Selepas mencipta fenomena besar di Indonesia, Qodrat 2 kini bersedia untuk ‘menyihir’ penonton Malaysia pula! Filem seram aksi ini akan ditayangkan di seluruh pawagam bermula 17 April 2024, hasil kerjasama hebat antara pelbagai produksi termasuk Astro Shaw.
Kalau korang masih ingat, Qodrat pertama dulu memang ‘meletup’, dan kali ini, sekuelnya tampil dengan skala yang jauh lebih besar. Bukan setakat seram, Qodrat 2 bawa gabungan aksi, thriller, elemen keagamaan dan juga sentuhan superhero yang buatkan ia berbeza daripada filem-filem seram klise yang lain.
Kisah Yang Lebih Dalam & Sarat Emosi
Berbeza dengan filem pertama yang lebih fokus kepada kejatuhan iman Ustaz Qodrat selepas kehilangan anak, kali ini kita dibawa melihat dari perspektif Azizah, isterinya. Watak ini dilakonkan dengan penuh emosi oleh Acha Septriasa, yang kembali ke layar perak selepas lama menyepi.
Azizah dalam keadaan tertekan, sampai sanggup menyerahkan keimanannya kepada iblis Asu’ala demi menyelamatkan anak mereka. Bila dia mula bekerja di sebuah kilang fabrik misteri selepas keluar dari hospital mental, Ustaz Qodrat nekad nak ‘tarik’ semula isterinya dari cengkaman syaitan.
Ads
Menariknya, tiada ‘jumpscare’ murahan. Sebaliknya, filem ini buat korang tak berkelip dengan babak pertarungan, efek khas yang real gila, dan hubungan emosi yang menyentuh hati antara dua watak utama—dilakonkan oleh gandingan ‘legend’ Acha Septriasa dan Vino G. Bastian yang kembali selepas 17 tahun!
Bukan Sekadar Seram
Menurut Raja Jastina Raja Arshad, Ketua Astro Shaw dan Penerbit Eksekutif Qodrat 2, filem ini bawakan satu aras baru dalam genre seram:
Ads
“Penceritaan yang dipersembahkan tidak bergantung semata-mata pada elemen seram dan kejutan, tetapi diseimbangkan dengan adegan aksi ala superhero, emosi dan unsur agama…”
Astro Shaw juga bangga dapat bekerjasama semula dengan MAGMA Entertainment dalam meneruskan legasi Qodrat dan komited untuk terus memperkukuh kolaborasi rentas negara.
Ads
Menurut Linda Gozali Arya, Penerbit Filem Qodrat 2:
“Qodrat 2 bukan hanya lanjutan dari filem seram yang mempunyai unsur agama paling berjaya di Indonesia, tetapi juga memberi penonton sebuah pengalaman spiritual dan sinematik yang lebih dalam dan besar,”
So, korang ready ke?
Kalau korang peminat filem seram yang ada ‘isi’ dan bukan sekadar nak bagi korang melatah seminit sekali, Qodrat 2 adalah filem wajib tonton tahun ni!
Saksikan Qodrat 2 di pawagam bermula 17 April ini. Jangan lupa gunakan #Qodrat #FilmQodrat2 #Qodrat2MY kat media sosial lepas tengok nanti, okay?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Persembahan Di Matamu oleh Sufian Suhaimi semalam di Anugerah Juara Lagu 33 masih diperkatakan pada hari ini.
Bukan saja kerana dia memperoleh tweet bermakna daripada penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dikongsi semula oleh ratusan followers.
Malah, persembahan Sufian telah membuatkan seorang penyanyi sebak sehingga mengalirkan air mata!
Wany Hasrita, lets explain..
“Rasanya bukan Wany saja yang menangis, rata-rata di dalam stadium dan mungkin di rumah juga begitu. Cuma kamera dipalingkan kepada Wany dan Erni Zakri. Memang apa yang Sufian ingin persembahkan itu sampai kepada penonton, itu yang sebak. Kalau tak silap, komposer lagu ini (Rinkarnaen & Sirkhan) pun jadi beremosi.
“Versi original Di Matamu itu sebenarnya sudah sedih. Tambahan pula apabila Sufian memulakan persembahan dengan bahagian syair, lagilah Wany tersentuh kerana seni puitis seperti itu memang kena diri Wany.
“Props dan showmanship pula membantu melayakkan Sufian memenangi kategori Persembahan Terbaik semalam,” jelasnya kepada rakan media di M Star.
Betul Wany, ramai yang menonton di rumah semalam pun turut terkesan!
Lagipun, ini bukanlah kali pertama rakan penyanyi menangis kegembiraan setelah penyanyi lain melakukan yang terbaik di acara Anugerah Juara Lagu.
Tahun lalu, Nabila Razali juga ‘ditangkap’ kamera menangis selepas Hael Husaini dinobatkan juara melalui lagu Jampi.
Bintang kelahiran Pennsylvania, Taylor Alison Swift baru-baru ini dikhabarkan telah membuat sumbangan besar kepada Rangkaian Bank Makanan Arizona sebelum mengambil alih pentas di Glendale, Ariz.
Taylor Alison Swift, penyanyi dan penulis lagu Amerika Syarikat.
Menariknya, penyanyi berusia 33 tahun itu sendiri tidak menghebahkan derma itu. Sebaliknya, organisasi bank makanan tersebut yang berkongsi reaksinya terhadap dermaan itu dengan media tempatan, AZ Central. Wowzers, inilah yang dipanggil tangan kanan memberi, tangan kiri tidak perlu tahu!
Taylor Swift memukau peminat dengan persembahan yang cukup bertenaga.
“Bukan setiap hari anda mendapat panggilan daripada seseorang yang bekerja untuk Taylor Swift, jadi kami meragui pada mulanya, tetapi mujur ianya benar-benar nyata,” kata naib presiden perhubungan luar organisasi tersebut, Terri Shoemaker kepada penerbitan media itu.
Menurut Shoemaker juga, dia diberitahu bahawa penyanyi Shake It Off itu merancang untuk memberi tumpuan dermaan pada setiap perhentian di sepanjang laluan jelajah konsertnya.
Tarikh lawatan untuk konsert Taylor Swift yang sedang berlangsung.
Hujung minggu yang lalu, penyanyi ikonik tersebut melancarkan jelajah Eras beliau dengan jumlah lagu sebanyak 44 selama hampir tiga jam. Memang balas dendam kaw-kaw punya! Hal ini kerana sudah hampir lima tahun sejak kali terakhir beliau mengadakan jelajah dan pada masa yang sama beliau turut mengeluarkan empat album, termasuk Folklore yang memenangi Anugerah Grammy.
“Saya tidak dapat mengekspresikan betapa saya merindui kalian,” kata bintang terkenal itu kepada peminat, ketika persembahan malam pembukaan jelajah Erasnya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: TicketMaster, BBC News, Instagram Threesquarelv
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah sekian lama ditunda tayangannya akibat pandemik COVID-19, kini filem yang ditunggu-tunggu, No Time To Die bakal menemui penonton di seluruh pawagam tanah air bermuka 25 November ini.
Daniel Craig bakal membawa peranan James Bond buat kali terakhir dan kali ini digandingkan kembali bersama barisan pelakon hebat seperti Ralph Fiennes, Naomie Harris, Ben Whishaw, Rory Kinnear dan Jeffrey Wright.
Selepas daripada bersara menjadi ejen 007, James Bond menjalani kehidupan yang tenang di Jamaica, namun rakan lamanya Felix Leiter dari CIA meminta bantuannya untuk menjejaki seorang saintis yang telah diculik.
Walaupun sudah ‘cuci tangan’ daripada melakukan kerja-kerja siasatan ini, Bond terpaksa akur untuk menyelesaikan misi tersebut.
Untuk pengetahuan korang, filem ini merupakan sekuel kepada Spectre yang ditayangkan pada tahun 2015. Jadi, sebelum menonton No Time To Die adalah lebih baik sekiranya korang menonton Spectre terlebih dahulu bagi mengelakkan rasa ‘blur’ di dalam panggung. Hiks!
Seperti biasa, kalau dah nama filem James Bond rasanya penonton pun sudah boleh membayangkan babak-babak aksi yang akan dipaparkan dalam filem ini. Lakonan Danial Craig juga tidak perlu lagi diperkatakan kerana aksinya sebagai James Bond masih lagi ‘menyengat’ walaupun dalam usia 53 tahun.
Kemunculan Rami Malek sedikit sebanyak memberi ‘rencah’ dalam filem kali ini dengan lakonan mantapnya sebagai watak antagonis.
Walau bagaimanapun, dengan durasi hampir 3 jam, kami merasakan filem No Time To Die agak terlalu lama dan membawa kepada babak yang meleret bimbang membuatkan penonton merasa sedikit bosan.
Tetapi, filem ini masih lagi berbaloi untuk ditonton tambahan pula ia merupakan filem akhir Danial Craig yang memegang watak James Bond. Penonton juga bakal bermain dengan emosi diengakhiran filem ini kerana terdapat aksi yang menyentuh hati. Nak tahu kenapa? Kenalah tonton sendiri di pawagam. Hiks!
Jangan lupa saksikan No Time To Die yang bakal ditayangkan bermula esok.
Selamat menonton!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, skuad Sepak Takraw negara mencuri perhatian apabila berjaya muncul sebagai juara dan menundukkan cabaran sengit Thailand dengan kemenangan straight set di Stadium...