Kejadian malang yang cukup menyayat hati ini mungkin boleh dijadikan pengajaran yang berguna terutamanya buat korang yang suka bergambar di lokasi tinggi dan merbahaya.
Seorang jurulatih kecergasan dari Hong Kong telah meninggal dunia akibat terjatuh ketika sedang mengikuti penggambaran di sebuah bangunan. Kejadian tersebut berlaku di tingkat 12 Li Dong Yuen Street East ketuka mangsa, Will Kong Wai berdiri di atas railing atau pagar bangunan untuk sesi fotografi.
Ads
Ads
Menurut laporan, sesi fotografi tersebut meurpakan penggambaran promosi untuk dua orang jurulatih kecergasan dan mangsa membantu mereka berdua. Polis mendapati tiada sebarang unsur-unsur jenayah di sebalik kejadian cukup malang ini. Ketika kejadian, mangsa telah hilang keseimbangan badan dan terjatuh di atas podium yang terletak di tingkat empat. Mangsa disahkan paramedik meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.
Hokay, orang dari negeri lain jangan terasa ya. Hikz.
Kalau selama ini kita sangka masak lemak cili api yang menjadi makanan tradisi negeri tersebut punca gemuk atau lemak berkumpul di jantung, rupanya anggapan itu salah.
Sebaliknya bahan-bahan yang ada ketika proses memasak itu adalah makanan sihat lagi menyihatkan terutama santan, kunyit hidup, cili padi dan lain-lain lagi mengandungi khasiat yang sangat baik untuk tubuh.
Moralnya, rugi kalau tak makan masak lemak cili api dan lebih rugi kalau tak berjodoh dengan orang Nismilan yang memang handal memasak masakan tersebut. So bagi, korang yang belum berjodoh tu, lekas cari jodoh dari negeri ini ya. Haha.
Korang bacalah perkongsian dibuat oleh Dr Norman Norawi di page fbnya mengenai khasiat makanan masak lemak cili api ini.
Hari ini berbicara tentang makanan kegemaran saya!!
Berita baik untuk orang Negeri Sembilan.!!
Jangan risau makan masak lomak cili api…
Santan bukan punca kolestrol tinggi dan menyebabkan sakit jantung.
Santan kelapa sangat sihat dan mempunyai bahan 'rantaian trigliserida sederhana' / medium chain triglyceride (MCT) iaitu ASID LAURIK yang sangat baik untuk kesihatan jantung dan juga membantu menurunkan berat badan.
Kunyit hidup yang digunakan dalam masakan ini juga mempunyai anti oksidan KURKUMIN yang boleh mencegah pelbagai penyakit dan kanser…
Cili Api pula mempunyai anti oksidan CAPSAICIN yang bersifat anti keradangan dan juga kaya dengan Vitamin C & Vitamin A.
Bagi mereka yang ada masalah urat saraf, pasti pernah dengar tentang Magnetic Resonance Imaging atau MRI. MRI merupakan satu alat dignostik terkini bagi pemerikasan dan mengenal pasti tubuh korang dengan menggunakan medan magnet yang besar dan gelombang frekuensi radio, tanpa pembedahan, penggunaan sinar X mahupun bahan radioaktif.
Selama proses MRI ini, molekul-molekul dalam tubuh bergerak dan bergabung dan mengenal untuk membetul sinyal-sinyal. Sinyal ini akan ditangkap oleh antena dan dihantar ke komputer untuk diproses tentang struktur rongga bahagian dalam tubuh.
Tapi mungkin tak ramai yang tahu tentang pengalaman menakutkan dilalui ketika proses MRI ini. Seorang lelaki Muhammad bin Zolkifli berkongsi pengalamanya ketika melakukan proses MRI. Ada rasa insaf dan menakutkan dilaluinya.
Muhammad akui pengalaman berada dalam MRI sangat menginsafkan
*Kisah terowong MRI dan Claustrophobic (Klaustrofobik)*
Sebagai pengawai perubatan, agak biasa memohon, menghantar dan melihat pesakit melakukan MRI tanpa atau dengan ubat tidur untuk mencari punca atau pengesahan penyakit. Sekarang giliran aku sendiri merasa pengalaman MRI tanpa ubat tidur. Sebelum masuk, aku diberi penerangan oleh juru MRI mengenai proses MRI.
Sebagaimana yang dah diketahui, Akan ada banyak bunyi tembakan semasa imbasan MRI. Tidak boleh banyak bergerak dan tidak boleh menelan air liur terlalu kerap terutama ketika mesin sedang melakukan tembakan/imbasan. Sebelum aku ditolak masuk ke dalam terowong MRI, Satu penutup yang berlubang diletak menutupi muka. Mungkin bagi menghalang pergerakan kepala atau melindungi kepala daripada tercedera. Kemudian juru MRI meletakkan satu bola kecil di tangan kanan dan badan aku diselimutkan sehingga paras leher.
Kalau ada apa-apa masalah ketika di dalam terowong mri nanti, genggam sahaja bola tersebut sekuatnya. Pesannya. Semua petugas dan juru MRI keluar daripada bilik tersebut ke ruangan mereka. Tinggal aku sendirian dalam bilik tersebut. Sunyi sesunyinya.
Selepas 2 minit, aku disorong ke dalam terowong mri secara perlahan-lahan.Kepala masuk, rasa okey walaupun sempit, jarak antara mata hidung dengan bumbung mesin MRI sekitar 5-10cm.
Kemudian masuk pula bahgian bahu, terasa bahu, lengan hingga ke siku bergesel dengan dinding mesin MRI.
Sempitnya!
Bunyi tembakan mula kedengaran.
Macam2 bunyi, ada bunyi panjang, ada bunyi pendek.
Ada bunyi mcm pukulan tin, ada bunyi mcm pukulan kayu.
Daripada perlahan menjadi semakin bingit dan menyakitkan.
5minit pertama, aku okey.
10minit, aku mula rasa nk menelan air liur dan tangan mulai kebas.
15 minit, aku mula sesak nafas, sakit dada dan tangan semakin kebas.
Nak bergerak tidak boleh kerana ruang yang agak sempit.
20minit, bunyi tembakan imbasan semakin laju dan semakin kuat, dada aku semakin ketat, aku semakin gelisah, aku lemas dan semakin sesak nafas.
Aku mula mengalami hiperventilasi. Berkali2 aku meramas bola yang diletakkan di tangan tadi. Ingin meronta tapi tidak boleh sebab ruang mesin MRI terlalu sempit untuk aku berbuat demikian. Dada semakin ketat.
Ya Allah, aku tidak tahan…
Adakah seperti ini himpitan kubur mu nanti?
Aku tidak tahan.
Ingin menjerit, tapi suara ibarat tersekat dikerongkong.
Lemas. Sesak nafas. Sakit dada.
Bagai mahu diserang panik (panic attack)
Makin kuat aku meramas bola yang dipegang.
MRI dihentikan, aku ditarik keluar.
Aku sesak nafas, hampir tercungap-cungap aku mengalami hiperventilasi.
Setelah ditenangkan oleh juru MRI,
Sekali lagi aku cuba untuk disorongkn ke dalam terowong MRI.
Masuk je kepala, aku tidak lagi setenang seperti kali pertama tadi.
Aku terus sesak nafas, rasa ketat dada, berkeringat dan bagai hendak pitam ibarat pesakit yang terkena serangan jantung…
Aku Klaustrofobik… Sessi dihentikan.
Aku tidak mahu teruskan MRI ini.
Tapi disebabkan physician perlu mengesahkan sesuatu menerusi MRI,
maka MRI diteruskan pada petangnya dgn mengunakan ubat tidur (sedation).
Hasil daripada MRI tersebut, aku dirujuk kepda pakar orthopaedic spine dan juga pakar neurosurgery.
6 bulan lagi, aku perlu laluinya sekali lagi.
Serius aku tak nak ulang MRI tanpa sedation.
Ya Allah,
aku takut himpitan kuburMu…
Di kubur nanti,
Mana bola untuk aku ramas?
Siapa yang akan tarik aku keluar semula ke dunia?
Siapa yang akan tenangkan kegelisahan aku?
MRI prosedur yang menginsafkan….
MRI adalah Kubur bagi klaustrofobik…
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memiliki telekung yang cantik dan selesa sangat penting untuk mereka beribadat. Bukan apa, jika beribadat dengan memakai telekung yang tidak sesuai dan tidak selesa boleh menganggu fokus dan khusyuk ketika beribadat.
Namun, lain pula yang berlaku pada telekung usahawan produk popular, Dato Seri Vida yang sering menjadi perhatian ramai. Menerusi video terbaru dikongsi Vida, telekung terawih miliknya yang dipenuhi labuci dan manik-manik kilat meraih perhatian pengguna media sosial.
Bukan itu sahaja, telekung DSV juga sepertinya sudah ditempah khas dengan gaya labuh yang meleret sehingga ke jalan raya.
DSV turut mengenakan beberapa persalinan telekung solat yang berbeza dari segi corak dan warna.
“Salam Ramadan daripada saya Datuk Seri Vida, semoga amalan kita diterima Allah dan diangkatkan darjat, diampunkan segala dosa dan diberikan kesihatan yang baik.
“Diberikan kesenangan di dunia dan akhirat serta diberikan hidayah kepada kita,” ucap DSV melalui klip video di TikTok miliknya.
Hal itu menarik banyak perhatian pengguna TikTok yang khuatir telekung milik usahawan berkenaan akan kotor kerana dilihat meleret di sepanjang laluan ke masjid. Namun ada yang beranggapan usahawan jutawan itu mahu memakai pakaian terindah bagi menghadap sang pencipta sebagai tanda berterima kasih atas rezekinya.
Selagi telekung itu tidak menggangu jemaah yang lain okay kot. Apa pendapat korang?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO:
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...