Selain hidangan berasas mi, menu pasta juga sudah terbiasa dengan kita termasuklah makaroni.
Siapa yang tidak kenal dengan keluarga tersohor Hollywood, kardashian. Kisah kehidupan mereka sering saja menjadi perhatian media sejak muncul menerusi siri reality mereka sendiri.
Terkenal dengan mengamalkan diet organik yang sihat, Kourtney Kardashian iaitu adik kepada Kim Kardashian berkata comfort food pilihannya adalah Mac and Cheese.
“Saya hanya menggunakan kesemua bahan-bahan organik, pasta bebas gluten, sebaiknya keju bukan dari tenusu, kerana anak-anak dan saya tidak makan gluten atau tenusu,” kata ibu kepada Mason, Penelope dan Reign.
Kourtney memilih untuk memberi sentuhan sihat dan menambah daging bakon dari turkey, susu badam untuk rasa manis, keju kalau boleh organik dan pasta bebas gluten.
Ads
“Saya bakar di rak bahagian atas ketuhar supaya ia mempunyai rasa rangup di atasnya. Saya suka campuran rasa dan tekstur Mac and Cheese,” jelasnya lagi.
Hidangan untuk 8 ke 10 orang
6 sudu besar mentega organik
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada hitam
3 cawan organic pepper jack cheese
3 cawan keju cheddar organik
1 paket makaroni bebas gluten
1 sudu kecil mustard
5 cawan susu badam
1/2 cawan tepung organik
1 paket daging bakon (Kourtney menggunakan turkey, korang boleh gunakan jenis citarasa tekak korang)
Cara Buat
1. Panaskan ketuhar kepada 350 darjah.
Ads
2. Sediakan pasta mengikut arahan pada paket.
3. Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung, garam, mustard, lada hitam dan susu.
4. Kacau selama 10 minit sehingga pekat, di atas api sederhana.
5. Masukkan keju dan biarkan cair sepenuhnya.
6. Tuangkan keju ke dalam pasta. Kacau serata yang boleh.
Ads
7. Letak dalam kuali, masuk dalam ketuhar dan bakar sehingga garing, kira-kira 45 minit.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming, sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya bagi mereka yang gemar memasak. Namun baru-baru ini, beliau berkongsi satu sisi emosinya yang menyentuh hati ramai apabila mengakui dirinya menitiskan air mata selepas menonton beberapa video daripada warga maya.
Video-video tersebut memaparkan momen istimewa apabila resipi yang pernah dikongsikan olehnya menjadi sebahagian daripada kenangan manis ramai individu bersama keluarga dan insan tersayang.
Resipi Jadi Medium Satukan Kasih Sayang
Menurut Khairul Aming, beliau berasa sangat tersentuh apabila menyedari resipinya bukan sekadar memberi inspirasi dalam dunia masakan, tetapi turut memainkan peranan dalam menyatukan keluarga dan rakan-rakan.
Setiap gelak tawa, senyuman dan detik kebahagiaan yang dirakam oleh wargamaya jelas membuktikan bahawa masakan bukan hanya tentang makanan, tetapi juga menjadi medium untuk mengeratkan hubungan serta mencipta memori indah bersama orang tersayang.
“Sembilan tahun lalu, saya seorang diri di rumah sewa, buat video masak tanpa tahu ada orang yang menonton atau tidak. Tahun demi tahun, kita mula kenal satu sama lain.
“Ada yang dari zaman belajar kini sudah bekerja, ada yang bujang kini sudah berkahwin, ada yang sudah menjadi ibu bapa, dan ada juga yang telah pergi meninggalkan kita,” coretnya.
Kenangan Bersama Arwah Ayah Jadi Pendorong
Dalam perkongsian yang sama, Khairul Aming turut meluahkan perasaan peribadinya apabila mengenang kenangan bersama arwah ayahnya yang tidak dapat diulang kembali.
“Saya sudah tidak dapat cipta detik-detik ini bersama arwah ayah, tapi bila melihat korang gembira memasak bersama keluarga, itu bermakna segalanya bagi saya. Dari Malaysia ke seluruh dunia, terima kasih semua atas segalanya,” kata Khairul Aming.
Luahan tersebut jelas menunjukkan betapa besar makna setiap sokongan yang diterimanya sepanjang perjalanan sebagai pencipta kandungan masakan.
Warganet Turut Kongsi Kisah Tersendiri
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut tersentuh dengan perkongsian tersebut dan mengambil peluang berkongsi pengalaman masing-masing.
Ramai bersetuju bahawa makanan bukan sekadar keperluan harian, tetapi juga menjadi jambatan kepada kenangan, emosi dan ikatan kasih sayang yang sukar digantikan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sememangnya kita perlu berhati-hati ketika memandu di jalan raya, namun kadang-kala tidak dinafikan terdapat lokasi-lokasi panas (hotspot) yang memerlukan pemandu untuk lebih berhati-hati bagi mengelakkan kemalangan.
Selari dengan kemajuan teknologi dunia, negara Eropah telah memperkenalkan satu perundangan baharu bagi melindungi orang Eropah daripada kemalangan jalan raya, kualiti udara yang buruk dan perubahan iklim dengan mewajibkan semua kereta mengguna pakai sistem teknologi had kelajuan pintar yang dikenali sebagai Intelligent Speed Assistance (ISA).
Menurut laporan ,sistem ini akan menjadi mandatori untuk dipasang pada kesemua kereta baharu yang akan dijual pada pasaran Eropah mulai Julai 2024. Sistem yang bakal dilaksanakan ini menggunakan beberapa perkakas canggih seperti sensor onboard, radar, kamera, GPS dan laser yang dipasang terus pada model-model kereta baharu nanti.
Kesemua perkakasan lengkap itu dapat membantu pemandu dengan memberi peringatan apabila melebihi had laju dibenarkan atau melaraskan kelajuan kenderaan mengikut had laju ditetapkan secara automatik mengikut lokasi-lokasi.
Memetik perkongsian GizChina, beberapa model terpilih daripada jenis kenderaan seperti Honda, Ford, Jeep dan Mercedes-Benz sudah pun hadir dengan sistem ini untuk pasaran Eropah. PROSPER pula melaporkan apabila sistem ISA menjadi mandatori, ia dijangka dapat mengurangkan kadar kemalangan maut sebanyak 26% hingga 50%.
Hm, tak sabar rasanya nak lihat bagaimana kecanggihan teknologi kereta keluaran negara Eropah ini nanti. Tapi, paling tak sabar kami nak tahu berapa pula harganya. Hiks!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selama ini, kita selalu menganggap laman web Airbnb adalah lokasi untuk menempah lokasi percutian saja. Kini tidak lagi guys apabila Airbnb juga merupakan laman web yang menyediakan pelbagai sesi live secara tertutup dan eksklusif kepada korang yang membeli tiket.
Terbaru, Airbnb membuka satu sesi khas yang diberikan nama Inside K-pop di mana mereka menyediakan pengalaman menarik di sebalik tabir dunia K-pop bersama peminat di luar sana.
Sepanjang ia dijalankan pada minggu ini, banyak pengalaman menarik telah dikongsikan dengan mereka yang bertuah. Dan pada hari ini dan esok, tinggal 2 sesi saja yang boleh korang sertai iaitu sesi tarian dan sesi dandanan rambut.
Jom tengok bagaimana korang boleh mendapatkan tiket berharga RM77 setiap satu sesi ini.
Kelas Dandanan Rambut Ala Bintang K-Pop
Kita selalu cemburu bila melihat betapa sempurnanya gaya rambut bintang K-pop setiap kali mereka muncul di atas pentas. Paling menarik adalah apabila idol perempuannya boleh mengekalkan potongan bangs yang cantik sentiasa walaupun perlu galak beraksi dan menari.
Ikuti sesi bersama jurudandan stail rambut ala bintang K-pop iaitu Kim Yeseul (penata gaya rambut Joy187) pada 6 petang ini.
Sesi yang diketuai oleh jurutari Freemind bernama Dasom ini akan berlangsung esok (30 Januar) dari jam 9.00 hingga 10 pagi. Hanya terbuka kepada 20 orang peseta, ia akan mengajak korang untuk mempelajari di sebalik tabir pembikinan koreografi lagu-lagu K-pop yang dinyanyikan oleh kumpulan IZ*ONE.
Ia termasuklah cara bagaimana sesebuah tarian catchy dan popular boleh terbentuk, bagaimana jurutari mendapat inspirasi dan banyak lagi, sepanjang tempoh satu jam.
*
Untuk pengetahuan, sepanjang minggu ini, Airbnb telahpun mengadakan sesi Inside K-pop ini dengan mengadakan slot istimewa bersama Monsta X, jurusolek & jurudandan kumpulan IZ*ONE, kelas tarian bersama idol AleXa, di sebalik tabir sesi penggambaran bersama idol Kevin Woo, slot memasak bersama kumpulan Cravity dan banyak lagi.
Harapnya selepas ini, lebih banyak lagi peluang untuk korang sertai sesi Inside K-pop ini memandangkan sambutannya cukup hangat daripada peminat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!