Baru-baru ini, seorang pelajar muda yang juga merupakan hafizah 30 juzuk Al-Quran, Putri Qistina Rosmadi mencuri perhatian ramai apabila berjaya mencatat pencapaian luar biasa dalam peperiksaan profesional perakaunan antarabangsa. Kejayaan tersebut bukan sahaja membanggakan institusi pengajiannya, malah turut mengharumkan nama Malaysia di peringkat dunia.

Menerusi sebuah perkongsian di Facebook Majlis Amanah Rakyat (MARA), kisah kecemerlangan Putri Qistina menjadi contoh bagaimana kekuatan hafazan Al-Quran mampu menjadi asas kepada kejayaan dalam pelbagai bidang ilmu. Beliau merupakan alumni Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Gemencheh yang dikenali sebagai pelajar aktif serta seimbang dari segi akademik dan sahsiah.

Difahamkan, Putri Qistina kini sedang melanjutkan pengajian dalam program Foundation in Accountancy di Kolej Profesional MARA (KPM) Ayer Molek, Melaka. Sepanjang pengajian, beliau berjaya mengekalkan prestasi akademik yang cemerlang dengan memperoleh Purata Nilai Gred (PNG) 3.96.

Inspirasi Generasi Muda! Hafizah 30 Juzuk, Putri Qistina Raih ACCA No.2 Terbaik Dunia Inspirasi Generasi Muda! Hafizah 30 Juzuk, Putri Qistina Raih ACCA No.2 Terbaik Dunia

Ads

Lebih membanggakan, gadis itu turut dinobatkan sebagai ACCA Prize Winner bagi kertas Management Accounting (MA1) selepas memperoleh markah 98 peratus dalam peperiksaan tersebut sekaligus meletakkan beliau sebagai pelajar terbaik di Malaysia dan kedua terbaik di dunia bagi kertas berkenaan.

Dalam perkongsian yang sama, pencapaian luar biasa ini mencerminkan sinergi antara hafazan Al-Quran, kecemerlangan akademik serta pembinaan sahsiah kepimpinan yang diterapkan sejak di bangku sekolah lagi.

“Kisah Putri Qistina mencerminkan sinergi indah antara hafazan, akademik dan pembinaan sahsiah kepimpinan,” tulisnya.

Inspirasi Generasi Muda! Hafizah 30 Juzuk, Putri Qistina Raih ACCA No.2 Terbaik Dunia Inspirasi Generasi Muda! Hafizah 30 Juzuk, Putri Qistina Raih ACCA No.2 Terbaik Dunia

Ads

Sebelum ini, sewaktu menuntut di MRSM Gemencheh, Putri Qistina turut mencatat keputusan cemerlang dengan memperoleh 7A+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selain itu, beliau juga aktif dalam kepimpinan pelajar, kelab huffaz serta pelbagai program pembangunan diri dan kesukarelawanan.

Pencapaian tersebut turut dilihat sebagai bukti bahawa penguasaan ilmu dunia dan ukhrawi mampu bergerak seiring apabila disertai usaha gigih, pengurusan masa yang baik serta istiqamah mendampingi Al-Quran. Tidak hairanlah kejayaan itu menerima pujian ramai pengguna di media sosial yang kagum dengan dedikasi ditunjukkan oleh pelajar muda berkenaan.

Ads

Sementara itu, kisah Putri Qistina turut mencetuskan rasa ingin tahu dalam kalangan warga internet apabila ada yang bertanya tentang amalan serta rahsia di sebalik kejayaannya. Ramai berpendapat disiplin sebagai hafizah 30 juzuk Al-Quran, selain komitmen tinggi terhadap pembelajaran, menjadi antara faktor yang membantu beliau meraih keputusan luar biasa dalam peperiksaan ACCA tersebut.

Sumber: FB Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads