Selepas tiga dekad beroperasi dan disulami dengan pelbagai detik terindah bersama pemuzik tempatan dan antarabangsa, Hard Rock Cafe Jakarta akan ditutup secara rasmi bermula 31 Mac depan.
Menurut laporan Suara.com, Pengarah Urusannya, Agaverus Hutagalung berkata, rangkaian kafe dan bar bertemakan rock n roll selain terkenal sebagai lokasi yang menyimpan koleksi peribadi milik pemuzik terkenal seluruh dunia itu ditutup kerana tidak melanjutkan tempoh sewa.
“Saya ingin jelaskan tiada perselisihan faham. Isunya adalah soal sewa sebab sudah 10 tahun berada di sini dan kontrak juga sudah habis.
“Jika kita sambung sewa akan berlaku kendikan serta segala kos lain yang perlu ditanggung,” ujarnya.
Ads
Dalam pada itu, Agaverus turut memaklumkan, pihaknya cukup terkesan akibat penularan pandemik Covid-19 yang berlaku sejak tiga tahun lalu.
“Kita terus terang berdasarkan keadaan kewangan agak berat untuk kita melanjutkan operasi ini. Jadi kita memilih untuk menutup operasi,” katanya.
Selain itu, menurutnya lagi terdapat beberapa barang peribadi milik pemuzik berpengaruh dunia seperti Metallica, Megadeth, Slash dari Gun n Roses yang disimpan di kafe tersebut.
Ads
“Semua barangan ini adalah milk pemuzik yang pernah membuat persembahan di Indonesia” katanya.
Selaras penutupan itu, pihak kafe akan memulangkan semula koleksi barangan berharga kepada ibu pejabat di Amerika Syarikat (AS).
“Suka atau tidak kita perlu pulangkan semula barangan itu ke ibu pejabat di Orlando, AS. Barangan peribadi itu merupakan hak milik antarabangsa dan syarat itu terpakai kepada semua cawangan kafe di seluruh dunia,” kongsinya lagi.
Ads
Menjengah di ruangan komen pada hantaran yang dimuat naik HRC Worldwide di Instagram, rata-rata warganet melontarkan pelbagai reaksi susulan penutupan kafe dan bar popular itu.
“Ia ditutup hanya kerana alasan bayar sewa mahal, jadi pasti nanti akan buka di tempat baru yang harga sewanya lebih murah. Semoga… Dalam 10 tahun operasi sudah pasti adalah kiraan dan profitnya,” komen seorang pengguna.
“HRC Jakarta pertama di Sarinah; tutup. Pindah ke EX Mall (yang sekarang dikenali PI Extension), tutup lagi. Eh, buka di Pacific Place Mall mahu tutup lagi. Lebih elok jika HRC Jakarta mempunyai tanah sendiri seperti HRC Bali,” komen juga pengguna lain.
“So sad to hear that. Too much fun to remember,” tulis pengunjung tetap kafe tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pernah viral dan menjadi perdebatan netizen mengenai amalan ‘spotcheck’ pelajar perempuan secara fizikal terutamanya ketika datang bulan.
Akhirnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertindak mengeluarkan surat makluman berbentuk larangan amalan pemeriksaan tersebut di semua institusi pendidikan seluruh negara.
Foto Hiasan: BH.
Menurut laporan Kosmo, surat makluman bertajuk Peringatan Pemeriksaan Fizik Dalam Kalangan Murid Perempuan di Sekolah itu dikeluarkan KPM sejak 2 November lalu dan ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pendidikan Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid.
Pihak KPM memandang serius berkait tindakan berkenaan terhadap pelajar perempuan di sekolah dan menegaskan bahawa perkara ini tidak sepatutnya dilakukan.
Foto : BH
“Semua jabatan pendidikan negeri dan pejabat pendidikan daerah hendaklah memastikan amalan dan tindakan pemeriksaan fizikal khususnya berkaitan haid tidak berlaku di mana-mana institusi bawah KPM,” maklum surat berkenaan, memetik laporan Kosmo.
Sebelum ini, hal ini turut mendapat perhatian Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Netizen turut berkongsi pengalaman, rata-rata meluahkan rasa maruah pelajar perempuan ‘tercalar’ dek kerana guru-guru mereka ‘mencabul’ kemaluan mereka untuk memastikan mereka benar datang haid atau tidak…
Ibarat tidak pernah serik dengan insiden lampau yang pernah berlaku dalam negara, masih ada remaja belasan tahun yang tidak mempedulikan nyawa pengguna jalan raya dengan memandu dalam keadaan mabuk.
Terbaru, seorang remaja berusia 19 tahun yang memandu kenderaan model Honda Civic telahpun bertembung dengan sebuah kenderaan Perodua Viva sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut, manakala anak dan isteri mangsa cedera (salah seorangnya parah).
Dalam kejadian sekitar jam 11.45 malam di Jalan Kuala Dipang-Malim Nawar dekat Kampar, Perak itu, kereta Honda Civic yang dipandu remaja terbabit bersama seorang penumpang berusia 29 tahun itu telah memasuki laluan Perodua Viva dan mengakibatkan kedua-dua kenderaan bertembung.
Remaja yang disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol dan penumpangnya itu tidak cedera. Begitupun, lain pula nasibnya dengan tiga mangsa yang berada di dalam kereta Perodua Viva.
Mangsa, Mohd Nazri Sham Aring, 42 cedera di dada dan disahkan maut di tempat kejadian. Manakala anak mangsa bersuai tiga tahhun mengalami pendarahan dalam di kepala dan isterinya pula mengalami cedera ringan.
Ketua Polis Ipoh Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, remaja berkenaan kini ditahan untuk membantu siasatan dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 44 (1)(a) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sementara itu, bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Kampar mengesahkan punca kematian disebabkan ‘polytrauma sekunder akibat kemalangan’.
*
Disebabkan tiada rasa tanggungjawab sebagai seorang pengguna jalan raya, nyawa tidak bersalah yang menjadi mangsa. Mungkin sudah tiba masanya untuk hukuman yang lebih berat menanti pemandu di bawah pengaruh alkohol dan bahan terlarang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu nilai wang hantaran memang boleh bikin kecoh. Biarpun ia hanya adab kerana yang wajibnya adalah mas kahwin tetapi ramai pasangan melihat wang hantaran wajib diberi sebelum dan semasa majlis berlangsung.
Biasanya wang hantaran diberi kepada pengantin perempuan untuk menampung urusan kenduri, membeli perabot dalam bilik pengantin yang digunakan oleh bakal pengantin semula dan lain-lain kegunaan.
Nilai hantaran yang tinggi adakalanya boleh menjadi isu dan perdebatan ramai. Buktinya, hari ini tertera satu tweet, SecretsPostMY yang memaklumkan kawannya tengah bersedih selepas ditinggalkan kekasihnya gara-gara minta hantaran kahwin RM15 K serta lain-lain isu.
Isu ini mendapat perhatian ramai sehinggakan budak degree pun bersuara iaitu hantaran mereka baru RM12K. Apa lagi, memang jadi bahanlah.
Apa lagi, isu ini terus hangat sehingga mendapat pelbaga tweet lain. Samoai ada yang kata, kalau ada PMR cuma hantaran RM500 ajer..Ermmmm….
Isu GST pun timbul walaupun tak ada kena mengena…
Tapi saja Remaja nak tanya, kalau tak ada SPM memang tak boleh minta hantaran RM15k ke? Bukan ke harga barang-baranga mahal sekarang ini?
Apa-apa pun bincang baik-baiklah dengan pasangan korang ye. Hehe!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.