1. Tidur Dan Rehat Yang Cukup
– 6-8 jam sehari
– Supaya muka kekal fresh, tidak lesu dan sembab
– Elak stress & boleh merangsang kecantikan
2. Minum air yang cukup
– 1.5-3 liter per day
– Hydration, kunci utama untuk kulit yang segar dan sihat
– Boleh sebabkan tumbuh jerawat dan keluarkan minyak walaupun kulit kita kering
Ads
3. Mengenalpasti jenis kulit
– Ada dry, normal & oily
– Supaya kita boleh guna product yang sesuai dekat jenis kulit
– Kita akan lebih peka dan berhati hati dalam pemilihan product
– Jangan ikut trend atau orang, kulit kita semua berbeza
4. Guna Sunscreen
– Sunscreen sangat penting dalam hidupan harian
– Bukan setakat pakai di pantai atau masa beriadah sahaja. Ketika kerja ataupun di mana mana sahaja, penggunaan sunscreen adalah penting.
– Boleh elakkan kedutan dan tanda hitam bekas jerawat
5. Elakkan Tidur Ketika Pakai Makeup & Muka Berminyak
– Gunakan cleanser yang sesuai dengan jenis kulit
– Pilih yang ada PH di antara 4.5-7.0
– Elakkan pilih yang mengandungi sulphates
– Salah satu penyebab kulit muka rosak & jerawat mudah tumbuh
6. Pakai Night Cream / Buat Skin Care Routine Sebelum Tidur
– Ini akan dapat manjakan kulit
– Kuit rasa lebih fresh
– Membantu jaga kulit dari dalam, kerana ketika tidur, kerana kulit melalui process detoxification
– Mengurangkan proses dan merawat pertumbuhan jerawat
7. Scrub Muka
– Lakukan dua kali seminggu
– Jangan lakukan setiap hari, kerana kulit boleh jadi kering dan rosak
– Bagi yang memiliki kulit sensitive, gunakan scrub yang lebih lembut
Ads
8. Pemilihan Jenis Makeup Juga Penting
– Avoid using oil-based foundation as it will clog pores and be a cause of acne
9. Tukar Sarung Bantal Setiap Minggu
– Minyak dari rambut dan muka akan serap ke muka kita dan menyebabkan muka akan senang tumbuh jerawat dan tidak bersih
10. Jangan Picit Jerawat
– Elakkan menyentuh kulit muka dengan jari atau tangan kita sendiri kerana tangan kita banyak bakteria
– Daripada picit lebih baik rawat jerawat dengan produk yang sesuai dengan jenis kulit kita
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kehilangan insan tersayang sememangnya satu dugaan besar, apatah lagi apabila kehilangan itu melibatkan ibu kandung yang menjadi sumber kasih sayang utama.
Namun, bagi anak kepada usahawan dan content creator terkenal, Ridzuan Ridzokumura, iaitu Sky Taizo Okumura, situasi tersebut bukan halangan untuk dia terus berpegang teguh pada prinsip hidup dan agama.
Baru-baru ini, tular di platform TikTok apabila Ridzuan memuat naik video Sky menunaikan solat di sebuah restoran. Momen itu meraih perhatian ramai kerana pada usia yang masih muda, Sky sudah menunjukkan keazaman untuk menjaga ibadah, khususnya solat.
Menurut Ridzuan, anak lelakinya itu berazam untuk tidak pernah meninggalkan solat kerana setiap kali selesai solat, dia akan berdoa khusus buat arwah ibunya, Allahyarhamah Akiko Okumura.
“Alhamdulillah, masih banyak lagi Sky dan saya perlu pelajari. Tetapi Sky sendiri beritahu dia tidak mahu tinggalkan solat kerana selepas solat, dia akan berdoa untuk arwah ibunya,” jelas Ridzuan dalam perkongsian tersebut.
Kesungguhan Sky Dapat Pujian Netizen
Tindakan Sky yang tetap menjaga solat walaupun berada di tempat awam mendapat pujian warganet. Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap kecekalan Sky dan mendoakan agar dia terus istiqamah dalam ibadah.
Alhamdulillah banyak lgi sky dan saya kena belajar🥰❤️🙏🏻 sky kata dia tak nk tinggal kan solat sbb selepas solat sky sentiasa berdoa untuk arwah ibu nya🥰🇯🇵🇲🇾
Bukan itu sahaja, menurut Ridzuan, Sky kini turut dibimbing oleh seorang ustaz bagi memperbaiki bacaan serta rukun solatnya agar ibadah yang dilakukan lebih sempurna.
“Saya mahu Sky faham bahawa solat bukan sekadar pergerakan, tetapi penghubung dengan Allah, dan tempat untuk kita kirimkan doa buat insan tersayang,” tambah Ridzuan.
Tinggalkan Kesan Mendalam
Terdahulu, Allahyarhamah Akiko Okumura disahkan meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya, Selangor pada 28 Februari lalu. Kejadian itu meninggalkan kesan yang cukup besar terhadap Ridzuan dan Sky, namun mereka sekeluarga memilih untuk tabah dan reda dengan ketentuan Ilahi.
Untuk rekod, Ridzuan dan Akiko telah mendirikan rumah tangga pada Februari 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura.
Semoga Sky terus kuat, cekal, dan istiqamah dalam menunaikan ibadah, serta terus menjadi anak yang membanggakan arwah ibunya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila diumumkan Perintah Kawalan Pergerakan disambung tentu sahaja rata-rata dari kita mula mengeluh sebab setiap hari berdepan dengan perkara yang sama, sampai kamu jadi fed up.. Bila sudah berada di rumah sendiri, pastinya pergerakan lebih terbatas kerana bangun sahaja daripada tidur, buka laptop dan terus bekerja. Tidak seperti jika harus ke pejabat, korang perlu bersiap-siap dan bergegas ke tempat kerja, tapi kalau WFH memang dari pagi sampai petang duduk sahajalah kan?
Dek kerana terlalu lama duduk sahaja tanpa melakukan banyak pergerakan, sebenarnya ia tidak bagus untuk kesihatan kita kerana menjadikan tubuh menjadi ‘lemau’.
Ini kami kongsikan benda simple tapi mampu buat badan kekal cergas.
Tengok benda berwarna merah
Contohnya seperti lihat sejambak bunga mawar yang berwarna merah atau gambar . Kajian menunjukkan dengan melihat warna merah, boleh membantu korang kekal fokus kepada tugas malah memberikan semangat. Jadi, pastikan ada sesuatu yang berwarna merah yang menghiasi meja kerja .
Chewing gum
Sumber Gambar : Pexels
Apabila anda mula rasakan penurunan tenaga, anda boleh cuba mengunyah sugar-free mint gum – ia adalah satu cara yang terbukti untuk memerangi rasa mengantuk siang hari.
15 minit nap
Kalau boleh cuba ambil 15 minit nap, ianya membantu anda menenangkan fikiran. Jangan pulak sampai terlajak, habis kerja tak siap.
Senaman ringan
Regangan (walaupun anda hanya berdiri di sebelah meja anda). Beberapa pergerakan yoga boleh memerangi kemurungan dan keresahan.
Postur badan
Jika tenaga anda turun sepanjang hari, ia mungkin disebabkan oleh postur anda. Kajian oleh San Francisco State University, pelajar yang agak membongkok mengalami penurunan tenaga sepanjang hari berbanding dengan pelajar yang menjaga postur badan dengan tepat.
Udara luar
Bayangkan merenung skrin komputer selama lapan jam, tidak hairanlah anda berasa penat dan layu. Cuba keluar dari pejabat, hirup udara segar lihat pemandangan luar, ianya membantu anda rasa lebih bertenaga.
Kajian menunjukkan bahawa ketawa boleh membantu anda berjaga. Tiada sebab untuk anda tidak lakukannya. Rehat sebentar dan tontonlah video.
Buka lampu dan tingkap
Rasa pejabat agak suram, gelap, dingin? Cuba hidupkan setiap lampu dan buka tingkap. Pendedahan kepada cahaya yang terang akan memerangi perasaan mengantuk.
Makan badam
Sumber Gambar : Pexels
Kacang mengandungi megnesium, yang akan membantu badan anda memecahkan glukosa kepada tenaga. Stick dengan yang mentah, badam tanpa garam untuk snek tengah hari yang sihat.
Kudapan coklat
Sumber Gambar : Vie Studio from Pexels
Amalan memakan coklat mampu merangsang hormon yang membuatkan manusia berasa tenang dan kekal ceria.
Bila duduk rumah mesti selalu mengunyah juga kan? Ha, hati-hati guys. Jangan lupa jaga kesihatan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemelut perhubungan bersegi-segi melibatkan pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah kian memuncak apabila ramai nama-nama popular sama ada dari industri seni mahupun industri-industri yang berkerja rapat dengan mereka turut terpalit dalam kisah yang sama.
Biarpun mereka tiada kena-mengena dengan drama rumah tangga pasangan itu, pendedahan sensasi yang dilakukan oleh Sarah Yasmine iaitu salah seorang skandal yang pernah menjalin hubungan gelap bersama Aliff Aziz secara tidak sengaja turut menyebabkan nama mereka dipetik dengan semena-mena.
Ini berikutan foto-foto perbualan WhatsApp antara Aliff dan orang ketiga dalam perhubungan mereka, Ruhainies yang disebarkan oleh Sarah sepanjang minggu lalu.
Salah satu nama yang dipetik netizen daripada perbualan WhatsApp tersebut ialah jenama fesyen, Fiziwoo yang diterajui oleh Hafizi Radzi Woo dan Izree Kai Haffiz. Berdasarkan perbualan itu, Aliff dan Ruhainies masing-masing telah mendapatkan persalinan lebaran mereka daripada koleksi Riviera Raya 2024 yang diperkenalkan jenama itu sementelah Ruhainies sendiri merupakan muse buat musim kali ini.
Hafizi Radzi Woo a.k.a Fizi.
Pendedahan Sarah menerusi Instagram Story itu kemudian dimuat naik semula oleh Bella di akaun Instagram-nya dengan kapsyen, “Siapkan baju raya,” berserta emoji tanda sedih.
Justeru, bala tentera media sosial yang menyebelahi pihak Bella dalam kemelut ini terus menyerang akaun Fiziwoo yang didakwa berada di pihak Ruhainies dan Aliff kerana menyediakan persalinan lebaran buat mereka berdua.
Enggan terus-menerus menjadi mangsa keadaan yang tersepit di tengah-tengah ‘drama’ tersebut, Fizi menjelaskan keadaan sebenar dari perspektif seorang pereka fesyen yang bekerjasama dengan para klien yang kadangkala terdiri daripada kalangan selebriti tempatan.
“Here we go again, tak habis-habis.. Bosan,” catat Fizi yang sedari awal sudahpun menjadi sasaran netizen setelah skandal itu terbongkar hanya selang dua hari selepas pertunjukan fesyen Fiziwoo Riveira Raya 2024, Mac lalu.
Tidak cukup sekadar drama yang tercetus itu, netizen pula seakan menambah minyak ke bara api apabila melontarkan tohmahan tidak berasas dengan kata-kata kesat sehinggakan ia bukan sahaja mengguris perasaan pereka duo Fiziwoo itu tetapi juga memberi kesan kepada perniagaan mereka.
“Malas nak layan sebenarnya DM macam ini. Tapi bila fakta yang diputar belit dan menjadi fitnah, saya akan bantu anda untuk mengecapi populariti dan tumpuan, okay?” katanya sebelum mendedahkan netizen bernama @casrtk itu yang padanya sudah melampau batas adab di media sosial.
“(Fokus) kami sebagai usahawan dan pereka fesyen adalah untuk mengenengahkan kreativiti kami menerusi ciptaan rekaan dan produk yang cantik.
“Klien kami datang daripada pelbagai latar belakang. Ada yang bini pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Kalau mereka datang untuk mendapatkan produk kami, kami sangatlah berbesar hati untuk meraikan semua pihak kerana bukan hal saya untuk menyebelahi mana-mana pihak atau menyibuk hal rumah tangga orang.
“Bagi kami, kerja adalah kerja. Hal peribadi adalah hal peribadi. Jadi jangan memaksa saya untuk menyertai anda menyebarkan kebencian.
“Saya tiada masa untuk negativiti anda dan saya mempunyai senarai klien dan pembeli yang panjang yang selalu menyokong kami. Merekalah keutamaan saya dan saya akan kerah masa serta tenaga untuk mereka. Bukannya anda.
“Segala bentuk ugutan, provokasi dan seangkatan dengannya kita sudah serahkan kepada pihak perundangan dan akan dibawa ke pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
“Jadi kepada sesiapa yang terlebih-lebih emosi bolehlah tahan dulu, kawal dulu. Kita hidup dalam kalangan masyarakat yang beradab, oleh itu jadilah beradab,” ulas Fizi.
Tambahnya lagi, generasi media sosial kini ibarat tidak mengerti peradaban, ‘ada beras, taruh dalam padi’. Segala-galanya ingin diceritakan di media sosial demi menegakkan benang yang basah tanpa mereka menyedari implikasi perbuatan mereka itu ke atas individu lain yang tidak mempunyai kaitan dalam isu yang cuma mereka bangkitkan.
“Inilah yang kami panggil kesan berantaian (chain effect) terhadap beberapa figura yang terlalu obses meluahkan emosi kepada orang ramai. Saya percaya yang beberapa perkara perlu ditangani secara tertutup.
“Kasihan ramai orang yang tiada kena-mengena pun akan turut sama ditarik ke kancah (kontroversi) dan ia memberi kesan kepada emosi dan fizikal semua orang,” simpulnya.
Terdahulu pada minggu lepas, individu bernama Sarah Yasmine telah mengejutkan industri seni hiburan Malaysia apabila membongkarkan satu-persatu perbualan WhatsApp di antaranya dengan beberapa selebriti tanah air yang didakwanya berbohong di hadapan khalayak. Antaranya termasuklah Aliff Aziz, Ruhainies, Sarah Albarakbah dan Meerqeen.
Hasilnya, jumlah pengikut Sarah Yasmine meningkat secara mendadak apabila netizen setia menantikan ‘bombshell’ terbaru yang akan didedahkannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.