Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan seperti kebiasaan, ramai lelaki akan mengenakan baju Melayu pada pagi Syawal pertama. Pakaian ini bukan sahaja sinonim dengan adat Melayu, malah sudah menjadi identiti yang cukup kuat setiap kali tibanya Ramadan dan Syawal.

Dari majlis berbuka puasa hinggalah ke pagi raya, baju Melayu sentiasa jadi pilihan kerana tampil kemas, sopan dan penuh nilai tradisi.

Namun di sebalik rekaan yang nampak simple itu, sebenarnya ada makna yang lebih mendalam yang ramai lelaki sendiri tak pernah ambil tahu. Baju Melayu bukan sekadar pakaian untuk nampak segak, tetapi ia membawa simbolik tentang prinsip, pegangan hidup dan tanggungjawab seorang lelaki.

Makna Tersirat Dalam Baju Melayu Cekak Musang

Rahsia 5 Butang dan 3 Poket Dalam Baju Melayu Yang Ramai Lelaki Tak Tahu

Salah satu elemen paling menarik dalam baju Melayu Cekak Musang ialah lima butang yang terdapat pada bahagian leher. Ramai anggap ia sekadar design, tetapi sebenarnya lima butang ini sering dikaitkan dengan lima Rukun Islam iaitu syahadah, solat, puasa, zakat dan haji.

Secara simbolik, ia menggambarkan bahawa seorang lelaki perlu berpegang teguh pada asas agama dalam kehidupan seharian.

Sebab itu dalam adat lama, semua butang perlu dikancing dengan sempurna sebagai tanda disiplin, adab dan kesempurnaan diri. Jika dilihat dari sudut budaya, amalan ini juga mencerminkan sikap teliti dan rasa hormat seseorang terhadap majlis yang dihadiri.

Menariknya, dalam konteks moden, ramai yang mula memakai baju Melayu tanpa memahami simbolik ini. Ada yang membiarkan butang terbuka atau tidak lengkap, sedangkan dari sudut tradisi, ia dianggap kurang sopan.

Ads

Perkara kecil seperti ini sebenarnya membawa makna besar dalam mencerminkan keperibadian lelaki Melayu.

Simbolik 3 Poket Yang Jarang Diketahui

Rahsia 5 Butang dan 3 Poket Dalam Baju Melayu Yang Ramai Lelaki Tak Tahu

Selain itu, rekaan tiga poket pada baju Melayu juga mempunyai maksud tersendiri yang jarang disedari. Kebiasaannya terdapat satu poket di bahagian dada dan dua lagi di bahagian bawah.

Poket di dada sering dikaitkan dengan hati dan iman, melambangkan keikhlasan serta niat dalam setiap perbuatan. Ia seolah-olah mengingatkan pemakai supaya sentiasa menjaga hati, memperbetulkan niat dan tidak melakukan sesuatu hanya untuk menunjuk-nunjuk.

Manakala dua poket di bawah pula mewakili urusan dunia seperti tanggungjawab mencari rezeki dan menjaga keluarga. Ini menunjukkan bahawa seorang lelaki bukan sahaja perlu kuat dari segi spiritual, tetapi juga perlu bertanggungjawab dalam kehidupan harian.

Ads

Susunan ini secara tidak langsung membawa mesej bahawa seorang lelaki perlu seimbangkan antara pegangan iman dan tanggungjawab duniawi.

Keseimbangan inilah yang menjadi asas kepada kehidupan yang harmoni dan bermakna.

Bila digabungkan semua elemen ini, jelas bahawa baju Melayu ini sebenarnya lebih daripada sekadar pakaian tradisional.

Rahsia 5 Butang dan 3 Poket Dalam Baju Melayu Yang Ramai Lelaki Tak Tahu

Ia adalah gambaran lengkap tentang seorang lelaki Melayu berpegang pada agama, bertanggungjawab dalam kehidupan dan sentiasa menjaga adab dalam penampilan.

Ads

Walaupun hari ini ramai memakainya sekadar ikut trend atau tradisi, memahami makna di sebalik setiap perincian ini menjadikan baju Melayu lebih bermakna sebagai simbol jati diri lelaki yang sebenar. Ia bukan hanya tentang apa yang dipakai, tetapi apa yang diwakili oleh pemakainya.

Tambahan pula, dalam dunia moden yang semakin berubah, nilai-nilai seperti disiplin, tanggungjawab dan keseimbangan hidup semakin penting.

Akhirnya, mungkin sudah tiba masanya kita melihat baju Melayu bukan sekadar pakaian hari raya, tetapi sebagai satu warisan budaya yang sarat dengan makna.

Dengan memahami simbolik lima butang dan tiga poket ini, setiap lelaki boleh memakainya dengan lebih bangga dan penuh kesedaran.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads