari Thailand, untuk merangkul pingat dalam acara Fizik Sukan Wanita (lebih 165cm).
Menarik sekali apabila Philomena kini menjadi wanita Sarawak pertama memenangi gelaran dalam pertandingan Asia. Wow…girl power!
Untuk makluman, penyertaan wanita hebat tersebut dalam kejohanan Asia di Kathmandu menandakan penampilan ketiganya dalam pertandingan itu.
Ads
Dia sebelum ini mencapai kedudukan lima teratas dalam kedua-dua edisi 2019 yang diadakan di Batam, Indonesia, dan acara di Maldives tahun lepas, menurut The Borneo Post.
Selepas memenangi emas, Philomena berkata bahawa dia dibanjiri pelbagai emosi yang boleh digambarkan sebagai gabungan kegembiraan, kesyukuran, dan kelegaan.
“Saya berasa berbesar hati kerana akhirnya mencapai apa yang saya telah bekerja keras, iaitu mendapat pingat emas pertama saya dalam kejohanan Asia,” katanya dipetik oleh The Borneo Post.
Ads
Philomena juga menyatakan bahawa dia amat bersemangat dan bersedia untuk menghadapi Kejohanan Dunia akan datang yang akan diadakan di Korea Selatan November ini.
Dalam temu bual bersama Dayak Daily awal tahun ini, Philomena berkongsi bahawa Dr Malvern Abdullah, rakan atlet bina badan yang memenangi pingat perak di acara Kathmandu, adalah orang yang menggalakkannya menyertai pertandingan bina badan.
Dia menyebut bahawa, sejak itu, dia tidak pernah menduga keputusannya untuk meneruskan jalan ini sehingga kini.
Ads
Wanita otot itu sebelum ini memenangi pingat perak pada Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Asia Tenggara ke-16 di Yangon, Myanmar, yang diketahui sebagai pencapaian terbaiknya sebelum Nepal.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO & ARTIKEL: The Borneo Post
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampaknya kepatuhan rakyat Malaysia mengenai penjarakan sosial semakin menuju kemenangan apabila hanya dua kes dicatatkan hari ini sekaligus terendah pernah dicatatkan dalam negara.
Laporan Harian Metro, jangkitan baharu Covid-19 dalam negara merekodkan kes terendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan dengan hanya dua kes dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 8,329 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada dua kes baharu yang dilaporkan itu, ada satu kes import dan satu lagi kes penularan tempatan membabitkan bukan warga Malaysia.
Beliau berkata, jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 dalam negara juga meningkat kepada 7,014 kes, iaitu 84.1 peratus daripada keseluruhan kes, hari ini. Menurutnya, ia susulan pertambahan 29 lagi kes pulih dan dibenarkan discaj daripada fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selain melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan.
"Keseluruhannya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,206 kes.
"Seramai lima pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), tiada daripadanya memerlukan bantuan pernafasan," katanya ketika sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini. Untuk rekod, dua hari berturut-turut tiada kes tempatan membabitkan rakyat tempatan.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, satu kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat 12 tengah hari ini.
"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia bertambah sebanyak 118 kes, 1.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam musim wabak COVID-19 yang semakin berleluasa, penggunaan hand sanitizer dah jadi semacam keperluan wajib di mana-mana.
Setiap rumah dah ada stok, dalam kereta dah standby, dalam poket atau beg tangan pun ada satu.
Secara tak langsung, demand terhadap hand sanitizer pun meningkat secara mendadak kerana ia berfungsi menyahjangkit kuman.
Tapi siapa sangka, seorang penjaga pintu masuk pasar awam di Lunas, Kedah kantoi apabila tindakannya yang menggantikan cecair pembasmi kuman dengan air paip dikesan pihak berwajib.
Tindakan licik lelaki ini yang tidak mematuhi SOP ini dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 dan didakwa di bawah Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di Kedah ketika ini, Ketua Polis Daerah Kulim Supt Azhar Hashim menegaskan agar semua penduduk tempatan mematuhi SOP ketika berada di luar rumah.
“Kita kesan ada peniaga yang tidak menyediakan cecair pembasmi kuman dengan sebaiknya, jadi langkah-langkah ini perlu dilakukan seperti saranan kerajaan.
“Saya juga berharap pelanggan mematuhi semua SOP yang ditetapkan seperti penggunaan pelitup muka dan diharap ia akan dipatuhi sepenuhnya. Kami dan agensi berkenaan akan sentiasa memastikan semua SOP ini diikuti,” katanya.
Menurut laporan Astro Awani, untuk rekod 65 kompaun telah dikeluarkan bermula 10 Jun lepas sehingga kini atas pelbagai kesalahan seperti tidak menyediakan cecair pembasmi kuman dan buku catatan di premis, serta tidak memakai pelitup muka dan penjarakan sosial.
So, korang hati-hati ye kalau nak pakai sanitizer dekat kedai-kedai tu. Better bawa sendiri je lah hand sanitizer tu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika korang masih ingat pada April 2021, REMAJA pernah melaporkan mengenai keberanian wakil Myanmar di pentas ratu cantik Miss Grand International 2021.
Han Lay yang ketika itu hanya berusia 22 tahun telah menggunakan peluang mara ke pusingan separuh akhir pada pertandingan itu untuk lantang menyuarakan mengenai ketidak adilan tentera junta di Myanmar terhadap masyarakat di sana.
Tidak cukup dengan itu, Han Lay yang juga merupakan seorang model telah merayu kepada masyarakat dunia untuk tampil menyelesaikan konflik di negara tercintanya.
Akibat tindakan beraninya ini, tentera junta telahpun mengeluarkan waran tangkap ke atas Han Lay. Maka, pemilik organisasi pertandingan tersebut, Nawat Itsaragrisil telahpun menawarkan tempoh penjagaan selama tiga bulan di bawah organisasinya di Thailand sehingga Han Lay dibenarkan pulang.
Han Lay bersama-sama pemiliki organisasi Miss Grand International, Nawat.
Begitupun, hampir setahun setengah selepas itu, Han Lay dilaporkan masih bergelar pelarian di Thailand dan ia telah menimbulkan isu selepas tentera junta dipercayai menarik semula pengesahan passport Han Lay untuk berada di Thailand; lapor jabatan imigresen di sana.
Pengurus Han Lay mengesahkan penerimaan notis Interpol mengatakan model itu telah dihalang daripada melepasi balai ketibaan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok dari Vietnam.
Nawat dalam pada itu berkata Han Lay sudah berada di kawasan transit di lapangan terbang Bangkok sejak Rabu lalu selepas dia ditahan akibat notis Interpol itu.
“Dia tidak mahu ke mana-mana lagi. Dia ingin menetap di Thailand. Dia menunggu jalan penyelesaian bagaimana untuknya dapat terus tinggal di Thailand,” kata Nawat ketika dihubungi oleh Reuters.
Setelah kira-kira empat hari kes ini dirungkaikan, akhirnya pada minggu ini Han Lay telah sah diberikan status pelarian di negara Kanada. Dia telahpun dijadualkan menaiki pesawat Korean Air untuk meninggalkan Thailand pada malam ini, 28 September 2022 untuk berada di Toronto.
Difahamkan, selepas Han Lay ditahan oleh pihak berkuasa Thailand minggu lalu, dia terus memohon perlindungan suaka daripada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR).
Kes ini telah menarik perhatian ramai pihak memandangkan pertandingan Miss Grand International 2022 dijadualkan berlangsung pada bulan Oktober ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
”.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjelang detik bahagia yang semakin hampir, pasangan selebriti dan politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Bella Astillah dijangka berkongsi lebih banyak perincian mengenai...