Makin lama manusia semakin hilang kewarasannya, hinggakan serangan seksual dilakukan di dalam tempat ibadah. Seperti yang berlaku di Musala Al-Amin,di daerah Jatinegara, Jakarta Timur ini, seorang lelaki dalam linkungan usia 40-an telah ditangkap kerana menempelkan alat sulitnya kepada dua jemaah wanita yang ketika itu sedang dalam keadaan rukuk solat.
Terkejut dengan kejadian itu, salah seorang jemaah wanita telah menjerit dan menyedarkan jemaah yang lain. Setelah ditangkap oleh orang awam, lelaki tu sempat berdalih dengan menyatakan bahawa dia melakukan perkara itu kerana pening kepala.
Ads
Meskipun menjawab dalam keadaan keliru, penduduk setempat yakin dia bukanlah mengalami masalah sakit jiwa kerana mampu menjawab soalan dengan baik.Dari rakaman CCTV musala berkenaan, lelaki itu sempat menukar seluar jeans dengan kain sarung sebelum memasuki ruangan wanita untuk melakukan perkata terkutuk itu.
Ads
Rupa asli bulu perindu sebelum digunakan sebagai azimat: Sumber gambar: Kumparan
Setelah di selidiki oleh orang awam yang menangkapnya, mereka mendapati lelaki berkenaan membawa azimat bulu perindu bersamanya. Dipercayai azimat itu bertujuan untuk memikat pasangan berlainan jenis agar menyukai pembawanya. Para jemaah telah menyerahkan lelaki tersebut kepada anggota polis untuk tindakan lanjut dan kini dia berada di dalam tahanan polis Jakarta Timur untuk disoal siasat.
Kebelakangan ini, platform media sosial semakin ‘panas’ digunakan sebagai lubuk mencari wang tunai dalam kalangan remaja di Malaysia dengan cara menayangkan aset fizikal.
Pelbagai tingkah laku mengghairahkan, tidak senonoh dan merendahkan maruah sanggup dipertontonkan oleh remaja semuda usia belasan tahun demi mengumpul views bagi menjana pendapatan.
Bukan satu dua saja platform yang dipercayai menawarkan pendapatan sebegini rupa di platform digital sekarang. Malah semakin banyak platform yang muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hari hujan. Di sana, mereka dilaporkan mengumpul pendapatan melalui pemberian hadiah daripada penonton semasa siaran langsung sesi mereka. Hadiah tersebut kemudiannya ditukarkan kepada bentuk wang Ringgit.
Biarpun ia dilihat menjadi trend negatif yang kini tular, semakin ramai pula remaja tidak kira lelaki ataupun perempuan yang berani menayangkan tubuh badan dan melakukan perkara tidak senonoh secara bersendirian mahupun bersama rakan lain yang berada dalam sesi tersebut sebagai ‘admin’.
Bukan hanya remaja perempuan yang gian menayang ‘aset’ demi menjana pendapatan di media sosial, pengamal ‘live show’ dalam kalangan remaja lelaki di Malaysia juga sudah semakin meruncingkan. Foto hiasan : News Minutes
Bagaimanapun, jika ada yang sedang terfikir-fikir untuk mencuba cara ini – korang boleh lupakan niat itu.
Ini kerana individu yang berkongsi video aksi lucah atau perbuatan jelik di media sosial sekarang boleh disiasat Sekseyn 292 Kanun Keseksaan atau Seksyen 233, Akta Komunikasi & Multimedia Malaysia (AKMM) 1998. Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita & Kanak-Kanak (D11) di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman iaitu Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan kepada portal Majoriti, tindakan menyebarkan bahan lucah walaupun pelaku dalam video atau foto tersebut membabitkan orang lain adalah salah di sisi undang-undang.
“Jadi apa-apa pun perbuatan dia yang jatuh kepada elemen jelik, lucah dan menimbulkan kegusaran masyarakat, contohnya macam dia pakai baju tapi tak pakai pakaian dalam, kemudian dia buat aksi menghairahkan macam pegang pisang kemudian jilat seperti perlakuan orang seks, maka kita boleh siasat di bawah AKMM,” katanya.
Sekiranya didapati bersalah, Akta 292 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, manakala Seksyen 233 AKMM memperuntukan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Bukan setakat itu, sekiranya aksi ghairah di media sosial itu menjadi ikutan kanak-kanak, ia juga juga boleh disiasat di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, atas kesalahan pengantunan kanak-kanak.
Lebih serius lagi sekiranya bahan lucah itu membabitkan kanak-kanak bawah umur, pelaku dan penyebar boleh disiasat di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 untuk kesalahan penyebaran pornografi kanak-kanak.
Haa, masih terasa hendak membuat perbuatan tidak senonoh demi menjana pendapatan. It just is not worth it.
Nasihat Siti Kamsiah lagi, orang ramai yang melihat siaran langsung tersebut dan ingin melaporkan kepada pihak polis perlu menyerahkan rakaman tersebut sebagai bukti kerana video live di sesetengah aplikasi akan hilang setelah ia tamat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau boring dengan lauk-lauk lain, sardin antara menu yang paling ringkas dan enak di makan bersama nasi panas. Selain dibuat sambal, bagi yang suka kelainan sardin akan dimasak gulai kuning bercampur kentang. Rasanya memang terangkat.
Kalau sebelum ini korang suka sangat makan sardin, selepas ini silalah berhati-hati ya especially yang suka sangat order roti sardin di kedai mamak. Tolong tanya mamak kat kedai tu dia gunakan sardin jenama apa? Bukan apa, ramai pekedai suka beli sardin jenama murah-murah sebab nak dapat untung banyak.
Untuk makluman korang, dalam seminggu ini tular di media sosial cacing dijumpai dalam sardin. Dan semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengakui sardin dari jenama TLC dan TL Tan Tung, kedua-duanya dari negara China disahkan mengandungi nematoda (sejenis cacing). Eweekk, gelikan. Malah kedua-dua produk ini sudah ditarik balik dari pasaran berikutan penemuan bendasing ini.
Cacing yang ditemui dalam sardin dari dua jenama yang kini sudah ditarik balik dari pasaran
Baca kenyataan rasmi dari Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai kejadian sardin mengandungi cacing ini.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan yang tular di laman media sosial berkaitan cacing mati yang ditemui dalam produk ikan sardin dalam tin dari negara China. Laporan tersebut menyatakan bahawa pihak Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM), Indonesia mengarahkan tiga (3) pengimport produk ikan sardin dalam tin untuk menarik balik produknya dari pasaran setelah pemeriksaan menunjukkan cacing mati ditemui dalam produk mereka yang diimport dari negara China.
KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sentiasa menjalankan pemantauan ke atas produk makanan import termasuk produk ikan sardin dan ikan mackerel dalam tin.
Sardin jenama TLC ini disahkan mengandungi cacing dan tidak memenuhi piawaian pemakanan
Dalam isu ini, hasil analisis mendapati Canned Sardines in Tomato Sauce berjenama TL Tan Lung keluaran syarikat Fujian Yongfa Co. Ltd dan Sardines in Tomato Sauce berjenama TLC keluaran syarikat Dongshan Dongyi Foods Co. Ltd. dari negara China tidak mematuhi Akta Makanan 1983 kerana mengandungi bendasing iaitu nematoda (sejenis cacing) daripada Genus Anisakis spp.
Sehubungan itu, tindakan penguatkuasaan telah diambil oleh KKM di mana syarikat pengimport terlibat telah diarah memanggil balik produk tersebut. KKM akan terus menjalankan pemantauan ke atas produk ikan sardin dan mackerel dalam tin yang diimport di semua pintu masuk negara dan di pasaran dan sekiranya didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983, tindakan penguatkuasaan akan diambil.
Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau hubungi KKM melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq jika terdapat sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan.
DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 19 April 2018
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, seseorang itu perlu bijak mencari peluang perniagaan lagi-lagi jika menceburi bidang kosmetik.
Mungkin korang pernah mendengar kehebatan produk lokal yang berkualiti iaitu Kayman Beauty. Namun korang kenal tak siapa pengasasnya?
Fatin Nabila Binti Khairul Anuar ialah orang yang membawa nama Kayman Beauty hingga produk yang diusahakannya menempa nama dalam industri.
Modal Kecil-Kecilan
Bermula dengan keuntungan berniaga kecil-kecilan, wang modal yang dikumpul oleh Fatin Nabila atau Belle, dilaburkan untuk membina empayar perniagaan yang diimpikan.
“Saya mula menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan ketika berusia 23 tahun. Akhirnya pada tahun 2017 dan bermodalkan RM15,000 hasil perniagaan baju, kasut, dan bag secara dropship agent, saya menubuhkan perniagaan sendiri yang diberi nama Kayman Beauty.
Usaha saya banyak dibantu oleh ahli keluarga terdekat termasuk nenek. Paling sukar dilupakan, saya pernah membuat business proposal dan disuruh membentangkannya di depan nenek semata-mata bagi mendapatkan pinjaman pada ketika itu untuk memulakan perniagaan. Dengan modal tersebut juga saya jalankan proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk pertama saya iaitu CoalFace Soap dan Alhamdulillah sampai sekarang masih mendapat sambutan hangat,” tutur Bella memulakan bicara.
Sepanjang dua tahun di pasaran, Kayman Beauty telah memasarkan empat produk iaitu Coalface Soap, CoalFace Cleanser, Rosa Glow Treatment Essence dan terbaharu, Skintella Repairing Serum. “CoalFace Soap adalah sabun pencuci muka yang diformulasikan daripada arang dan madu. Manakala CoalFace Cleanser pula menggunakan formula yang lebih lembut untuk menangani kulit kering dan sensitif.
Walaupun baru berusia 27 tahun, Belle menjelaskan sepanjang menjalankan perniagaan ada banyak dugaan dan halangan yang ditempuh sebelum melakar kejayaan. Namun, Belle menganggap setiap cabaran yang mendatang sebagai kenangan manis jika ia dilalui dengan penuh kesabaran.
“Tidak dinafikan, setiap perniagaan ada cabarannya. Bukan senang nak dapatkan kepercayaan masyarakat tentang kualiti produk keluaran Kayman Beauty, jadi itulah cabaran utama kami. Tapi saya yakin sebagai produk keluaran tempatan, Kayman Beauty juga boleh berdiri setanding dengan produk antarabangsa kerana selaku pengasas produk, saya hanya mahu yang terbaik. Tahun 2020 ini saya merancang untuk menghasilkan produk yang lebih berkualiti tinggi dan menembusi pasaran antarabangsa,” terangnya bersungguh-sungguh.
Untuk info, Produk Kayman adalah keluaran Kayman Beauty yang merupakan sebuah syarikat bumiputera yang tegas mahu melahirkan produk lokal yang bagus dan setaraf antarabangsa!
Penulis kagum berasa kagum apabila mendapati prinsip mereka adalah untuk mengubah stigma pandangan negatif masyarakat Malaysia terhadap produk tempatan.
Saya percaya pandangan negatif yang dimaksudkan adalah kerana ramai yang takut untuk mencuba produk tempatan setelah viralnya isu ‘produk timbang kilo’.
Kayman menyatakan bahawa mereka telah melakukan pelbagai uji kaji dengan bantuan daripada pakar dan pihak profesional sebelum mengeluarkan produk-produk ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.