Masalah sukar untuk tidur memang selalu dihadapi oleh orang muda dan disebabkan oleh itu, mereka sering ‘berjaga’ malam dan bila sudah awal pagi barulah mata rasa mengantok.

Siapa yang pernah mengalami masalah tidur mesti faham akan situasi ini. Betul tak? Sebenarnya tidak elok jika korang ubah waktu tidur yang seharusnya dilakukan pada malam hari dan bukannya waktu siang.

Namun awas ya, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah baru tadi menyatakan bahawa sukar tidur malam dan empat simptom ini antaranya kesan buruk yang dialami bekas pesakit COVID-19. Empat kesan yang dialami ialah kelesuan, kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti, batuk dan kegelisahan yang kerap.

Sukar Tidur Dan Empat Kesan Sampingan Sering Dialami Bekas Pesakit Covid-19

Ia bukan sahaja dialami oleh orang yang lebih tua namun mereka yang masih muda. Situasi itu terjadi disebabkan tahap ketepuan oksigen mengalami penurunan sehingga mengganggu sistem pernafasan.

IKLAN

Beliau berkata simptom itu dikenali sebagai Sindrom Pasca Covid, seperti yang dinyatakan dalam garis panduan mengenai “Long COVID” oleh The National Institute for Health and Care Excellence (NICE), United Kingdom pada 18 Dis lepas.

Katanya, sindrom itu merupakan keadaan bekas pesakit COVID-19 yang masih menunjukkan gejala-gejala bagi tempoh 12 minggu atau lebih, dan gejala berkenaan tidak dapat dijelaskan dengan sebarang diagnosis alternatif.

Sukar Tidur Dan Empat Kesan Sampingan Sering Dialami Bekas Pesakit Covid-19

IKLAN

“Keadaan ini berpunca daripada komplikasi jangkitan COVID-19 terhadap fungsi pelbagai organ dalam tubuh seseorang individu.

Secara amnya, data klinikal menunjukkan majoriti pesakit COVID-19 di Malaysia mampu sembuh sepenuhnya, bagaimanapun terdapat segelintir yang terkesan dengan Sindrom Pasca Covid,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata menurut kajian klinikal yang dijalankan oleh KKM melibatkan 1,004 pesakit daripada kategori 4 dan 5 yang menerima rawatan susulan, didapati 66 peratus daripada pesakit itu mengalami sindrom berkenaan.

IKLAN

Sehingga kini, rawatan yang ditawarkan adalah berdasarkan simptom yang dipamerkan pesakit dan fungsi tubuh yang terlibat.

Tegas Ketua Pengarah Kesihatan itu, ianya penting bagi mengekalkan tahap kesihatan bekas pesakit COVID-19 pada tahap terbaik dan mengurangkan sebarang komplikasi jangka panjang yang boleh mengurangkan kualiti hidup serta produktiviti seseorang.

Atas sebab itu, penting bagi bekas pesakit untuk terus memantau keadaan kesihatan mereka selain digalakkan melakukan latihan pernafasan melalui aktiviti seperti yoga atau meditasi. Mengubah tabiat pemakanan juga boleh membantu selain membataskan pergerakan terutamanya pada bulan pertama selepas disahkan bebas Covid-19.

Sumber: BERNAMA

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI