Kecantikan yang dimiliki oleh pelakon yang semakin meningkat naik, Farah Nabilah sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Lihat saja kulit wajahnya yang mulus, pasti ramai nak tahu apa rahsia kecantikan Farah.
“Saya mengamalkan minum air kosong 3 liter sehari, tidak makan makanan yang berminyak dan pastikan muka dibersihkan daripada sebarang mekap,”
“Paling penting untuk mengelakkan badan berpeluh, saya menggunakan Nivea Whitening Deep Serum sebab ia mengandungi banyak kebaikan, antaranya adalah mencerahkan kulit, menyuburkan dan baunya sangat harum serta tahan lama,” jawab Farah yang ditemui selepas pelancaran Nivea Whitening Deep Serum di Mid Valley semalam.
Memang benar, deodorant yang menggunakan formula inovatif dengan gabungan vitamin C pekat dan esen Ros Hokkaido ni mempunyai bau yang sangat harum. Kami pendek kata, kalau korang pakai deodorant ni mesti ada yang bertanyakan perfume apa yang korang guna?
Ads
Ads
Ya, baunya seperti minyak wangi kerana haruman Ros Hokkaido sangat unik dan mampu untuk meningkatkan keyakinan korang terserlah sepanjang hari.
Tanggal 29 November 2022 merupakan detik gemilang buat para wanita dari bumi Timur Tengah apabila wakil pertandingan ratu cantik Miss Earth dari Palestin, Nadeen Ayoub tampil menjuarai gelaran Miss Earth Water – sekaligus menjadi wakil ratu cantik Palestin pertama dalam sejarah perwakilan negara tersebut untk memenangi pertandingan ratu cantik di peringkat antarabangsa.
Nadeen Ayoub yang pada waktu itu baru berusia 24 tahun dimahkotakan di Manila, Filipina bersama-sama tiga lagi juara kategori masing-masing termasuklah juara gelaran utama Miss Earth 2022 dari Korea Selatan, Mina Sue Choi; Andrea Aguilera dari Colombia (gelaran Miss Fire 2022) dan Sheridan Mortlock dari Australia (gelaran Miss Air 2022).
Sepanjang hampir setahun selepas malam kemenangan itu, masing-masing telahpun bertugas di bawah pengurusan organisasi Miss Earth ke berpuluh-puluh buah negara bagi menyampaikan mesej kesejahteraan terhadap alam sekitar kepada masyarakat di seluruh dunia.
Terbaru, Nadeen sepatutnya dijadualkan untuk berada di acara Miss Earth Vietnam 2023 di mana beliau akan meraikan kemenangan wakil dari Vietnam bagi edisi tahun ini.
Bagaimanapun, Nadeen dilaporkan tidak membuat kemunculan seperti yang diharapkan lalu membuatkan peminat dunia ratu cantik tertanya-tanya mengenai keberadaannnya.
Nadeen yang juga merupakan seorang jurulatih kecergasan dan penasihat nutrisi rupa-rupanya mempunyai alasan yang kukuh untuk tidak berada di Vietnam.
Bukannya empunya badan enggan muncul secara sengaja, namun Nadeen sensitif terhadap situasi peperangan yang sedang melanda negara Palestin.
Serangan berbalas di antara Palestin dan Israel yang menyaksikan ramai orang ramai tidak bersalah terbunuh termasuklah kanak-kanak membuatkan Nadeen memilih untuk terus setia kekal dengan negara kelahirannya.
“Ramai di antara anda bertanyakan saya mengapa saya tidak menghadiri Miss Earth Vietnam 2023.
“Ini merupakan waktu yang cukup menyedihkan bagi negara saya dan saya perlu bersama mereka memandangan waktu ini tidak sesuai (bagi saya) terlibat dengan keraian. Saya sedang berkabung bersama-sama seluruh rakyat (Palestin).”
“Sepanjang beberapa hari yang lalu, saya terjaga dari tidur dan masuk tidur sambil terkenangkan kanak-kanak di Palestin dibunuh. Insiden ini boleh terjadi kepada saya mahupun anda.. apa yang membezakan kita dengan mereka adalah kita tidak dilahirkan di Gaza,” catatnya menerusi hantaran Instagram Story.
Memetik temubual bersama Institute for Middle East Understanding (IMEU) yang diterbitkan pada 13 Februari 2023, Nadeen menyifatkan pertandingan ratu cantik seperti Miss Earth sebagai caranya untuk memecahkan tembok streotaip yang dihadapi oleh wanita Palestin dan negara-negara Arab dalam laporan media mereka.
“Wanita Arab adalah golongan yang kental, mempunyai bermacam-macam kelebihan untuk ditawarkan, berpelajaran dan cantik. Cantik bukan hanya dari luaran tetapi kami juga mampu berkongsi kepada dunia mengenai budaya serta sejarah sebenar terbinanya negara Palestin sejak dahulu kala,” katanya.
Nadeen dibesarkan di beberapa buah negara termasuklah di Palestin, Amerika Syarikat dan Kanada. Biarpun terpaksa mengikut keluarga bermastautin ketika zaman kanak-kanak, ibu bapa Nadeen serius dalam memastikan beliau terus kekal dengan adat resam seorang warga Palestin malah berbangga dengan latar belakangnya itu.
Setelah menamatkan pengajian dalam jurusan sarjana muda Sastera dan Psikologi daripada sebuah universiti di Kanada, Nadeen tidak teragak-agak untuk pulang semula ke Palestin untuk berkhidmat di kawasan Tebing Barat.
Sebagai info, pertandingan Miss Earth mengikut sejarah penganjurannya merupakan salah satu daripada empat buah pertandingan ratu cantik antarabangsa yang diiktiraf sebagai ‘The Big 4’; di samping Miss World, Miss Universe dan Miss International.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemergian selebriti chef, Adamdidam atau nama sebenarnya Muhammad Adam Mahamed Ismail, 29 tahun akibat jangkitan kuman ke paru-paru tika umat Islam berpuasa di bulan Ramadan sememangnya amat mengejutkan orang ramai. Dalam usia agak muda, ditambah sikapnya yang menyenangkan dan pemergian di bulan Ramadan membuatkan ramai bersimpati.
Di sebalik punca kematiannya iaitu jangkitan kuman di paru-paru tentu ramai ingin tahu bagaimana penyakit ini berlaku, simptom dan sebagainya yang dikongsikan oleh Dr Latif Saad dari TheDiagnosa yang berkongsi artikel ini di page tersebut.
Pemergian Adamdidam dua hari lalu mengejutkan peminatnya di tambah usianya yang agak muda
Baca penulisan Doktor Latif ini.
Sebelum itu saya nak ucapkan takziah kepada keluarga Chef Adamdidam yang baru sahaja telah pergi meninggalkan kita.
Post ini dibuat untuk menjelaskan beberapa perkara berkenaan dengan jangkitan kuman paru-paru sebab ada yang pelik dan bertanya kepada saya ketika kes Adamdidam ni berlaku. Soalannya “Jangkitan kuman paru-paru boleh menyebabkan kematian ke?”
Jawapannya Ya. Ia boleh menyebabkan kematian.
Ada dua cara dimana ia boleh meragut nyawa.
1. Jangkitan paru-paru yang teruk
Jangkitan paru-paru yang teruk boleh berlaku apabila tidak dirawat dengan cepat ataupun jangkitan kuman tersebut berpunca daripada kuman yang berbahaya seperti Streptococcus pneumoniae.
Jangkitan kuman seperti ini boleh berlaku sehingga menyebabkan paru-paru anda dipenuhi dengan air jika tidak dirawat dengan cepat.
Disebabkan itulah, terdapat vaksin pneumococcal untuk mengelakkan jangkitan paru-paru disebabkan bakteria Streptococcus pneumoniae. Boleh pergi ke klinik swasta untuk mendapatkan suntikan vaksin ini.
2. Septic shock
Septic shock ataupun ‘renjatan sepsis’ ini bermaksud satu keadaan dimana jangkitan kuman daripada paru-paru telah merebak ke dalam darah dan menyebabkan tekanan darah menjadi rendah.
Ketika mana tekanan darah menjadi rendah, bekalan darah kepada organ seperti buah pinggang dan hati akan berkurangan. Ini menyebabkan organ tersebut mengalami kegagalan dan badan tidak mampu lagi mengawal tekanan darah.
Dikatakan separuh dari badannya seperti orang lumpuh sebelum meninggal dunia. Al Fatihah untuk arwah Adamdidam
Ia akan berakhir dengan kurangnya darah yang boleh dipam pergi ke otak atau ke jantung. Akhirnya, jantung akan berhenti dengan sendirinya dan pesakit akan meninggal dunia.
Pesakit-pesakit yang menghadapi septic shock ini selalunya akan diberikan ubat untuk mengekalkan tekanan darah tersebut pada tahap yang normal. Ubat itu akan disuntik secara berterusan melalui satu mesin supaya tekanan darah sentiasa berada pada tahap yang normal.
Punca lain yang menyebabkan jangkitan kuman yang teruk
Ada juga lagi satu punca yang boleh menyebabkan jangkitan paru-paru yang teruk iaitu ia boleh disebabkan jangkitan measles (demam campak).
Apabila seseorang itu dijangkiti demam campak, sistem imun badannya akan menjadi lemah untuk beberapa bulan.
Pada masa inilah kuman daripada luar mudah untuk masuk ke dalam paru-paru menyebabkan jangkitan paru-paru yang sukar untuk diubati. Sebab itu banyak kematian daripada demam campak measles ini adalah disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru.
Oleh itu, dinasihati kepada ibu bapa diluar sana untuk mengikut jadual vaksin yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Apakah simptom jangkitan kuman paru-paru?
Selalunya pesakit akan mengadu beberapa simptom iaitu:
Jika anda atau anak anda menghadapi perkara ini, maka cepat-cepat pergi ke klinik atau hospital yang berdekatan
Kesimpulan
Jangkitan kuman pada paru-paru memang mudah berlaku dalam masyarakat kita. Akan tetapi ia boleh menjadi teruk hingga boleh meragut nyawa. Oleh itu, jika anda mempunyai simptom yang teruk seperti di atas, sila terus berjumpa dengan doktor.
Mohon share supaya orang lain boleh membaca artikel ini dan jangan lupa like page TheDiagnosa untuk sebarang info kesihatan.
Pereka fesyen terkenal Rizman Nordin, baru-baru ini berkongsi tentang rutin dan ibadah yang dilakukannya setiap hari.
Menerusi temubual bersama podcast Apa Cerita?, Rizman berkata dia memulakan paginya dengan solat taubat dan solat tahajud kerana ia memberi manfaat yang baik kepada setiap muslim.
“Ini adalah rutin saya setiap hari, saya kongsikan dengan niat orang boleh ikut inshaAllah”
“Saya selalu bangun pukul 5.30 pagi dan mulakan dengan solat taubat dulu dan selepas itu solat tahajud” – Rizman
“Solat tahajud ini Allah dah cakap ia umpama panah yang tepat pada sasaran. Malaikat turun dan mengaminkan doa. Apa lagi nikmat yang nak didustakan kepada Allah?” – Rizman
Pereka fesyen yang kini berusia 39 tahun itu kemudian meneruskan rutinnya dengan membaca Al-Quran sekurangnya satu muka surat setiap hari.
Dalam pada itu Rizman turut mendedahkan bahawa dia mula belajar mendalami Al-Quran ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan pandemik Covid-19.
Kredit: Tiktok Tun Asyraf Khalid
“Saya nak kongsikan, saya dulu tak pandai mengaji sebab keluarga saya tidaklah terlalu alim. Even, mak dan ayah saya, solat pun saya yang ajar sebenarnya”
“Saya mula belajar mengaji semasa PKP. Saya belajar dengan ustaz melalui Zoom. Sehari sejam saya akan baca satu muka surat tapi hujung-hujung tu dah jadi 15 minit sebab sudah boleh membaca dengan laju”
Kredit: Instagram Rizman.N
Menurutnya lagi, jika kata ada usaha untuk buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Lama kelamaan hal yang ingin dilakukan itu akan jadi lebih mudah.
Sementara itu, tambah Rizman sebagai seorang muslim kepercayaan terhadap Allah adalah tunjang utama untuk memperoleh kejayaan selain daripada usaha. Berharap sepenuh hati terhadap Allah juga membuatkan pereka fesyen ini dapat mencapai semua impiannya.
“Apa sahaja yang kita nak capai, ia tak ada kepastian sama ada kita akan dapat atau tidak tetapi ada benda yang sangat berharga iaitu harapan dan iman” – rizman
“Bila kita berdoa kepada Dia, jadi kita akan ada iman dan percaya bahawa kita akan dapat. Itu yang membuatkan saya percaya bahawa saya akan sampai ke destinasi, saya akan dapatkan Naomi Campbell, saya akan ke Dubai dan akan dapat itu dan ini”
Sebagai manusia, Rizman berkata sudah semestinya akan ada pelbagai cabaran tetapi kita pasti boleh lakukan dan laluinya jika kembali kepada asas.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada usia baru empat tahun, seorang kanak-kanak dari Seremban, Negeri Sembilan, mencuri perhatian apabila berjaya meraih tiga pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa menerusi...