Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sangat dekat dengan kebanyakan pelajar. Setiap kali kemasukan baru ke universiti, bagi pelajar yang kurang berkemampuan, sudah pasti mengharapkan memperoleh pjnjaman dari PTPTN bagi meneruskan pengajian.
Tidak hanya memperjuangkan kes-kes penipuan pinjaman Ahlong, semalam, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengadakan satu sidang media isu pelajar ditipu Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sehingga terpaksa berhutang RM70,000 gara-gara “pemotongan ghaib” dilakukan oleh IPTS di utara tanah air. Bayaran sebanyak RM500 ditolak bagi setiap semesta dengan alasan kos pentadbiran antara kolej dan PTPTN.
Difahamkan, lebih 1000 orang pelajar telah terpedaya dan masing-masing menangggung hutang berbeza-beza mengikut kursus diambil selain pihak IPTS mendakwa graduan lebih mudah mendapat kerja apabila mengikuti pengajian di kolej berkenaan.
Satu sidang media oleh PPIM mengenai isu pelajar tertipu RM70,000 oleh pihak IPTS Swasta. pix sumber PPIM
Seorang graduan, Noraini Muslim, 26 tahun, terpaksa menanggung bebanan hutang hampir RM70,000.00 gara-gara pemotongan bayaran “ghaib” berasingan yang ditolak melalui pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi setiap semester oleh pihak kolej.
“Dalam surat perjanjian PTPTN sendiri hanya menyatakan berapa kita pinjam dan berapa kita perlu bayar balik. Itu sahaja.” keluhan Noraini Muslim yang hadir dalam sidang media ini bagi menceritakan pengalaman pahitnya ditipu sebuah IPTS yang terletak di Kedah.
“Anggaran graduan yang sudah terkena juga melebihi 1000 orang pelajar, melibatkan jumlah pinjaman yang berasingan mengikut kos yang dipilih.”
Noraini mendakwa berhutang RM70,000 bagi yurun pengajian diploma dan ijazah ketika menuntut di IPTS tersebut. Pix PPIM
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ada menerima banyak aduan berkaitan isu keculasan dan keengganan IPTS membayar semula baki yuran pemotongan daripada PTPTN selain aduan graduan terpedaya dengan janji manis IPTS bagi mendapatkan peluang pekerjaan selepas tamat sahaja tempoh pengajian.
Ads
Ketua Aktivis PPIM, Toqqi @ Nadzim Johan turut melahirkan rasa kesal dengan tindakan beberapa IPTS yang mengambil kesempatan terhadap pelajar terutamanya apabila melibatkan hutang yang bakal ditanggung pelajar itu sendiri.
“Kita menitikberatkan perkara ini kerana tanpa diduga ia berlaku di IPTS, tempat menuntut ilmu, dan tiada penjelasan yang jelas tentang dua kos yang berasingan. Akhirnya nanti, pelajar keluar sahaja terus berhutang.”
“Satu perjanjian mesti jelas dan terang supaya tak terkejut, tetapi kenapa zakat juga dipotong secara tiba-tiba atas faktor wujudnya yuran pentadbiran? Apabila pelajar menyuarakan pendapat tentang isu terbabit, mereka akan dibuang atau digantung dari pengajian.”
Wujud persoalan apabila bantuan zakat yang diterima oleh pelajar pada setiap bulan juga dipotong 50% oleh IPTS tersebut juga tanpa sebarang notis.
Untuk pengetahuan semua, kes pelajar ini bukanlah yang pertama kali berlaku, terdapat ramai lagi graduan yang ditipu hidup-hidup dek promosi kolej yang mementingkan keuntungan semata. Di atas dasar kepercayaan ini juga, pengangguran yang tinggi di malaysia mencecah 504,500 orang yang juga terdiri dari pelajar lepasan IPTS dan IPTA.
Ads
Tuntasnya, harapan kita kepada pelajar agar mereka lebih berhati-hati dan berwaspada sebelum menerima sebarang tawaran pinjaman bagi melanjutkan pelajaran. Bak kata pepatah, “Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang”. Biar mereka jemu dinasihatkan janji perkara ini tidak berbuah dua kali.
“Saya menggesa IPTS sendiri perlu telus dalam menguruskan pelajar. Selain itu, Menteri Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi perlu melihat masalah ini serta menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji kelemahan yang mengkhianati agenda pendidikan Negara.” tegas Toqqi di akhir sidang media ini.
Sementara itu, dalam maklum balas berkaitan isu yang kecoh diperkatakan, PTPTN telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi mengenai isu ini.
Dato’ Dr Shamsul Anuar bin Hj Nasarah
SECARA rasmi PTPTN tidak menerima aduan daripada pelajar berkaitan isu yang dibangkitkan oleh PPIM. Namun demikian kita pandang serius isu ini, dan akan mengambil tindakan lanjut sesuai dengan bidang kuasa mengikut akta dan peraturan yang kita ada.
Sudah tentu sebagai Pengerusi PTPTN, pasti saya ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan perkara dibangkitkan dalam sidang media mengenai isu IPTS Perdaya Pelajar yang diadakan oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Toqqi @ Datuk Nadzim Johan pada 4 Januari 2018 sebelum sesuatu tindakan diambil.
PTPTN sentiasa mengutamakan penerima pinjaman PTPTN. Justeru itu bagi memastikan kebajikan pelajar terpelihara, PTPTN seberapa segera akan mengadakan perbincangan dengan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan pelajar berkenaan mengenai isu yang dinyatakan dalam masa terdekat setelah maklumat lengkap PTPTN perolehi. Diharapkan masalah ini akan dapat diatasi segera dengan perbincangan yang diadakan kelak, dengan melibat semua pihak mengikut bidang kuasa yang PTPTN ada.
Bagi PTPTN sewajarnyalah IPTS mesti lebih telus dalam menguruskan perihal pelajar. Namun demikian, sekali lagi saya nyatakan jika terbukti dan beberapa perkara yang berlaku itu di bawah bidang kuasa PTPTN kita akan ambil tindakan mengikut kuasa yang ada. Walau bagaimana pun jika ianya dibawah kuasa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) maka pastinya kita akan berbincang dengan mereka agar perkara ini diselesaikan jika betul ia berlaku.
Apapun PTPTN akan meneliti perkara ini kerana PTPTN bertanggungjawab memastikan pelajar yang menerima pembiayaan kita diberikan pembelaan. PTPTN juga berharap PPIM dapat berkerjasama dgn menyalurkan maklumat yg mereka ada dan PTPTN akan melihat tindakan yang bersesuaian mengikut kuasa yang kita ada.
YB Dato’ Dr Shamsul Anuar bin Hj Nasarah
Pengerusi
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Remaja mengharapkan di sebalik kemelut yang timbul, jangan sampai golongan pelajar yang menjadi “mangsa “ kerakusan pihak tidak bertanggungjawab kerana masa depan generasi muda ini masih lagi panjang.
Amalan pemberian duit raya sudah sinonim dengan masyarakat di Malaysia tidak kira kepada kanak-kanak mahupun golongan dewasa, setiap kali menjelang sambutan Aidilfitri.
Tinggal beberapa hari je lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan sudah semestinya pada ketika ini masing-masing sudah mula sibuk membuat persiapan.
Dalam membuat persiapan raya, pasti ada perkara yang kita terlupa untuk buat seperti menukar duit raya kepada jumlah tertentu kerana kekangan masa untuk ke bank dan sebagainya.
Apatah lagi dalam kesibukan harian sudah pasti ada yang mengupah pihak tertentu seperti khidmat orang perseorangan bagi menukar wang-wang not besar di bank untuk dijadikan sebagai duit raya.
Namun, hati-hati dan perlu diambil serius berkenaan dengan isu penukaran duit raya supaya tidak terjerumus dalam kancah riba. Ini kerana, terdapat sebahagian individu menggunakan peluang tersebut sebagai taktik menambah pendapatan tanpa mungkin menyedari kaedah itu boleh menjurus ke arah riba.
HARAM Kenakan Upah!
Bercakap soal itu, pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus melalui sedutan ceramahnya di TikTok menegaskan bahawa hukum mengenakan upah bagi penukaran duit adalah haram.
“Kita bagi duit RM100 sekeping nak tukar kepada duit RM1 dengan jumlah 100, hendaklah orang yang kita tukar tu beri kita duit RM1 dengan jumlah 100 juga. Kalau dia beri kita RM98 sahaja sebab upah RM2, haram.
“Itu riba namanya. Kerana kalau tukar, nilai mesti sama,” katanya mengulas mengenai hukum mengambil upah menukar duit.
Sementara itu, Penasihat Syariah Institusi Kewangan Islam, Ustaz Lokmanulhakim Hussain berkata, disebabkan pertukaran duit raya melibatkan item ribawi iaitu wang kertas dan melibatkan dua item yang sama iaitu ringgit ditukar dengan ringgit, maka proses tersebut perlu menepati dua syarat:
1. Penyerahan duit terpakai dengan duit baharu berlaku dalam satu sesi/majlis tanpa penangguhan. Jika ada penangguhan maka berlaku riba nasa’.
2. Pertukaran hendaklah dengan kadar yang sama, tanpa ada lebihan. Jika ada lebihan maka berlaku riba fadhl.
Info : Riba merupakan perkara yang diharamkan dalam Islam. Orang yang menyatakan riba adalah halal akan menjadi kufur dan terkeluar dari Islam, kerana riba adalah salah satu dari dosa besar yang wajib dielakkan oleh seorang muslim yang disebutkan secara jelas dalam al-quran dan sunnah tentang pengharamannya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malam semalam merupakan hari pembukaan pertama bagi Sunway Lagoon Nights of Fright 7 (NOF7).
Terima kasih kepada pihak Sunway Lagoon kerana memberi peluang kepada team Remaja untuk turut sama merasai pengalaman di NOF7 tahun ini.
Apa yang boleh kami katakan adalah sambutan yang diterima tahun ini sangat luar biasa kerana kami merasakan pengunjung kali ini lebih ramai berbanding pada hari pertama tahun lepas.
Berpeluang memasuki 8 rumah hantu termasuklah Scarytales Theatre: BOMOH, The Plague, Blood Shed, Hotel dEVILe dan House of Voodoo.
The PlagueAntara tarikan lain di NOF7, Horrorwood StudiosHouse of Voodoo
Setiap rumah hantu mempunyai konsep dan kisah seram yang confirm buat korang rasa seram-seram sejuk. Tak cukup nafas wey. Hiks!
Tengah jalan-jalan nampak ni, maunya tak terkejut. Hehe!
Nah, kalau kami cerita saja pun tak syok juga. Korang sendiri kena merasai pengalaman seram di Nights of Fright 7 di Sunway Lagoon yang sudah bermula semalam hingga 2 November 2019.
See you there guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tentu ramai yang 'gian' untuk pergi melancong dan naik kapal terbang kan akibat sektor pelancongam disekat gara-gara situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia.
Jika sebelum ini, syarikat Air Asia terpaksa mengurangkan dan membuang staff selepas industri pelancongan masih lagi tidak dapat dibuka.
**media[]**
Baru-baru ini, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) mendedahkan syarikat penerbangan dijangka akan mengalami kerugian sebanyak AS$84.3 bilion (RM360 bilion) pada tahun ini dengan margin keuntungan bersih merosot kepada -20.1 peratus, manakala perolehannya akan turun sebanyak AS$419 bilion (RM1.8 trilion).
Pada tahun hadapan pula, IATA berkata kerugian dijangka akan turun kepada AS$15.8 bilion (RM67.5 bilion) dengan perolehan meningkat kepada AS$ 598 bilion (RM2.6 trilion).
“Dari segi kewangan, tahun 2020 akan menjadi tahun terburuk dalam sejarah penerbangan.
“Secara purata, pada setiap hari tahun ini sebanyak AS$230 juta (RM982.3 juta) kerugian ditanggung industri tersebut. Secara keseluruhan, ia adalah kerugian AS84.3 bilion.”Ini bermakna berdasarkan anggaran 2.2 bilion penumpang tahun ini, syarikat penerbangan akan kehilangan AS$37.54 (RM160.33) bagi setiap penumpang.
“Itulah sebabnya bantuan kewangan oleh kerajaan adalah sangat penting kerana syarikat penerbangan mengalami kerugian,” kata Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif IATA iaitu Alexandre de Juniac dalam satu kenyataannya.
Semua rantau diunjurkan akan mencatat kerugian tahun ini, Asia Pasifik mencatat kerugian bersih tertinggi iaitu sebanyak AS$29 bilion.
Beliau menyatakan kemerosotan tersebut mungkin akan berakhir jika tidak muncul gelombang kedua penularan COVID-19.
Perkara penting pemulihan itu adalah pelaksanaan untuk memulakan semula langkah-langkah yang dipersetujui dengan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) bagi memastikan para penumpang dan kru penerbangan selamat.
Hm, boleh tahan mencabar juga masa tahun 2020 ni, tapi ingatlah satu perkara yang rezeki semua di tangan Tuhan. Selagi kita berusaha dan yakin akan pertolonganNya, insyaAllah ada rezeki buat kita nanti.
Sumber: Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!