Filem Pulau menerima pelbagai reaksi dan kecaman hebat warganet susulan treler yang dilancarkan baru-baru ini walau karya itu belum pun ditayangkan di pawagam. Ia kerana memperlihatkan beberapa adegan yang didakwa tidak sesuai untuk tontonan umum.

Susulan daripada itu, Lembaga Penapis Filem (LPF) tampil memberi kenyataan berhubung isu yang semakin hangat diperkatakan orang ramai di media sosial.

Menurut kenyataan, LPF memaklumkan karya tersebut adalah sebuah filem seram dan bukan filem porno seperti yang digembar-gemburkan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Trailer Ini Kurang Sesuai Ditayangkan, Namun…” Ini Jawapan Fahmi Fadzil Mengenai Filem Sensasi ‘Pulau’

“Pulau Filem Seram, Bukan Porno” LPF Jawab Isu Filem ‘Pulau’

IKLAN

“Filem Pulau adalah merupakan sebuah filem seram dan bukan filem porno seperti yang digembar-gamburkan. LPF mendapat bahawa terdapat perbezaan antara kandungan treler yang dikangsikan di dalam media sosal dengan kandungan yang dikemukan untuk penapisan,” katanya.

Selain itu, LPF turut mendapati terdapat perbezaan antara kandungan treler filem ‘Pulau’ yang dikongsikan di media sosial dengan kandungan yang dikemukakan untuk penapisan.

Mengambil maklum isu berbangkit setelah promosi filem itu dibuat melalui perkongsian poster dan sedutan treler filem menerusi media sosial, LPF juga memaklumkan, kandungan treler yang ditayang secara dalam talian adalah di luar bidang kuasa LPF.

IKLAN

“Pulau Filem Seram, Bukan Porno” LPF Jawab Isu Filem ‘Pulau’

“LPF yang terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) melaksanakan tugas berdasarkan Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620] yang menetapkan fungsi penapisan filem dan bahan publisiti filem yang disiarkan, dipamerkan, disebarkan, ditayangkan, diedarkan atau dipancarkan secara fizikal (konvensional) kepada masyarakat umum di Malaysia, kecuali melalui Internet,” ujarnya lagi.

IKLAN

“Pulau Filem Seram, Bukan Porno” LPF Jawab Isu Filem ‘Pulau’

Sekadar informasi, Pulau terbitan WebTVAsid dengan kerjasama My Way Pictures dan Filmforce Studio arahan Euno itu menampilkan barisan pelakon popular termasuk Alif Satar, Amelia Henderson, Ikmal Amry, Sanjna Suri, Joey Leong, Harris Annuar, Jazmy Juma, Mark O’Dea, Sabronzo, Evie Feroza, Cedric Loo, Pui Vi dan Vikar.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI