
Keputusan Shu Shukri berhijrah ke Australia dan membesarkan dua anaknya di sana kira-kira setahun lalu mengundang pelbagai reaksi masyarakat.
Penghijrahan itu turut dikaitkan dengan usaha memulakan kehidupan baharu selepas rumah tangganya bersama pelakon Hafidz Roshdi yang dibina selama tujuh tahun berakhir dengan penceraian.


Bagaimanapun, Shu Shukri yang mengaku kini semakin bahagia dan dikelilingi insan prihatin serta penyayang baru-baru ini berkongsi kejayaan anak sulungnya, Humairah Muhammad Hafidz, yang menerima anugerah Pelajar Terbaik di sekolahnya.
Menerusi perkongsian di media sosial, Shu meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian akademik dan kokurikulum anaknya selain memuji adab serta akhlak Humairah.
“The Best Student of JKC (1/78). Wahai anakku Humairah, ibu bangga dengan kamu, bangga dengan pencapaian akademik dan kokurikulum, dengan adab kamu, dengan senyuman dan akhlak kamu.

“Ibu bangga dengan kamu wahai anak. Tahniah!!” tulisnya.
Shu Shukri yang hadir menyaksikan sendiri momen istimewa itu turut meluahkan rasa terharu melihat anaknya membesar sebagai seorang pelajar yang beradab dan menghormati warga sekolah.
Sekadar info, Shu Shukri yang kini berusia 31 tahun membawa permata hati kesayangannya berhijrah ke Melbourne, Australia pada Julai 2024.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!













