Anjing ‘Pitbull’ dianggap anjing paling berbahaya di Amerika Syarikat. Anjing ini mempunyai rahang dan gigitan yang sangat kuat dan terkenal dengan tidak mudah melepaskan gigitan.
Daripada banyak jenis anjing berbahaya, Pitbull adalah anjing yang paling terkenal kerana agresif mereka. Banyak kes serangan yang disebabkan oleh anjing jenis ini yang boleh membawa kecederaan dan kematian.
Gambar Hiasan
Oleh itu, anjing jenis ini mestilah dilatih dan dijinakkan dahulu dari usia muda bagi mengelakkan kemungkinan tingkah laku agresif akan berlaku.
Malang tidak berbau, seorang model yang dikenali sebagai Brooklinn Khoury pernah viral sebelum ini selepas berkongsi dia diserang oleh seekor anjing tahun lepas. Paling sadis, anjing jenis pitbull itu merupakan haiwan peliharaan ahli keluarganya sendiri. Anjing itu mengoyakkan bibir Brooklinn dengan kejam sehingga seluruh bibir atasnya pecah.
Tidak putus harapan, kini wanita yang juga seorang pemain skate profesional itu sedang menjalani pembedahan plastik. Dalam video di YouTubenya, dia menjelaskan bahawa pembedahan plastik adalah proses yang rumit. Selepas pembedahan, bibirnya tidak akan kembali normal seperti dahulu.
“Ia tidak menjadikan bibir begitu sempurna. Ia hanya keperluan,” kata wanita berusia 22 tahun itu.
Malah, pakar bedah plastik itu terpaksa mengambil beberapa kulit dan arteri dari bahagian bawah lengan dan lengannya dan meletakkannya di dalam mulutnya sebagai bibir baru. Menurut model itu, ia mengambil masa setahun untuk mencari doktor yang sesuai.
Ads
Prosedur ini dirujuk sebagai cantuman kulit. Di mana prosesnya agak kompleks, dan bukan hanya satu kali pembedahan. Pembedahan plastik ini memerlukan beberapa kali pembedahan susulan.
Brooklinn mengakui masih trauma dan takut memikirkan masa depannya, dia bimbang dia tidak akan dapat tersenyum lagi. Selepas pembedahan, Brooklinn masih bergelut untuk sembuh. Dia perlu berehat dan tidak dapat melakukan aktiviti dan hanya makan makanan cair.
Mungkin kita boleh mengambil pengajaran dari kisah gadis ini. Walaupun, di Malaysia kita jarang jumpa anjing jenis Pitbull ini, tapi kena hati-hati juga bia berdepan dan berjumpa dengan anjing liar yang berkeliaran.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Semua kejohanan dunia perlu memberi jaminan kepada SEMUA negara dan atlet agar selamat dan bebas daripada diskiminasi semasa bertanding..”
Ini adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Internation Paralympic Council (IPC) menerusi presidennya, Andrew sewaktu mengumumkan pelucutan hak Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Renanh Paralimpik Dunia 2019.
Malaysia sepatutnya dijadualkan untuk menjadi tuan rumah kejohanan tersebut di Kuching Sarawak bermula 29 Julai depan.
Namun, selepas keputusan Malaysia menerusi kerajaan Pakatan Harapan menolak kemasukan atlet Israel ke dalam negara sekaligus tidak membenarkan mereka mengambil bahagian, dunia terus menyoal keputusan negara tersebut.
Ini kerana sewaktu Malaysia menerima hak tuan rumah pada tahun 2017, kita sudah dimaklumkan untuk memberi jaminan kepada semua negara yang bertanding tanpa diskriminasi.
Dalam pada itu, masih belum ada kenyataan rasmi daripada Menteri Belia & Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkenaan isu ini.
Namun menerusi akaun Instagramnya beberapa hari lalu, rakyat Malaysia di Palestin gembira untuk mendengar ketegasan negara yang menolak kemasukan warga Israel kerana Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kumpulan pejuang Palestine iaitu Hamas telah bersetuju dengan perjanjian gencatan senjata dengan Israel, Qatar dan Amerika Syarikat selepas lebih 460 hari perang yang telah memusnahkan Gaza.
Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani berkata bahawa perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa pada hari Ahad ini.
A view shows houses and buildings destroyed in Israeli strikes, in Jabalia in the northern Gaza Strip, October 11, 2023. REUTERS/Anas al-Shareef
Ini yang korang perlu tahu tentang Genjatan Senjata Di Gaza
Perdana Menteri Qatar, Mohammed Al Thani mengumumkan persetujuan gencatan senjata antara Israel dan Hamas susulan laporan awal mengenainya oleh bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Mohammed Al Thani juga mengesahkan pembebasan 33 tebusan Israel semasa fasa pertama gencatan senjata Gaza.
Gencatan senjata itu merupakan langkah pertama ke arah kestabilan yang berkekalan.
Trump sebelum ini mengumumkan gencatan senjata tersebut, menyifatkannya sebagai ‘perjanjian epik’.
“Tiada lagi pengganas(Hamas) di Gaza,” katanya dan berikrar untuk meluaskan lagi Perjanjian Ibrahim.
Pentadbiran Joe Biden mengesahkan gencatan senjata itu, manakala rakyat Gaza meraikan hari tersebut.
Perjanjian itu juga membenarkan penduduk Palestine yang dipindahkan untuk kembali ke rumah mereka – walaupun selepas kempen pemusnahan yang disengajakan Israel, banyak rumah tidak lagi kekal.
Fasa awal akan berlangsung selama enam minggu, dan akan melibatkan pertukaran tahanan terhad, pengunduran sebahagian tentera Israel di Gaza dan lonjakan bantuan ke dalam kawasan terkesan.
Tiga puluh tiga tawanan Israel termasuk wanita, kanak-kanak dan orang awam berusia lebih 50 tahun yang ditahan oleh Hamas akan dibebaskan. Sebagai pertukaran, Israel akan membebaskan lebih ramai tahanan Palestine dalam fasa ini, termasuk banduan yang menjalani hukuman penjara seumur hidup. Antara rakyat Palestine yang dibebaskan adalah sekitar 1000 yang ditahan selepas 7 Oktober.
Selaras dengan pertukaran tawanan, Israel akan menarik pasukan tenteranya dari pusat penduduk Gaza ke kawasan tidak lebih daripada 700 meter di dalam sempadan Gaza dengan Israel.
Untuk info, sejak peperangan di Gaza sejak 7 Oktober 2023 seramai 46,600 orang terbunuh akibat serangan udara dan darat Israel dengan lebih separuh terdiri daripada wanita, kanak-kanak dan warga tua.
Penjajahan keluarga DiRaja British sememangnya sangat terkenal di seluruh dunia, bahkan seuatu ketika dahulu mereka memerintah 25 peratus kawasan darat di seluruh dunia. Penjajahan ini dilihat sebagai satu penaklukan yang menonjol kekuasaan dan juga peluang bagi keluarga DiRaja ini mengaut hasil bumi bagi membangunkan negara mereka sendiri.
Penjajahan mereka bukan sahaja mengaut hasil bumi tetapi memecah belahkan kehidupan manusia. Sebagai contoh di Malaysia sendiri, ketika British memerintah mereka menggunakan sistem segregasi pekerjaan dan penempatan berdasarkan kaum agar sistem ekonomi serta muafakat antara kaum terpisah.
Kasut kanak-kanak dan barang mainan diletakkan sebagai simbolik di hadapan sekolah berasrama yang mana Kaloomps yang menjadi tempat penemuan kubur besar. Sumber gambar: The Guardian
Terbaharu di Kanada, penemuan kubur besar tanpa tanda yang menempatkan 215 mayat di bekas tapak sekolah berasrama yang digunakan oleh Gereja Katolik untuk mengumpul kanak-kanak orang asli mengejutkan rakyat negara itu. Kisah sedih sekolah itu sebenarnya telah menjadi satu peristiwa berdarah bagi masyarakat orang asli Kanada. Sekolah tersebut digunakan untuk mengumpulkan kanak-kanak orang asli dan mengajar mereka agar berasimiliasi dengan budaya baharu dalam usaha untuk menghilangkan identiti mereka sebagai orang asli.
Selama 165 tahun, sekolah-sekolah ini memisahkan kanak-kanak orang asli secara paksa dari keluarga mereka, menyebabkan mereka kekurangan zat makanan serta penderaan fizikal dan seksual dalam apa yang disebut oleh Suruhanjaya Kebenaran dan Pendamaian sebagai pembunuhan budaya pada tahun 2015.
Tugu Queen Elizabeth II yang menyembah bumi. Sumber gambar: Sky News
Geram dengan kebenaran yang terbongkar tentang sekolah Kristian ini, di Winnipeg orang ramai bersorak ketika tugu Ratu Victoria dijatuhkan di luar bangunan kehakiman daerah Manitoba. Penunjuk perasaan, yang kebanyakannya memakai pakaian berwarna oren, juga menendang patung itu dan menari di sekitarnya. Selain itu, tugu Ratu Elizabeth II yang berada berdekatan juga dijatuhkan.
Ratu Elizabeth II sehingga kini menjadi ketua negara Kanada, walaubagaimanapun negara itu diperintah oleh Perdana Menteri. Moyang Ratu Elizabeth II, Queen Victoria memerintah Kanada dari tahun 1837 sehingga 1901 yang mana ketika itulah sekolah-sekolah Kristian ditubuhkan. Selain daripada penunjuk perasaan yang bertindak menumbangkan tugu-tugu ini, rakyat Kanada juga menuntut Pope memohon maaf terhadap apa yang disebabkan oleh sekolah asrama Kristian Katolik itu.