Baru-baru ini, persatuan mahasiswa Universiti Kebangsaan Chungnam (CNU), Korea Selatan telah meraih perhatian apabila meminta maklumat peribadi dan meminta tanda tangan akur janji daripada peminat kumpulan terkenal, AESPA untuk festival universiti yang akan diadakan pada hujung Oktober ini.
Difahamkan, pada 21 Oktober lalu, persatuan mahasiswa CNU telah memuat naik pengumuman menerusi akaun rasmi mengenai festival CNU 2024 “ACCESSIO: Soaring” dan memaklumkan bahawa jadual penampilan AESPA adalah pada hari ketiga iaitu 30 Oktober.
Dalam pada itu, wakil persatuan mahasiswa universiti tersebut juga turut memberitahu jika mana-mana pihak ingin mengambil gambar atau merakam video persembahan AESPA, mereka perlu membuat permohonan sah dan izin, perjanjian yang ditandatangani, dan perjanjian pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi pemohon.
Ads
Dilaporkan, permohonan tersebut dibuka bermula 21 sehingga 23 Oktober, namun pihak persatuan mahasiswa CNU menyatakan mereka akan menapis permohonan dan hanya individu tertentu sahaja yang bakal dipilih seterusnya keputusan akan dimaklumkan pada 24 Oktober.
Susulan itu, hal tersebut telah mendapat kritikan ramai pihak terutama peminat AESPA kerana ada yang berpendapat persatuan mahasiswa bukanlah entiti sah berdaftar seperti bank atau organisasi kerajaan yang berhak mengumpul data dan maklumat peribadi.
Ads
Selain itu, ada juga yang mempersoalkan kesahihan dan kelayakan persatuan mahasiswa universiti berkenaan dalam mengumpul maklumat peribadi tanpa borang kebenaran tambahan.
Ads
Walau bagaimanapun, pihak persatuan mahasiswa CNU berkeras bahawa sebarang peranti rakaman yang tidak diluluskan adalah dilarang sama sekali kecuali telefon bimbit.
Tambahan, mereka juga mengharamkan penggunaan tripod, makanan, tempat letak kaki dan ‘selfie stick’, dan memberi amaran jika mana-mana individu gagal mematuhi arahan tersebut boleh mengakibatkan mereka dikeluarkan daripada acara itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebagai sebuah badan korporat yang prihatin, Air Asia telah menyatakan kesedian pihak mereka membantu dan menggalakkan rakyat Malaysia pulang mengundi bagi menunaikan tangungjawab kepada negara.
Menerusi kenyataannya di laman media sosial, Tony Fernandes yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Grup Air Asia telah mengesahkan bahawa pihaknya akan menyediakan kadar tambang istimewa dan berpatutan kepada rakyat Malaysia.
Jelasnya di Facebook, “Ia bukanlah tanggungjawab kami sepenuhnya tetapi kami akan lakukan yang terbaik. Kita akan bekukan apa jua kapasiti yang ada dan menawarkan tambang tetap murah pada 8 dan 9 haribulan kepada rakyat Malaysia yang ingin pulang mengundi.”
“Kami akan turut menggunakan pesawat AirAsia X330 dan team revenue kami akan bekerja lebih masa bagi memastikan ia berjalan dengan lancar. Ucapkan terima kasih kepada mereka,” jelasnya menerusi satu Tweet di akauan Twitter-nya.
Dan pada hari ini di laman sesawang rasmi AirAsia, pihaknya telah mengumumkan kadar tambang tetap penerbangan domestik dari 8 hingga 10 Mei 2018. Kadar tambang SEHALA bagi destinasi di Semenanjung Malaysia & di dalam kawasan Timur Malaysia ialah RM99. Manakala bagi penerbangan antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak RM129 dan Semenanjung dan Sabah pula ialah RM199.
Senarai laluan penerbangan di Semenanjung Malaysia dan dalam negeri Sabah dan Sarawak
Senarai laluan penerbangan antara Semenanjung (KL&JB) dan Sabah
Senarai laluan penerbangan antara Semenanjung dan Sarawak
Penumpang yang ingin pulang pada tempoh tiga hari tersebut juga dinasihati supaya untuk tiba di lapangan terbang lebih awal bagi mengelakkan kesesakan dan menggunakan servis web check-in dan mobile check-in bagi melancarkan perjalanan. Kedua-dua servis ini boleh digunakan bermula 14 hari sebelum atau sehingga 1 jam sebelum masa penerbangan berlepas.
Untuk penumpang yang mendaftar masuk bagasi mereka dinasihatkan supaya tiba lebih awal kerana dikhuatiri keadaan mungkin akan sesak.
Jelas Tony Fernandes lagi, “Can’t say AirAsia does not do things #forthepeople. Happy voting. Thanks to all the huge amount of support we get. We soon about to announce 500 million people have flown on airasia.”
Kepada yang ingin mendapatkan tiket AirAsia untuk #PulangMengundi, ia boleh didapati bermula pada hari Isnin, 16 April 2018. Good job AirAsia! 🙂
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Waktu makan tengah hari warga kota pada hari ini telah dikejutkan oleh bekalan elektrik yang terganggu untuk sementara waktu di sekitar Lembah Klang.
Menurut kemaskini oleh pihak Tenaga Nasional di akaun Facebook rasminya, mereka telah mengesahkan kejadian dan berkata siasatan masih dijalankan. Di antara lokasi yang dilaporkan mengalami gangguan ini termasuklah KLCC, Ampang Point, Publika, Bangsar South, Bukit Jalil dan di Hospital UKM.
“Pasukan teknikal kami sedang mengenalpasti punca kejadian. Usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan. Kami memohon maaf di atas segala kesulitan dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini,” catatnya.
Dalam pada itu, bukan hanya mereka yang berada di dalam bangunan sahaja yang terkejut dengan kejadian tersebut tetapi juga penumpang tren khususnya yang menggunakan laluan LRT Ampang-Sri Petaling.
Kata pihak Rapid KL, para penumpang dinasihatkan untuk bersabar dan mengikuti arahan yang diberikan. Penumpang juga disarankan untuk menggunakan pengangkutan alternatif sewaktu perkhidmatan tren mengalami kelewatan kerana terpaksa bergerak perlahan serta berhenti lebih lama di stesen.
Hanya sekitar jam 2.15 petang tadi, barulah Rapid KL mengesahkan perkhidmatan tren telah berjaya diselaraskan dan jadual perjalanan telah kembali normal.
Nervous tak bila blackout tadi? Hehe.. mujur sesetengah kawasan di Lembah Klang telah pulih seperti sedia kala.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kasih ibu sampai ke syurga, mungkin inilah pepatah yang sesuai jika nak digambarkan dengan kesanggupan selebriti popular ini dalam memastikan kesihatan anaknya berada pada tahap yang optimum.
Selebriti yang popular dengan kumpulan Destiny’s Child ini memiliki lebih kurang 80’000 lebah untuk dua sarang yang dimiliki di belakang rumahnya. Dan ia mampu menghasilkan beratus botol madu dalam setahun.
Sumber gambar: Beyonce & Blue Ivy di karpet merah via Instagram @beyoncé
Dalam wawancara bersama British Vogue itu, isteri kepada Jay-Z ini menceritakan perkara yang tidak ramai orang tahu tentang anak perempuannya iaitu Blue Ivy dan Rumi.
Sumber gambar: Beyonce & anak kembar, Rumi dan Sir via Instagram @blueivy.carter
Menurutnya, “Kedua-dua mereka memiliki alahan yang teruk dan seperti yang kita sedia maklum, madu mempunyai khasiat penyembuhan yang luar biasa.” Nampaknya gelaran Queen B yang lekat dengan dirinia sudah boleh disamakan maknanya dengan Ratu Lebah secara realiti.
Sumber: British Vogue
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...