Pusat tuisyen yang satu ini berbeza berbanding pusat-pusat tuisyen lain. Jika pusat lain hanya kelihatan seperti kelas biasa, pemilik pusat tuisyen Impian Bonda dan Impak Bonda di Taman Seri Pulai 3 ini mengangkat tema yang menyegarkan.

Mengangkat tema alam semulajadi yang penuh dengan elemen menarik, setiap sudut pusat tuisyen ini dihias dengan dedaunan dan bunga buga-bungaan berlatarkan cat rona hijau. Menurut pemilik pusat tuisyen ini, Mohd Badrul Azhar Zulkapli, dia mahu menjadikan pusat tuisyen yang dimilikinya berbeza lain dari yang lain.

Selain suasana kelas yang ceria dia turut menerapkan penggunaan aromaterapi bagi membantu para pelajar untuk lebih fokus ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan. Pusat tuisyen yang dibuka sejak lima tahun lalu ini mendapat sambutan hangat bahkan saban bulan ada sahaja pelajar baru yang mendaftar.

Pusat Tuisyen Dihias Inspirasi Tumbuhan, Pemuda Ini Bercita-Cita Mahu Memajukan Anak Bangsa
Suasana pusat tuisyen yang ceria dan segar menarik perhatian pelajar.

Namun begitu langit tidak selalunya cerah. Kini industri pendidikan pusat tuisyen ini mengalami masa sukar dek pandemik Covid-19 sehinggakan ada yang bakal gulung tikar jika perintah kawalan pergerakan berterusan.

IKLAN

Berkongsi hal ini, Badrul berkata, “Sepanjang tempoh PKP dilaksanakan, banyak urusan pembelajaran tidak dapat dilaksanakan secara bersemuka, malah pusat tuisyen juga terpaksa ditutup berikutan arahan PKP.

“Kami para pengusaha dan juga pelajar sangat tertekan malah terpaksa menanggung kerugian sejak negara dilanda pandemik, tetapi apa kan daya terpaksa akur dengan arahan kerajaan demi keselamatan bersama. Sejak kelas bersemuka tidak dibenarkan, kami ada menjalankan kelas tuisyen secara atas talian, namun sambutannya sangat menyedihkan.

IKLAN

“Pelajar seakan tidak berminat untuk mengikuti belajar atas talian, mungkin disebabkan kekangan gajet dan data internet, serta perasaan belajar secara bersemuka itu lebih jelas berbanding atas talian.”

Pusat Tuisyen Dihias Inspirasi Tumbuhan, Pemuda Ini Bercita-Cita Mahu Memajukan Anak Bangsa
Badrul di dalam salah satu kelas di pusat tuisyennya.

Jelasnya lagi, pemansuhan peperiksaan UPSR dan pembatalan PT3 2021 membuatkan para pelajar tidak lagi tertumpu untuk ke kelas tuisyen. Pada pandangannya, perkara ini sepatutnya membuatkan ibu bapa perlu lebih risau dan seharusnya mula mempertimbangkan untuk menghantar anak-anak ke pusat tuisyen bagi tujuan penimbaan ilmu secara berterusan. Ini sesuai dengan aspirasi kerajaan, yang bukan sekadar mahu melahirkan pelajar bijak menghafal dan berpaksikan A semata-mata.

IKLAN

Walaupun kini kelas dilakukan secara atas talian, ia tidak mematahkan semangatnya untuk mendidik anak bangsa. Biarpun jumlah murid berkurangan penglibatan mereka yang masih mahu menambah ilmu di luar waktu persekolah amat dihargai.

“Jika sebelum ini ketika boleh ke pusat tuisyen, pelajar di dalam kelas melebihi 20 orang namun kini setelah pembelajaran berpindah ke platform digital, hanya lebih kurang 10 ke 15 orang sahaja pelajar yang turut serta,” tambahnya lagi.

Sumber gambar: Badrul Azhar

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI