Disebabkan wabak pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak awal tahun lalu, banyak sektor-sektor perniagaan yang mengalami kerugian termasuklah syarikat penerbangan, sektor pelancongan, peniaga-peniaga kecil dan juga pusat membeli-belah tidak terkecuali.
Menerusi sebuah posting yang dibuat oleh akaun Facebook Sungei Wang Plaza dengan catatannya yang berbunyi, “Ini adalah masa yang sangat sukar kepada kita semua. Jangan bimbang kerana kita semua akan bangkit semula setelah ia berakhir. Pegang erat kerana kita akan melaluinya bersama-sama dan jangan menyerah, kita akan berjuang bersama”.
Posting itu juga turut ditag kepada beberapa pusat membeli-belah di Lembah Klang termasuklah Sunway Pyramid, 1 Utama Shopping Centre dan Suria KLCC.
Apa yang menariknya, posting itu turut mendapat perhatian kerana admin bagi akaun Facebook pusat beli-belah tersebut masing-masing saling memberikan kata-kata motivasi antara satu sama lain.
Aww sweet kan? Terharu pula bila membacanya. Diharap agar semuanya terus kuat dan sama-sama bersemangat untuk meneruskan perniagaan demi untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Semoga wabak pandemik ini berhenti daripada terus menular. Stay strong everyone!
Jika sebelum ini 61 orang penduduknya di Simpang Renggam, Johor yang dikesan positif wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah dilaksanakan di sana.
Nasib yang sama turut dirasai oleh penduduk 7 perkampungan di Hulu Langat bermula 12 tengah malam semalam (29 Mac). Menurut laporan Harian Metro, ia membabitkan kawasan di Batu 21 hingga Batu 24, Sungai Lui.
Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, perlaksanaan PKPD ini akan dilakukan sehingga 13 April depan dan tindakan ini susulan dari nasihat yang diterima dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengesahkan sebanyak 71 kes positif jangkitan Covid-19 membabitkan 274 penghuni Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah di Batu 23, Sungai Lui.
PKPD di Sungai Lui ini melibatkan 7 perkampungan yang mana 2 perkampungan Orang Asli dan 5 perkampungan Melayu disana. Tujuan PKPD ini dilaksanakan adalah bagi membendung jangkitan Covid-19 dari terus merebak di kawasan berkenaan.
Sepanjang tempoh PKPD ini, semua penduduk dan pelawat di kawasan itu tidak dibenarkan keluar dari rumah selain penduduk dan pelawat yang tidak menetap disitu turut tidak dibenarkan masuk ke kawasan berkenaan.
Semua aktiviti perniagaan dihentikan dan bekalan asas yang mencukupi akan dibekalkan kepada semua penduduk oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Berikut ada sedikit laporan mengenai PKPD Sungai Lui, Hulu Langat yang disediakan oleh Astro Awani malam tadi…
Rupanya bukan sahaja Malaysia, selebriti Hollywood juga tidak terlepas mendapat kecaman dan menjadi ‘bahan lawak’ netizen sehingga membuatkan mereka stress dan tertekan.
Terbaru, Travis Scott yang merupakan seorang rapper dikenali ramai telah mendapat kecaman netizen apabila dia memuat naik gambar mengenakan kostum Batman sempena Halloween.
Lebih mencuit hati lagi apabila netizen menyamakan kostum Batmannya itu seperti lipas kerana berwarna coklat.
Namun, ada juga yang mengatakan bahawa ini adalah sebahagian daripada petanda yang dia akan mengeluarkan lagu terbaru. Hm, lebih kurang macam cari publisiti la. Hehe!
Tak kisahlah sama ada publisiti nak keluar lagu baru atau memang benar-benar terkesan dengan komen netizen, perkara ini juga perlu diambil serius kerana ia merupakan satu jenayah buli siber. Individu yang mengalami situasi ini boleh tertekan dan menjatuhkan semangat mereka.
Jadi, elakkan memberikan komen keterlaluan tidak kisahlah sama ada pada golongan selebriti mahu pun kenalan-kenalan korang.
Baru-baru ini, seorang lelaki berusia 60 tahun dari timur China telah mencuri perhatian masyarakat di media sosial apabila menjadi pelajar universiti, sekaligus membuktikan bahawa usia bukan halangan untuk menimba ilmu. Bebekalkan semangat dan fizikal yang masih bertenaga, kisahnya menjadi tular selepas beliau menyertai latihan ketenteraan wajib untuk pelajar baru.
Memetik laporan media antarabangsa, Wang Wensheng yang merupakan bekas pegawai sumber manusia berasal dari Hefei, wilayah Anhui, akhirnya berjaya diterima masuk ke sebuah kolej vokasional tempatan pada Ogos lalu selepas dua kali menduduki peperiksaan kemasukan universiti kebangsaan China (gaokao).
Beliau yang teguh berpegang pada motonya “belajar selagi saya hidup”, Wang kini mengikuti pengajian dalam bidang pemasaran dalam talian dan e-dagang penstriman langsung.
Wang Wensheng bersama salah seorang rakan sekelas.Wang Wensheng yang popular di kalangan rakan sekelas
Menurut Wang, beliau pernah menduduki peperiksaan tersebut beberapa dekad lalu namun gagal mencapai keputusan yang diharapkan.
“Mengalami suasana pembelajaran di kampus universiti sentiasa menjadi impian saya,” katanya.
Dalam pada itu, sebaik sahaja menerima surat tawaran, ibunya yang sudah lanjut usia sempat bergurau bahawa beliau tidak akan menanggung yuran pengajian anaknya.
“Tiada masalah, saya sudah dewasa. Sokongan terbaik daripada ibu ialah menjaga kesihatan,” jawab Wang dengan tenang.
Pada masa yang sama, beliau menjelaskan bahawa keluarganya turut memberikan sokongan penuh terhadap keputusannya dan kos pengajian selama tiga tahun itu akan ditanggung melalui simpanan sendiri serta gaji isterinya.
Kredit foto: South China Morning Post
Terdahulu, pada September, Wang berkongsi video dirinya menyertai latihan ketenteraan pelajar baharu di media sosial China. Di mana program latihan selama dua minggu itu melibatkan aktiviti seperti kawad, latihan tempur, serta aktiviti fizikal untuk meningkatkan ketahanan badan dan semangat berpasukan.
Menariknya, Wang berjaya menamatkan latihan tersebut dengan cemerlang, malah mendakwa kini mampu menaiki lima tingkat tangga sepantas rakan-rakan sekelasnya yang jauh lebih muda.
Wang Wensheng ketika menyertai aktiviti universiti mengenal budaya anime.
Beliau gemar berkongsi pengalaman hidup bersama rakan-rakan sekelas yang mesra memanggilnya “Uncle Wang” serta mudah menyesuaikan diri di kampus. Apabila kelab-kelab kampus mengadakan promosi aktiviti, Wang turut serta mengambil gambar dan mempelajari trend terkini budaya anime.
“Saya rasa lebih muda, lebih bertenaga dan lebih teruja untuk meneroka selepas masuk universiti,” katanya.
Kini, Wang kerap melakukan penstriman langsung sesi pembelajarannya di media sosial bagi memberi inspirasi kepada orang ramai khususnya golongan muda. Akaunnya telah meraih lebih 45,000 pengikut dalam masa singkat dan usahanya itu juga meraih pelbagai reaksi positif dari warga internet yang memuji ketekunan beliau.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Maara yang disiarkan di saluran Astro Vinmeenmengangkat realiti dunia pempengaruh media sosial, menampilkan kisah Maara yang berdepan cabaran populariti, tekanan hidup dan pencarian identiti diri.