Siapa masih ingat dengan pembukaan stor pertama Tesco pada tahun 2002?
Pada waktu itu, cawangan hypermarket pertamanya bertempat di Puchong, Selangor. Semenjak itu, Tesco telah berjaya membuka sejumlah 49 buah stor Tesco dan Tesco Extra di seluruh negara.
Kini, selepas hampir 18 tahun, Tesco Plc dilaporkan akan menjual perniagaan mereka di Thailand dan Malaysia kepada CP Retail Development Company Ltd (CPRD), pada minggu hadapan.
Ads
Penjualan yang dikatakan bernilai $USD 10.6 bilion atau RM43.1 bilion itu sekaligus menandakan penutupan pasaraya itu tidak lama lagi. Selepas ini, Tesco Plc hanya akan menumpukan kepada perniagaan di benua Eropah.
Kata Ketua eksekutif Kumpulan Tesco iaitu Ken Murphy, beliau ingin merakamkan terima kasih kepada semua rakan sekerjanya di Asia di perkhidmatan dan dedikasi kepada pelanggan mereka selama ini.
Ads
Buat masa ini, masih belum ada kenyataan daripada pihak Tesco sendiri mengenai tarikh akhir operasinya di Malaysia. Namun, dengan perkembangan terbaru ini, tidak mustahil kita terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Tesco dalam masa beberapa bulan ini.
*
Ads
Baru-baru, banyak jenama perniagaan yang menutup operasi di Malaysia disebabkan strategi perniagaan seperti Tesco ini ataupun kerana kesan musim pandemik COVID-19. Salah satunya ialah Nikon yang telah lama bertapak di sini.
Jangan lepaskan peluang untuk menghantarkan penyertaan secara online bagi pencarian Hero Remaja 2021 bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020. KLIK DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ketiadaan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz daripada mesyuarat Jemaah Menteri pertama yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam telah menjadi topik bualan warganet.
Ini setelah ramai pihak mendakwa Tengku Zafrul memilih untuk menonton perlawanan di Piala Dunia FIFA 2022 dan tidak menghadiri mesyuarat berkenaan.
Biarpun pelbagai portal tempatan termasuk REMAJA telah menyatakan bahawa beliau sebetulnya berada di Abu Dhabi dan bukannya di Doha, Qatar bagi lawatan rasmi, masih ramai yang menyatakan ketidak percayaan mereka.
Dalam siaran media yang dimuat naik menerusi BERNAMA petand tadi, Istana Negara mengesahkan Tengku Zafrul semenangnya berada di Abu Dhabi bagi mengiringi Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan berangkat menyaksikan Majlis Pemeteraian Perjanjian di sana semalam.
Hadir sama ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS Datuk Tengku Muhammad Taufik, barisan kepimpinan tertinggi PETRONAS dan ADNOC.
Dari pihak Tengku Zafrul pula, beliau tampil dengan video penjelasan mengenai urusan rasminya ke Abu Dhabi sejak Ahad lalu.
“Baru je angkat sumpah jadi Menteri, terus keluar macam-macam fitnah dan berita palsu. Kononnya saya ponteng mesyuarat Jemaah Menteri untuk tengok World Cup (Piala Dunia) di Qatar.
“Saya pergi ke Abu Dhabi untuk urusan rasmi, bukan saja-saja nak pergi.
“Mana-mana Menteri yang nak ke luar negeri perlu dapat kebenaran YAB Perdana Menteri. Kalau PM tak lulus, tak boleh pergi. Sebab itu selepas angkat sumpah pada hari Sabtu, saya terus ke MITI untuk memberitahu KSU dan pegawai kanan MITI tentang trip ini dan pada hari Ahad, saya terus ke Abu Dhabi.
“Pada hari Isnin, saya telah saksikan perjanjian antara PETRONAS dan ADNOC atau Abu Dhabi National Oil Company.
“Perjanjian ini adalah salah satu daripada perjanjian yang bersejarah dan yang terbesar untuk Malaysia serta UAE bagi sektor minyak dan galian. Ini kerana ia melibatkan pelaburan bagi kedua-dua buah negara bagi tempoh 30 tahun.
“Perjanjian ini melibatkan kerjasama meneroka dan menilai kawasan konsesi 2000 km persegi di Wilayah Al Dhafra. Ia akan mempelbagaikan sumber pendapatan PETRONAS dan pastinya mengukuhkan status mereka sebagai salah satu syarikat tenaga terkemuka di dunia,” ujarnya.
Beliau turut berkongsi lawatannya ke pejabat MATRADE di Dubai untuk bertemu dengan pegawai di sana. MATRADE kini sedang menyertai ekspo perdagangan The Big 5 di Dubai bermula semalam hingga 8 Disember 2022.
“InsyaAllah saya akan kembali ke Malaysia untuk memberikan taklimat mengenai perjanjian ini serta membentangkan perkara-perkara lain semasa mesyuarat Jemaah Menteri pada hari Rabu ini (7 Disember 2022),” tambahnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini seorang perenang wanita transgender Lia Thomas telah mencetuskan satu perdebatan dalam kalangan profesional sukan apabila dia menjuarai pertandingan renang wanita National Collegiate Athletic Association (NCCA) 2022 dan memecahkan rekod pertandingan yang sebelum ini dipegang wanita sejati.
Kemenangan Lia yang baru sahaja menukar jantinanya ketika berusia 21 tahun dan sebelum ini pernah berada dalam pasukan renang lelaki dianggap tidak adil dan mengganggu gugat kualiti sukan khas buat wanita.
Sumber foto: Lia Thomas, 22, mencetus kontroversi apabila memenangi kejohanan kategori wanita. E Online
Lantas isu ini diketengahkan dan menerima reaksi yang bercampur, ada yang menyokong Lhia dan ada yang menentang penglibatan wanita transgender dalam sukan wanita.
Lebih daripada 300 perenang kolej, Pasukan USA dan Olimpik menandatangani surat terbuka untuk menyokong Lia dan semua perenang transgender dan bukan binari, tetapi atlet dan organisasi lain telah menimbulkan kebimbangan mengenai kemasukan golongan transgender.
Terbaru, badan induk dunia renang (FINA) telah mengundi untuk tidak membenarkan atlet transgender daripada bersaing dalam perlumbaan elit wanita jika mereka telah melalui mana-mana bahagian proses akil baligh lelaki.
Dalam peraturan baru yang ditetapkan mana-mana pesaing wanita transgender perlu melengkapkan peralihan mereka sebelum atau pada usia 12 tahun untuk dapat bersaing dalam pertandingan kategori wanita.
Dasar baharu itu, yang diluluskan dengan 71% undian daripada 152 ahli FINA disifatkan sebagai “hanya satu langkah pertama ke arah kemasukan penuh” untuk atlet transgender.
Fina juga akan menyasarkan untuk mewujudkan kategori ‘terbuka’ pada pertandingan untuk perenang yang identiti jantinanya berbeza daripada jantina kelahiran mereka.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak musim wabak penyakit dan PKP ini, ramai yang hilang punca pendapatan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang mula dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu hingga 28 April ini
Disebabkan itu jugalah, ramai yang beralih profesion demi mendapatkan sumber tambahan tambahan sepanjang tempoh ini berlangsung. Tidak terkecuali angkasawan negara.
Baru-baru ini menerusi Instagram miliknya ,satu kongsian yang telah dibuat oleh angkasawan pertama Malaysia, tak lain dan tak bukan Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang telah menjadi perhatian netizen semua.
Foto yang dikongsi itu adalah dirinya sebagai “rider” untuk menghantar makanan daripada restoran yang diusahakan bersama dengan Chef Ismail, Restoran Rebung.
Angkasawan negara tidak kekok untuk berkongsi usahanya dengan netizen sepanjang tempoh PKP ini. Menurut Dr Muszaphar restorannya itu baru sahaja bermula beroperasi kembali setelah lama tutup disebabkan oleh PKP dan dia mengambil peluang ini untuk membuat penghantaran tempahan peminat di sekitar Kuala Lumpur dan sekitar.
Restoran Rebung itu adalah salah satu usahanya yang bermula sejak daripada tahun 2003 sampai ke hari ini. Kejayaan Dr Muszaphar bukan sahaja seorang angkasawan pertama negara tetapi malah pengusaha restoran daripada tempat biasa sehingga ke hari ini restoran yang sangat besar.
Beliau yang meminati makanan turut berkongsi kisah bagaimana mula menceburi bidang bersama Chef Ismail sejak 2003 lagi dan kenangan pergi ke pasar borong seawal 4 pagi.
Rata-rata netizen teruja dan terinspirasi dengan sikap angkasawan negara kita ini.
Tidak kira siapapun kita, selagi mempunyai kudrat kita mesti berusaha keras untuk melangsungkan kehidupan seharian dan mengubah nasib diri kita dan keluarga kerana setiap yang berusaha itu pasti mempunyai hasil kemudian hari, termasuklah usaha berdoa kepada Allah siang dan malam tanpa jemu. InsyaAllah.